ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Monday, May 28, 2012

kenangan itu indah

kelas hari ini semua pensyarah bagi amanat terakhir, gud luck for the viva, gud luck for final exam. wahhh, tetiba rasa sedih nak tinggalkan kenangan jadi student (padahal kalau dalam kelas asyik tengok jam je bila nak habis kelas :p). maklumlah final year student kan, hehe. bila fikir balik rasa sekejap sangat tapi hakikatnya dah hampir tiga tahun menetap di ukm ni. sungguh aku pasti merindui suasana kelas yang bising giler dengan gosip-gosip, dengan gelak tawa, dengan senda gurau semua. tahun ni paling sedikit masa luangkan dengan rakan-rakan kos. kelas dua hari je seminggu pastu masing-masing sibuk nak siapkan tesis. sekarang fieldwork ramai-ramai pun kurang.

teringat waktu first fieldwork dulu, time tu tak kenal rapat macam sekarang. dulu, masing-masing ada geng sendiri, buat hal sendiri, nak bergaduh manja macam sekarang memang jauh la kan. yea la, dah masa tu semua macam innocent giler, kira budi bahasa tinggi lah kan (sekarang bukan tak berbudi bahasa cuma dah selesa dengan member, semua boleh go-on je sekarang). apa orang kata, dah macam family sendiri da. serius, susah kot nak jumpa kawan macam korang lepas ni. will miss all of u guys! sayang sesangat dengan family envi :) dah la semua lec sporting, layan kitaorang macam anak sendiri. mayb sbb lama luangkan masa sesama tambah2 bila lepas field, time tu tak de rasa gap sangat dengan lec. diorang jenis tak kisah sangat dengan pangkat tu, boleh je lepak makan sama-sama, bergosip pun ada. ahahhaha. pensyarah kami memang sempoi !

the last memory capture for last year waktu dinner hari tu la, lepas ni tak tau bila lagi boleh jumpa. yang kena praktikal sama-sama memang sempat lagi nak gaduh-gaduh sampai graduation nanti. memang tak sabar nak habiskan belajar, nak cuba tempoh alam kerja pulak, tapi sebak jugak bila teringat nak kena pisah dengan semua. masing-masing ada hala tuju berbeza lepas ni, semoga berjaya semua!

sebahagian student last year yang hadir, hehe. aku pun terjoin masa last minute.
terharu bila junior tayang balik gambar time kitaorng 1st year, memories that can't be erased from our  mind. :)


Bukankah hati kita telah lama menyatu, Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya, Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman, Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali, Kenang masa indah kita..
Sebiru hari ini


p/s : let us create as much as beautiful memories of our friendship :) love this friendship much! (^_^)

Wednesday, May 23, 2012

dia comel

berikan ku peluang
terakhir sekali lagi
untuk membukti kasih
sejujurnya dihati
maafkan seandainya
cinta ku tidak sempurna

kaulah insan pertama
berpacaran denganku
dan bersamaku mahu masa depan yang kukuh
maafkan seandainya ku masih amatur cinta

luangkan diri ini lebih masa
lengkapkan kekurangan yang ku ada
temankan dikala ku memerlukan bimbingan
sehingga diriku menjadi 
PENCINTA TERBAIK

bukan dengan sengaja
tidak cukup prihatin
ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
maafkan seandainya masih amatur cinta

luangkan diri ini lebih masa
lengkapkan kekurangan yang ku ada
temankan dikala ku memerlukan bimbingan
sehingga diriku menjadi
pencinta
pencinta terbaik!

best giler lagu ni, suka sangat..fall in love dgn cinta kura-kura. hehe. that boy is so sweet, besar2 pun dok dengan mak lagi. 

p/s : macho seyh lelaki main gitar pastu ada bakat nyanyi. (>_^)

Friday, May 11, 2012

tak boleh kawal makan, huhu

arghhhh, bila bilik tak ada makanan berlapar la jawabnya tapi bila banyak sangat makanan pun susah. tambah2 time stress macam ni. asyik makan je keje nya dari pagi sampai malam, buruk giler perangai! huhuhu. macam mana nak kuruih kalo hari-hari cam ni. pegi senam robik petang2 bukannya susut badan pun, eishhhh tak suka tak suka. selagi tak habis stok makanan dalam loker tu selagi tu la dok makan je keje, buat tesis 2-3 baris terus cari benda nak kunyah. dah la penuh dengan jajan je, tak sihat la gini. tolong lah sape2 datang habiskan makanan ni sebelum aku habiskan semuanya. huhu. tak nak gemok, nati jadi makin malas!

FAVOURITE! hehe..sekarang tambah lagi satu, SEAWEED hot n spicy punya. SODAPPP woo

 alhamdulillah, berjalan jugak tesis aku walaupun dalam keadaan bermalasan. tiap2 malam tido awal sebelum tu layan citer dulu. hrrmmm, entah bila nak ada kesedaran dan semangat berkobar-kobar nak siapkan tesis tu. tak sabar rasanya nak habis belajar, final exam semua pastu strt praktikal. time tu bolah dok rumah da, jangan makin melebar dah ler bila dok rumah. maklumlah, senang hati kata. time susah hati pun makan banyak, kalau senang hati berdouble2 la plak. heehee. apa pun, gud luck pada semua yang dah nak habis belajar! hopefully, boleh grad dengan jayanya nanti. :)


sejak minggu lepas MENGIDAM nak makan kepok lekor. susah nak jupe yg sedap kat sini. nak balik kg! sob..sob


p/s : tak lama dah nak masuk bulan 6

Tuesday, May 8, 2012

derita tesis!

akhir-akhir ni mudah sangat sakit kepala, pening2 kekadang tu sampai rasa nak pitam pun ada. mata berpinar-pinar pastu pandangan jadi gelap seketika, mungkin penangan tesis la neh. huhu. otak rasa berat sangat dok pikir nak siapkan tesis tu, pastu dalam kelas pulak lec suka beno tanya soklan. haishhhh, stress la cam ni. masa nak kena siapkan tesis tu singkat sangat, tambah pulak subjek sem ni agak membosankan lam kelas asyik rasa tertekan jek. mana tak naik pening kepala? tolong la faham wahai pensyarah2 sekalian, bukan tak nak study balik bila dah habis kelas tu tapi nak tak nak habis kelas kena fikir pasal tesis, mana nak sempat buat revision (alasan jerr sebenarnya tapi alasan boleh pakai kan, hehe).

minggu ni last kena hantar draf tesis. bunyi macam ringan je padahal draf tu sama jer cam satu buku tesis yang dah complete ok! cuma tak berjilid bagai je. huhu. sekarang baru tengah nak tulis bab 4 - 6, entah sempat ke tidak. hopefully, tarikh tu boleh extend sampai minggu depan tak de la rasa terbeban sangat kan. minggu lepas pegi field kumpul data lagi, dengar khabar nak kena pegi lagi sekali. uwargggghhh, tak sanggup da rasa. nape la  pensyarah ni suka ikut perasaan diorang je, tak fikir pun kita ni sempat ke lagi nak pegi field tu (tak faham apa yang mereka-mereka fikirkan).


ini gambar time fieldwrk hari tu, gembira la jugak jupe bunga  sangat besar!

memang la tak salahkan lec seratus percent, cuma tolong lah faham keadaan kami semua. boleh jadi gila kalau asyik dapat tekanan macam ni, huhu. "semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami dan lapangkan serta tenangkan lah hati kami untuk menghadapi keadaan ini".



p/s : tahniah buat alang , akhirnya tercapai jugak hasrat nak belajar medic. tahniah sayang! tumpang bangga untuk adik. stress pun hilang bila dapat tahu berita macam ni. alhamdulilllah, semoga berjaya.

Tuesday, May 1, 2012

seharian bersama mereka

walaupun tengah buzy nak siapkan tesis, weekend hari tu sempat jugak luangkan masa pegi majlis kawen en afiq. lama giler nak sampai sebab semua tak tau jalan, harapkan peta dalam kad je. nasib baik rumah dia tepi jalan so senang nak jumpa, cuma nak cari kuala pilah yang terbabas entah kemana. waktu sampai tu tengok prof dah nak balik da, sampai hati prof pura-pura tak kenai kitaorng. huhu. kitaorng hepi untuk en afiq dengan wife dia, akhirnya kawen juga walaupun banyak halangan sebelum ni. hrmmm, kalau dah jodoh memang tak kemana pun kan, hope diorng bahagia sampai bila-bila.

jatuh cinta dengan tema diorang, warna biru turquoise. memang lawa, lagi satu baju pengantin perempuan tu. wahhh, chantek sangat! tak nak tulis panjang2 da nak kena siapkan slide lagi neh. bai2. :)

ini kes bosan lama sangat dalam keta..huhu

en afiq nampak kecik sangat la plak lam pic ni, haha. time ni dah nak balik pun.

bergambar dengan kak zizie. :) baju dia lawa, tuan nya sweet. hee~ semoga berkekalan



p/s : u make me miss u! lama giler tak jumpa, agak-agak kalau jumpa kenai lagi tak??