kami jalan-jalan sampai lenguh kaki sebab memang asyik berjalan je memanjang, tak menyempat nak duduk. dah la sale banyak kot dekat mall pasal chinese new year, tapi macam ramai orang melayu la plak dok membeli dan membelah disana. tengok handbag, kasut, baju sumer lawa-lawa harga pun okey la sebab less sampai 70 peratus. kalau datang dengan ayah memang pokai la dia, haha.
penat tak yah cerita la, berhimpit dalam ktm. rasa macam nak bernafas pun tak ada ruang dah. tapi seronok keluar. lagi seronok sebab dapat coklat, comel je coklat tu sayang plak nak makan. hehe. terima kasih kepada si pemberi, tak sangka dapat jugak :)

bila balik tadi kawan bagitau pendrive aku hilang, dia tak tau tercicir kat mana. tipula kalau aku cakap aku tak rasa pape time tu, terkilan jugak campur pulak badan tengah penat. huhu, tapi dah lama-lama ok je. dah benda tu nak hilang sape nak tau, tapi aku still harap dia dapat jumpa balik pndrive tu. kesian pulak dia asyik pikir nak cari benda tu padahal exam ada lagi, aku ok je setakat pendrive tu tak pe lagi kot. tak yah nak susah hati pasal benda tu lagi, senyum je macam gula-gula kat bawah ni. hee~
hilang barang boleh ganti, hilang kawan mana nak cari? hehe. kalau tak jumpa jugak nak suh belanja kfc boleh? haha.
p/s : buat NZH, walaupun penat kita happy kan?