ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Wednesday, January 26, 2011

cinta tiga suku

ingatkan cinta 3 segi jer wujud dlm dunia neh, rupanya cinta tiga suku pun ada. haisshhhh. pelik betul. kalau cinta tiga segi aku dpt bayangkanlah macam mana tapi kalau cinta tiga suku nih macam tak dapat gambaran langsung lah. aneh. kenapa wujud cinta tiga suku? sebab percintaan antara orang2 yang tidak berapa cukup suku ka? eh2, kalau orang dah gila (tak cukup suku la kan. hehe) mana boleh tangkap cintan2 neh. mereka kan tak betul macam mana nak bercintan cintun lak kan. dah tu kalau tak betul sape sanggup nak bercinta dengan mereka? tapi tak mustahil la kan. hrmmm.

nape tiba2 lak neh blh ckp psal cinta tiga suku plak. hehe. tak de sbb specific, sebenarnya saja nak kongsi novel best yg aku dok stdy waktu tengah demam hari tu (stdy novel tak da la plak rasa sakit kepala tapi kalau nak suh stdy law ke, ekologi ke, ekonomi ke. mesti sakit jer kepala neh. haha. utk hilangkan sakit kepala waktu tgh demam hari tu, belek2 la novel sat. hehe) nasib baik citer best kalau tidak makin parah la demam ni.

kadang2 ada jer point yg tak berapa releven tapi biasa la kan nama pun novel layan je. satu je yg best psal novel ni sbb tak bnyk watak jahat. sume watak dalam tu baik2 belaka. ada sorang dua je jahat tapi kejap sangat la muncul. tak de suspens nya.

pernah dgr tak ada orang tua2 cakap (betulkah org tua2 yg ckp ke org yg mengaku diri dia tua? aku pun tak pasti) 'kalau kita asyik dok gaduh2 dgn someone tuh, alih2 jd teman sehidup semati lak'. aku rasa ada betulnya jgak kalau baca dlm novel neh, lebih kurang la citer dia. so, kalau dah minat dekat someone tu jngan gatai2 nak berbaik dgn dia. lebih baik cari gaduh je, dah lama2 gaduh nanti ternikah la. haha. ok dah2, aku tulis entry ni pun saje nak promote suh baca novel kat bawah ni jer. ngeee. tak nyesal baca, citer dia best. paling best part dpt bby kembar! hehe.





nurul iman & azahari (arie)





p/s : aku bukan peminat novel. esok malam balik kampung, jom ikut!


Sunday, January 23, 2011

bila berjauhan

petang ni tetiba jer rasa panas badan lak. td tengah study tapi tak larat, telan ubat (takut makin parah plak nanya la exam law esok) then tido sampai pkul 5 baru blh bangon.huhu. aku tak pasti lah ni demam sbb exam atau sbb demam mau balik umah. arghhh, rindu plak dengan mereka2 di sana. rasa lambat sangat masa bergerak neh.

kalau nak ikutkan mau saja cepatkan masa bia sampai hari khamis boleh balik dah. tapi, fikirkan mid sem esok rasa malasnya nak habiskan hari ahad nie. biar je masa stop kat sini, sampai aku habis study baru boleh gerak (tapi tak tau la sampai bila sbb dari tadi study, tapi rasa mcm yg melekat dkt otak aku ni berapa peratus jer. 50 pun tak sampai. parah betul la kalo asyik mengelamun beginilah jadinya. hehe). kalaulah ada doremon blh gak dia tolong.

bila dah demam macam ni, mulalah teringat dekat mak kt umah. seronok kan kalau dok umah mak tolong picitkan kepala neh bila rasa denyut2 terus hilang. miss my mom! (ayah aku pun sama, kalau demam sikit jer mesti kalut ajak pegi hospital, paksa makan ubat. bila sakit kita blh tgk mcm mana mereka sygkan kita. suka tau) boleh makan bubur panas2, heaven giler la. tapi, bila dok jauh macam ni mana nak cari bubur. dekat kafe mana ada benda2 macam tu (nasi pun mcm tak de selera dah tgk, kdng2 keras, kdang2 lembik semacam jer. lauk tak yah citer la. asyik masak menda sama jer tiap2 hari. dah naik muak tgk. hrmmm)

sebenarnya tak de apa nak kongsi ptg neh. tetiba teringat dkt mak, rindu beliau sangat2. mmg kadang2 mak kita ni buat kita serabut bila balik umah sbb suka sangt membebel (terutama bg bdak2 pompuan neh sbb kalau dh balik umah mmg xleh dok diam la kan. msti mak suh tlg dia basuh bj, masak ke, lipat kain, jaga adik2. yg lelaki tak kan la dia nak suh plak kan. tapi, percaya lah sebenarnya mak kita tgh usaha nak ajar kita jd seorng ibu yg baik satu hari nanti. hehe. kalau mak tak suruh kita tlg masak smpai dah berlaki pun msti tak reti nak masak kan3). sayang dan hargai mereka selagi mampu.






p/s : moga2 dapat jawab dgn baik exam esok, utk kawan2 lain gak. lagi 4 hari blh balik!


Saturday, January 22, 2011

cuti datang lagi

sepatutnya kena gtau semalam lagi sbb ini cerita 2 hari yg lepas tapi disebabkan keletihan teramat dan kesibukan keamatan, maka tidak ada kesempatan untuk mengupdate disini. dah alang2 tertaip disini terpaksa habiskan jgak la. hehe. cuti thaipusam khamis lepas, aku cuti so telah terancang (sebenarnya tak rancang pun, dah mmber ajak ikut je lagipun sngt lama tidak bermandi-manda di tempat awam..haha) utk berkelah di ulu bendul.

tak pernah dtg pun kat sini entah cantik ke tidak. hrmmm..follow jer mmber sbb agak bosan la kan terperap di bilik jer cuti2 macam tu, so buat keputusan mau pegi berkelah. makanan dah ada org tlg sedia, confirm tak lapar dah. hehe. (thanks to maizura, fiz dgn iela. semangat betul diorang bngun awal2 pagi nak sediakn makanan. terima kasih sangat2, lain kali blh offerkan diri lagi hehe)




kami yang riang gembira! best sangat


nak sampai sana punyalah lama berjam2 jugak la kan kena naik ktm, lps tu naik bas mendaki bukit-bukau lagi. sampai tertido dlm bas sbb lambat sngt nk sampai. nasib baik perjalanan berjam2 kami tidak mengecewakan kerana ternyata hutan lipur ulu bendul sangat cantik! air sangat sejukkk, tapi tahan jer berendam lama2 sambil main bola lagi. seronokk sangat. (sampaikan lutut lebam sbb terhantuk dekat batu tp waktu main tu tak rasa sakit pun, bila dah sampai bilik baru rasa. sakit sangat huhu)



waktu ni dah siap2 nak balik umah mai


dah penat bermain dan bergambar singgah rumah cik maizura makan nasi, solat. hehe. sedap betul mak dia masak, terima kasih yer layan kami baik2. nanti ada masa kami pergi lagi. hihi. sangat enjoy hari tu. hepi giler. thanks kawan2.



p/s : gambar bermain air tidak dpt disiarkan kerana terdapat aksi2 yang berbahaya. hehe. lagi 6 hari mau balik kelantan! hoorey...sesapa yg nak kuar jln2 esok, jaga diri baik2 yer. enjoy urself kt sana. hehe~



Monday, January 17, 2011

perasaan : tak sangka

siapa sangka benda yang kita rasa susah jadi senang, benda yang dulu kita takut nak hadapi akhirnya dapat lalui juga, benda yang pahit pada mulanya jadi manis, persahabatan yang tak dirancang juga membuatkan kita rindu dan berbagai lagi perkara yang pada mulanya dilakukan secara terpaksa tapi last2 rasa enjoy plak dpt peluang tu. serious tak tipu.

mula2 sekali rasa sngt lega sbb akhirnya prgrm yg kami rancang dlm masa singkat dpt gak berjln dengn baik (walaupun masih byk kekurangan dlm prgrm tu, still berasa gembira sbb dpt jgak dijlnkan dgn baik. biasa la kalau ada kekurngan sbb kami semua mmg tak de pengalmn). alhamdulillah, hilang jugak beban sket. mmg pada awalnya, aku rasa terbeban sngt dgn prgram ni. nak kena cari sponsor, rancang sukan utk prgram, beri barang, sediakn permainan, mcm2 kena bwt smpaikan tak leh nak fokus stdy. waktu tu rasa tension sngt sbb nak handle sukan bkn senang (terutamanya bg aku yg mmg langsung tak de bkat dlm sukan. stkat nak main2 blh la) dah la nak tarik peserta join sukan kami ni agak ssh sbb prgram nie berlngsung hjung mnggu. faham2 je la bila weekend sumer mcm mlas nak kuar blik join prgram kolej mcm ni. tapi, nasib baik aktiviti sukan yg dirancang mendapat sambutan menggalakkan. gembira sangt tgk bdak2 ni main bersungguh2. hehe.

kalau fikir balik psal neh, rasa ada baiknya jgak bwt mcm ni sbb aku dpt bljar byk bnda baru. cara nak handle mesyurat, cam ne nak deal dgn org luar, tahu betapa ssh nak jayakn satu2 prgram tu. mmg perjlanan utk organise tu pahit tapi kalau kita buat betul2 dan tgk sndiri mcm mana prgram tu berlangsung kita akan rasa betapa manisnya pengorbanan kita sepanjang prgram tersebut. penat tak yah ckp la, tido pkul 3 pg. kadang2 smpai tak sempat nak mkn, jarang sngt dpt rehat ada jer keje kena buat tp bila dah settle sume mmg rasa puas sngt.

sepatutnya ckp mnda nie waktu postmoterm tp sbb sngt mengantuk waktu tu tak sempat lak nak buat ayat pnjang2. hehehe. sbb prgram ni jgak dpt kenal dgn rmai kawan. adik2 ajk first year pun byk gak bantu kami. kalau tak de diorang agak kelam kabut jadinya. terima kasih sangat2. :)



p/s : sedih plak bila dah abes prgram. huhu. gambar kenangan satu pun tak ambil sbb masing2 sibuk.


Friday, January 14, 2011

Lucky Giveaway by Cik Dya







secara jujurnya aku tak tau apa pun pasal benda ni. biasa la kn budak2 sesaja nak try ada blog sendirik. hehe. dulu suka sangat baca blog2 org sampai tergedik la jugak nak buat blog sendiri. blog aku ni dah jd mcm diari la tp tak de la diari harian sbb tak termampu kot nak hupdate tiap2 hari. so, buat blog ni just nak isi masa lapang tp tak sangka la plak mmber2 aku rmai jgak yg ada blog sendiri contohnya mcm cik nadya ni. terima kasih tag aku yer, hehe.

disebabkn ini first trial sbb sblm ni mana ada bwt menda2 mcm ni, tak tau la betul ke tak buat neh. nak link2 pun tak reti main hentam jer la. haha. kalau sape2 nak try gak blh la clik sini utk info lanjut. mcm senang jer, sila la join rmai2 meriah sket. dlm syart2 dia, aku perlu tag 3 lagi kwn (nak tag sape ni? ) so sape2 yg bertuah mcm dia, dia dan dia sila la yer try gak bwt. hehe.

ni sesaja nak buat check list..
1) jd follower cik dya...done
2) like fan page cik dya dkt fb...done
3) buat satu entry psal lucky giveaway by cik dya...almost done
4) letak banner...ok,try jap lg
5) tag 3 kawan...ok,done!



p/s : percubaan pertama kalau dpt syok gak tu. hehe. thanks again kpd cik nadya sudi pilih sy jd org bertuah. :P




Wednesday, January 12, 2011

baby and me

dalam pkul 12 lebih sampai bilik sbb meetng psal prgrm kami. alhamdulillah, agak yakin sikit dgn perancngan kami sblm ni coz dah dpt gmbaran apa yg bkal terjadi nanti. tapi, terkejut dgr perkmbngan progrm speech. diorng mcm bnyk lg bnda yg tak settle (harap sngt prgram nanti berjln dgn lancr, semoga usaha keras kami berbaloi).

smpai bilik, ingat nak tido tp mata mcm mlas lg nak tutup. sangat bosan sbb nak on9 mcm tak best jer line tenet ni. slow cam siput jek, tgh taip cni pun kjap2 lost connection. hishhh, bila la msalah kelembapan line ni akan berakhir. tetiba teringat dkt si debab plak :( nasib baik ada gak gmbar dia, tak leh pegang tgk pun jadi la. jom usha gmbar si debab neh, geram gler tgk. eeeeii, kalo dok dkt mmg kena cubit2 la hang debab..



ololoo, dh la mata bulat pipi pun bulat gak



nama dia aisyul hani bt muhamad khairul izamil, pnjang betul nama bapak dia! (melampau, hehe) org2 slalu ingat hani ni bby boy, mana tak nya rambut tu mak aii stylo der. dah la muka sebijik mcm abg ipar aku daa, nasib baik style rmbut ikut mak dia waktu bby. (ada la jgak genetik akak aku terlekat dkt hani ni)



hehe.




waktu dia lahir kira2 5 bulan lepas (bln 9 kot, lupa tp yg pastinya dkt2 raya puasa thn lps) sume teruja, yea la cucu prtama bg mak ayh aku. ank sulung akak aku. ank sedara pertama yg kami ada. senang citer pengalaman pertama lah, suka sngt waktu tu. kitaorng adk beradik berebut-rebut nak dukung si kecil tu, tp bila dia nangis jer sume bg dkt ayh aku sbb ayh aku mmg pndai pegang bdak. bila dok dgn ayh aku senyap plak, baik jek. hehe.



bahagia tgk dia senyum




dah lama kot tak jumpa hani, sejak raya hari tu. bln 7 nanti baru blik Malaysia, kempunan kami nak main dgn hani. hukhuk. skrng dah besar da, makin aktif je. kalo berwebcam msti sibuk nak ckp2 gak si tomei ni, pdhal tak pndai nak ckp lagi pun tp suka sngt tarik2 mic tuh. hehe.



nape la bby sngt comel, jeles aii tau tak



rindunya dkt hani, dgn makayah dia skali. setahun sekali jer boleh balik (sabar2 yer, tnggal lg stahun lebih. lps ni harap2 diorng dpt keje dkt2 cni je. bru blh jumpa slalu).


p/s : semalam, kp kami ada perjumpaan dgn felo. dia ckp mmg teruk gak la kena ngn felo, tp tak nak lak citer. suh tnggu mlm esok bru nk citer, hrmmm saje jer nak bwt suspens. apa lah yg teruk sngt tu? curious nya nak tau!


Sunday, January 9, 2011

pisang dan monyet

kalau korang sume perasan la kan (terutama bg mereka yg tnggl berdkatan dgn kmpulan si nyet mcm aku ni, ptg2 blh tgk diorng dok bergayut2 atas pokok), bila mlm jer msti depa sume blik hutan. balik2 terus tidur kot sbb tak de la plak dgr diorng neh bising2 waktu mlm. aku terpikir la jugak kenapa si nyet a.k.a monyet ni senang sngt tertido, ke mmg wktu tidur mereka mula dari lepas maghrib smpai la esok pagi. hrmmm...




syoknye tidur smpai ternganga la plak.



bila dok termenung fikir knapa si nyet mudah sngt terlelap, aku terbayang pisang. maybe la ada kena mengena dgn pisang, yea la pasai tu depa suka sangat makan pisang kot sbb boleh bantu mereka utk tidur dgn baik pada waktu malam. hehe, betui ke? (dgn yakin sekali pdahal sesaja je, itu hanyalah pada pndngan aku. kenapa monyet suka sngt dgn pisang. tapi bila pkir balik ada betulnya gak kn..hehe).

alolo, comel betul..hehe



bagi memastikn kesahihan dan kelogikan pkiran aku tu, aku p la minta tolong encik G, tanya dia psal ni. cari punya cari, gali punya gali terjumpa la satu artikel '10 makanan yang boleh membantu anda tidur dengan baik' (artikel dlm bi aku trnslate jer la). hah, terbuktilah pkiran aku ni blh pkai sbb dlm 10 mkann tu pisang tersenarai gak. hehe, *terbangga jap disitu*. pisang mengandungi magnesium dan potassium yg membntu me'relax'kn otot2 yg terlalu stress selain itu pisang juga mengndungi trytophan yg dapat memberikan perasaan tenang dan sekaligus membantu kita utk tidur dgn baik waktu malam. (lepas neh jgn perlekeh knapa si nyet suka sngt mkn pisang..hakhak).



sedapnya pisang, lama tak makan



9 lagi makanan yg boleh membantu kita mudah utk tidur ialah kacang almond, yogurt, teh chamomile (green tea gak), sup miso (sup yg org jepun mkn, cni pun ada tp dkt restoran jepun je la), oatmeal, telur rebus tp bkn yg separuh masak, emping/cereal, buah ceri dan edamame (bntuk lbih kurang kcang pis tp aku pun tak pernah mkn bnda nih).



p/s : blh amalkn salah satu mknan di atas utk mendapatkan tidur yg berkualiti tapi perlu makan 2 jam sblm tidur bagi memudahkn proses pencernaan. rasa mcm jd pkar mkann la plak hehe.


Friday, January 7, 2011

nak kenal mereka tak?

akhirnya dapat gak on9, dari semlm try tak leh. connection low la apa la macam2 la. hari ni tak de kls so smlam agak bsan. dah la nk on9 tak leh, nak stdy? mlas lagi pdhal kes dr rizal belum jumpa lagi (biar la dulu, line pun slow smlam nak search lambt kot pastu slalu can't find server) hrmmm, pkir pnya pkir nak buat apa last2 rasa nak conteng2 so aku cnteng la sometng ats A4 paper. meh nak tnjuk apa hasilnya, comel tak? hahaha (perasan jer lebih, tang mana cmel pn tak tau huhu).





ni lah jdual aku sem ni, pg kosong tp ptg penuh smpai pkul 6. tp yg lagi best try tgk hri jumaat, tak de kls langsng so sem ni aku cuti 3 hari sminggu. horay! hehe




ha, seronok kan? hihi. pensyrah plak mostly sume yg hnsem, cun, baik dan segala sifat positf la kan. sem ni aku amik 9 sbjek, 22 jam kedit, 5 jer sbjek major. yg lain ko-k, bi, u3 dan pb (9 sbjek mcm nk amik pmr plak, bnyk gler tp hrap2 dpt skor sume la kan. amiin) meh nak cter psal pnsyarah aku. yg major stkat ni sume laki yg ajar tp nsib baik tak de yg grang huhu. kalo tak, nak pegi kls pun tak de smngat (wlaupun yg mngajr sbjek bio agak TEGAS tp still tak grang mcm DR K. hehe)

pensyarah sbjek bi, pb dan u3 sume mama2 cantik yg ajar. setakat ni sume berjln dgn baik. walaupun aku tkot2 gak nk msok kls bi sbb aku ni tak de la ok sngt bab2 speaking neh tp still rasa tak terbeban, sama gak dgn pb (pengantr bhasa). pensyrah dah bg assngment tnggu masa nk strt jer la (kls pb agak liat sikit nk pegi sbb dh la hari isnin, pkul 8 plak tu). u3 aku pilih isu-isu wilayah, smlam bru msok kls first. mula-mula pkir blaja menda apa la kn bnyi mcm serius jer sbjek nih, tp nsib baik pnsyrah ckp jgn bmbang sbb sbjek ni rsult pling teruk pun B. coz tak join kerja lpangan n tak hntar laporan, lega sket dgr cam tu hrap2 blh skor A sbjk ni nanti final!(pensyarh plak lawa kot, kcukan cina. rasanya muda lg tp dh kwin. mmg sportng gler la puan neh hehe).

sbjek major plak law (blh jd peguam plak la kn. haha), sumbr tenaga, gis lnjutan, ekonomi dgn ekologi daratan. (harap2 tak berat sngt). pnsyrah law, dr rizal razman (kena hafal nama dia, kot2 kuar dlm kuiz. hoho) mmg suka sngt buat lawak, tak mengantok pun dlm kls dia even 2 jam bljar tak henti2, best sngt wlaupun kdang2 rasa cam ssh gak sbb nak kena hrai kes mahkmah, hfal akta2 lagi (insyaAllah boleh!). sbjek smber tenaga plak prof ahmad n en razi (dh prnah bljr dgn mereka dulu, baik hati jgak). dr tukimat plak ajar kami gis lanjutan (ajar psal satelit lagi, tp bnyk gak blurr jer pdhal dh ajar sem lps. sori dr, yg sem lps tak berapa nak ingt memory kecik kot. hehe). kls ekonomi plak ptg, mmg agak mengantok dan tak leh nk fokus masa bljar sbb dh penat, ptg2 kn tenaga pun dah kurng (waktu mula2 msuk kls terkejut gak la, pensyarh ekonomi kmi nmpak mcm ustaz jer ingt kn dia slah kls rupanya betul. haha)

ok, dh hbis citer psal pensyrah. moga2 result sem ni lebih baik dr sem lps. semoga berjaya!



p/s : ptg nati nk pegi cr tiket blik, dah nak cuti mid sem la. cepatnya masa berlalu. sape2 yg tak beli tiket lg baik beli cpt nanti hbis. hehe. kad bank plak buat hal, nak kuarkn duit macam mana neh :(



Wednesday, January 5, 2011

aku pun ada perasaan jgak la

menyesal semalam tak join meeting kelab. sebenarnya niat asal memang nak pegi fak tapi kononnya la kan semalam ada gak meeting utk projek yang bakal kami handle (tak tau la macam mana jadi gamaknya, serius benda ni buat aku terpikir pasal projek tu jer memanjang) lagi 10 hari kot. dah la waktu meeting pun nak kena pakai bahasa omputih lagi rimas ah rasa dengan benda ni sume (last2 mmg sunyi sepi la meetng tu kan dah kami tak reti sangt nak ckp bi neh, lps tu nak terangkn cam mane. B.E.N.C.I giler rasa)

aku tahu mmg masing2 tension dgn projek ni, dah la duit tak cukup nak sewa barang2 pun tak lepas. nak sediakan mkanan utk VIP lagi, beli barang2 utk sukan, pameran, nak buat banner, tag poster dan segala bagai menda lagi yang perlukan duit. suka2 hati jer cakap ktaorang tak usaha carik duit sendiri. habis, yang kumpul dkat 3ooo tu dtg dari langit ke cik abang oi!. nak harapkan pihak atasan neh kedekot giler, padahal bkn prgrm ktaorng pun. kalau la benda nih tak masuk dalam slip exam tak de maknanya kami nak buat kerja giler mcm ni.




sakit sangat2 hati aku smlam, pedih dgr , sabar2
(thanks MR G!)


benda yang baling buat aku tersentap semalam bila dgr perkataan 'sekor2'. melampau giler, kalau nak kutuk ckp kami tak reti nak bg idea ke, tak reti nak bkak mulut ke, aku ok lagi. tapi, bila panggil kami sekor/seekor, yg aku tau la tu penjodoh bilngan utk binatng a.k.a haiwan jek (ingat ko sarang je letih dgn bnda nie?? fine, kalo rasa tak perlukan kami lagi tak payah susah2 nak panggil kami join meetng dah lps nie) rasa nak g lempang jer kau smalm. beria plak mintak maaf lps tu, senang la kan ingt kami ni tak ada perasaan ke? apa kau ingt kau sorang boleh dendam dgn kitorang? manusia bila dah tak de adab mmg macam tu, aku dah hilang respect dkt kau lah, tak de budi bahasa langsung! nak marah pun agak2 la wei, kau ingt aku ni binatang ker. tak kesah la kalo org lain tak de hal dgr mulut busuk kau ckp smlam tapi yang pastinya aku dah MENYAMPAH dgn kau.



mmg hilang terus mood smlam
(sumber dari MR G)


kalau la tau aku terpaksa telan kata2 pahit kau semlam, tak hingin aku nak masuk meetng. aku kesiankn ketua exco aku jer, so temankn dia la kalau2 ada benda yg dia tak blh nk jwab aku tlong cover. aku harap sangt benda ni akan berakhir cepat2, dah tak tahan nak mengadap muka kau lagi. aku menyesal sangat2 tak pegi meetng kelab jer semalam. :(



p/s : tahniah kepada coursemate tersayang yg dpt jwatan smlam. buat kerja elok2 yer~bikin progrm yg gempak2 sket thn ni! peace hehe


Sunday, January 2, 2011

hari ini dalam sejarah

pagi tadi keluar pegi kajang lagi, minggu ni dah dua kali pegi shopping (walaupun plan keluar pada mulanya mahu merembat wang orang akhirnya wang sendiri tergadai, ish3x) dan kali ni seperti biasa kalau keluar, duit pun akan turut terkeluar juga (faham ke tak?, pemusnah bahasa punya orang hihi). tak kan nak kuar saje2, tak de nikmat la. hehe, tapi nasib baik pegi shopping tadi tak sampai 2 jam pun. kalo tak mesti lagi banyak duit akan dihabiskan.

nak dijadikan cerita, tengah duduk2 tunggu bas depan kedai uncle cina yang jual biskut tu. tetiba jer ada satu makhluk yang terbang, ada 2 kaki tu, yang suka bertenggek atas bumbung ni (merpati lorh) boleh pulak tanpa segan silu melepaskan hajat kat situ. dah tu jatuh betul2 atas baju aku, habis kotor. nasib tak bau busuk sangat kalau tak mesti pak cik bas tak mau kasi aku naik bas dia.



merpati hitam ke putih yang jahat, rasanya hitam la kot hihi



terkejor-kejor aku mencari punca air nak basuh najis si merpati tadi. sedang aku basuh baju, (tapi tak de la sampai mandi satu badan) orang yang lalu-lalang kat situ tengok aku pelik jer. aishhhh, malu seyh. ini semua si merpati punya kerja tapi aku yang terpaksa tanggung malu! sangat tidak adil. sampai hati dia buat aku macam ni padahal aku tak pernah kacau dia pon. sob..sob...sob.



geram betoi la, rasa nak sembelih sekor2. baru puas hati aku!



p/s : malam ni tak boleh nak mengadap tenet lama-lama sebab kerja belum selesai. esok dah nak kena hantar, macam mana ni? mamat2..memang menyusahkanlah.