semalam baru balik dari trip tesis. hari ni masih terasa sakit2 badan, lenguh2 kaki daki turun bukit, cerun semua semata-mata nak cari bunga pakma. alhamdulillah semuanya pulang dengan selamat wlaupun masa dalam hutan tu terdengar macam-macam bunyi binatang yang menyeramkan. huhu. memang risiko betul nak siapkan tesis aku ni, harap-harap dapat buat yang terbaik. :)
hari ni tak tau la kena basuh baju berapa trip sebab banyak sangat baju kotor, beg, dengan kasut tu. iskhh, nasib baik minggu depan dah start cuti sem so tak de la terasa sangat penat tu sebab dua tiga hari lagi boleh balik rumah dah. hehe. kali ni perasaan nak balik tu terasa lebih excited, tak sabar nak jumpa family.
waktu dalam hutan dekat gerik hari tu, cuak sangat. ini kali ketiga masuk hutan tu tapi itu kali pertama kami dikejutkan dengan suara-suara yang menyeramkan dengan bau nescafe tetiba padahal kawasan tu memang tak de sesape melainkan kami berlima je di tengah hutan tu. yang bau nescafe tu aku tak perasan pun sebab tengah kusyuk dok ukur saiz bunga tu, pak cik yang bawak kitaorng yang terhidu. patot la diam je semua hari tu tengah cuak rupanya. pak cik tu cakap kalau bau nescafe dalam hutan tu maknanya ada harimau dekat2 kawasan tu.
bila on the way nak keluar tu, dekat pertengahan jalan kot terdengar macam anjing menyalak tapi sekali je dengar. pastu aku ada dengar bunyi macam ada benda dok bernafas, kuat semacam bunyinya. time tu memang pasrah je apa yang ada depan kami nanti, walaupun kaki terasa macam tak boleh nak angkat dah sebab takut sangat kami teruskan jugak perjalanan. dalam hati tuhan je tahu betapa berdebarnya kami saat tu. pak cik tu plak cakap dalam hutan mana ada anjing, melainkan kijang, gajah dengan pak belang. memang mengucap panjang la aku dengar dia cakap macam tu. seram sejuk je rasa. huhu. alhamdulillah, akhirnya kami selamat keluar tapi perjalanan kali ni memakan masa lebih lama berbanding dulu, mungkin sebab perasaan dah bercampur aduk badan pun cepat je rasa penat.
lepas keluar tu syukur sangat sebab tak de apa2 perkara buruk berlaku. kami diberitahu bunyi macam anjing menyalak tu sebenarnya bunyi kijang sebab satu kali je. mungkin kijang tu nak bagitau dia ada dekat situ. nasib baik apa yang terlintas dalam fikiran aku tak muncul, kalau tak memang tak tau macam mana nak hadapi nanti. huhu. pengalaman tu memang menakutkan bagi aku.
p/s : harap-harap itu kali terakhir kena masuk hutan, macam dah tak sanggup da. huhu.
tanpaNya jiwa terasa kosong, tanpa mereka hidup pasti jadi tak tentu arah, tanpa dia aku terasa kehilangan, tanpa kamu pasti hambar rasanya. terima kasih kerana selalu buat hidupku sempurna.
ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...
Saturday, March 31, 2012
Wednesday, March 21, 2012
nae dongsaeng~
hari ni keputusan spm dah keluar! akhirnya, penantian adik aku selama ni terjawab juga. apa pun, tahniah alang! we're proud of you. chewahh, hehe. pagi tadi msj dia tanya, alang jawab baru on the way nak pegi skolah. alang kata dia berdebar sangat, tapi aku macam dah agak da result dia macam mana. so, tak de la nak rasa berdebar sangat *bukan aku yang amik result, perasaan tu tak sama lah*. haha. alang cakap ummi je temankan dia amik result, tu pun kira ok apa. time dia amik result pmr dulu lagi sedih. dah la pegi kawan ayah aku hantar, sorang-sorang plak tu. *nasib la anak laki memang kena kental sket* kihkihkih.
teringat plak time aku dulu, amik ko satu family pegi hantar. kalau result gempak ok la jugak kan, ni result cukup makan je buat malu pegi reramai. hahaha. apa pun, itu hal lepas. malas dah nak ungkit, lagipun masa tu cuti skolah boleh la pegi sumer.
dari pukul 11 aku tunggu berita tapi tak sampai-sampai jugak. huhu. sedih giler bila ingatkan adik aku lupa nak gtau result dia dekat aku. tengok2 dalam pukul 3 lebih tadi ada call masuk. yess, dari alang lah. hehe. angkat phone terus tanya result. alang cakap bi je dapat A. hah??! time tu blurr kejap sebab terkejut. yea la, aku target dia dapat staright A's sebjek dia amik. banyak kali aku tanya bi je A? boleh plak dia gelak-gelak pastu cakap. 'yo la, bi je alang dapat A. hok lain A+'. ceh, penat je aku cuak tadi. hehe. tahniah alang tahniah! walaupun kakak dia tak sehebat adik nya, aku still bangga bila adik aku dapat kejayaan cemerlang. mabruk3x..
semoga dengan kejayaan ni dapat membahagiakan kedua ibubapa aku. kesian ummi, gara2 temankan alang pegi amik result. dia tak sempat nak makan nasi. balik rumah tu penat sangat katanya, tapi tak pe kepenatan dia berbaloi. :)
p/s : seronoknya kalau boleh sama2 kongsi kejayaan dengan mereka dekat rumah. tak sabar rasanya nak jumpa mereka. nae dongsaeng tu adik saya dalam korea *panahan tengok korea banyak sangat, haha*

Monday, March 12, 2012
perancangan Allah itu yang terbaik
selepas lebih kurang seminggu habiskan masa dengan adik-adik kat rumah, pagi tadi baru sampai di kajang. penat tak yah citer la, dari semalam dok atas bas tu, naik kejang segala urat-urat saraf yang ada. huhu. dalam pening-pening sampai kajang pagi tadi tak ada satu pun teksi. haishhh, gelabah la time tu sebab ingat boleh sampai awal pagi, entah kenapa dekat pukul 8 baru tiba di kajang. dah la kuliah pukul 9 hari ni *gedik sangat nak balik ukm lewat, haha* memang ligat la otak dok fikir macam mana nak balik ukm dalam masa singkat tu, ulang-alik aku pegi tanya pak cik bas, pak cik teksi. sudahnya, kecewa sebab bas lambat lagi, kalau naik bas pun tak sempat punya nak kejar pegi kelas plak. nak naik teksi tak ada jugak.
tengah dok fikir tu, nasib baik ada la kelibat bas mini. time tu berkira-kira jugak nak naik ke tak sebab bas mini selalunya penuh dengan mat-mat bangla, indon apa semua tu lah. tapi, alhamdulillah mungkin sebab masih awal lagi so tak ramai yang naik bas dalam 6 orang cam tu je. syukur sangat masa tu, apa lagi terus la lompat naik bas tu dengan harapan dapat sampai ukm sebelum 8 setengah.
bila bas tu dah sampai pintu pagar ukm, terus keluar. masa tu tak tengok jam dah sebab nak cepat. dengan beg pakaian sumer, aku jalan dari luar pagar sampai kolej. dah la kolej atas bukit, memang semput giler ar masa tu. rasa nak pitam pun ada sebab perut tengah kosong, dari semalam tak makan apa-apa. huhu. bila sampai bilik, tengok jam 8.45 macam tu la. sempat lagi ke tak nak pegi kelas ni? mula cuak dah masa tu. entah kenapa rasa tak sedap hati pulak nak g kelas, call member nak tanya kelas pukul berapa. lama betul plak diorang nak jawab phone, tunggu punya tunggu baru dengar suara. member gitau hari ni kelas batal, aku je yang tak tau. hehe. nasib baik batal, aku baru terfikir nak skip je kelas pagi ni sebab memang tak larat sangat.
lepas tau kelas batal, apa lagi nak buat. tido la, simpan tenaga kelas pukul 12 plak. hehe. nasib baik kelas cancel kalau tak buruk rekod kehadiran aku nanti. tu la kan, perancangan Allah kita tak tahu. walaupun bas aku lambat sampai, aku tak skip pun kelas sebabnya kelas memang dah batal! alhamdulillah, hebat sungguh kuasa Allah.
p/s : tak semua perancangan kita akan berjalan seperti yang kita rancang. tetapi, apa yang terjadi pasti ada sebab disebalik kejadian itu. :)

Saturday, March 3, 2012
missed call
teringat pulak bila ayah call tadi. kesian dia sampai banyak kali kena missed call, yea la dah anak dia suka beno tinggal phone dalam bilik pastu pegi merayau. hehe. ingatkan kejap je pegi beli makanan, tapi bila singgah tengok tv, lepak bilik member. sudahnya, lebih dua jam jugak la. haha. balik bilik tengok phone banyak giler missed call. sumer dari ayah, terus call balik tapi phone pulak buat hal. haishhh, time tu jugak dia nak mati.
lepas tu, ayah call balik. dia merajuk sebab tak angkat phone *hehe, comel je dengar*
aku : assalamualaikum..
ayah : waalaikummussalam, nape tak angkat tadi? banyak kali tu call.
aku : g makan je. hehe
ayah : pastu, lama pulak nak call balik. g mana?
aku : makan dkt bilik kwan td, bual2 lama plak. keta gane? ok dop?
ayah : hrmmm, patot la. uh, keta tu g tukar bateri dah. hari ni nasib tak baik sokmo.
aku : bakpe tu ? hehe
ayah : dah la keta rosak, call anak pulak tak se jawab. huhu
aku : hehe..anak bukan sengaja tak se jawab la. eishhh
kejap je merajuk, pastu cakap tak henti-henti. macam-macam citer la kuar lepas tu. haha..ayah aku ni suka benar merajuk kalau orang tak angkat call dia, mengalahkan bf lah kalau cam ni. hehe. tapi, sumer tu yang buat kita rasa yang kita ni berharga dalam hidup dia sampaikan cakap nasib dia tak baik sebab kita tak jawab call dia. sayang dia sangat-sangat! tak sabar nak balik, jumpa family. :) suka dengar dia mengadu penat, lepas balik keje tak sempat rehat sebab balik dah lambat. walaupun kita tak boleh nak ganti dia buat kerja tu, sekurang-kurangnya kalau kita dengar dia mengadu hilang sket penat dia kot. dia mengadu bukannya nak ungkit dia kena keje banyak cuma nak suh kita lebih care dekat dia je. :)
p/s : insyaAllah, dua hari lagi sampai rumah. hantar mak,ayah nak pegi umrah. balik rumah boleh tolong tengok-tengokkan adik-adik tu. kesian pulak kalau tak de orang nak masak nanti *padahal aku bukannya reti sangat masak ni, benda simple2 boleh la buat* :P

Subscribe to:
Posts (Atom)