semalam baru balik dari trip tesis. hari ni masih terasa sakit2 badan, lenguh2 kaki daki turun bukit, cerun semua semata-mata nak cari bunga pakma. alhamdulillah semuanya pulang dengan selamat wlaupun masa dalam hutan tu terdengar macam-macam bunyi binatang yang menyeramkan. huhu. memang risiko betul nak siapkan tesis aku ni, harap-harap dapat buat yang terbaik. :)
hari ni tak tau la kena basuh baju berapa trip sebab banyak sangat baju kotor, beg, dengan kasut tu. iskhh, nasib baik minggu depan dah start cuti sem so tak de la terasa sangat penat tu sebab dua tiga hari lagi boleh balik rumah dah. hehe. kali ni perasaan nak balik tu terasa lebih excited, tak sabar nak jumpa family.
waktu dalam hutan dekat gerik hari tu, cuak sangat. ini kali ketiga masuk hutan tu tapi itu kali pertama kami dikejutkan dengan suara-suara yang menyeramkan dengan bau nescafe tetiba padahal kawasan tu memang tak de sesape melainkan kami berlima je di tengah hutan tu. yang bau nescafe tu aku tak perasan pun sebab tengah kusyuk dok ukur saiz bunga tu, pak cik yang bawak kitaorng yang terhidu. patot la diam je semua hari tu tengah cuak rupanya. pak cik tu cakap kalau bau nescafe dalam hutan tu maknanya ada harimau dekat2 kawasan tu.
bila on the way nak keluar tu, dekat pertengahan jalan kot terdengar macam anjing menyalak tapi sekali je dengar. pastu aku ada dengar bunyi macam ada benda dok bernafas, kuat semacam bunyinya. time tu memang pasrah je apa yang ada depan kami nanti, walaupun kaki terasa macam tak boleh nak angkat dah sebab takut sangat kami teruskan jugak perjalanan. dalam hati tuhan je tahu betapa berdebarnya kami saat tu. pak cik tu plak cakap dalam hutan mana ada anjing, melainkan kijang, gajah dengan pak belang. memang mengucap panjang la aku dengar dia cakap macam tu. seram sejuk je rasa. huhu. alhamdulillah, akhirnya kami selamat keluar tapi perjalanan kali ni memakan masa lebih lama berbanding dulu, mungkin sebab perasaan dah bercampur aduk badan pun cepat je rasa penat.
lepas keluar tu syukur sangat sebab tak de apa2 perkara buruk berlaku. kami diberitahu bunyi macam anjing menyalak tu sebenarnya bunyi kijang sebab satu kali je. mungkin kijang tu nak bagitau dia ada dekat situ. nasib baik apa yang terlintas dalam fikiran aku tak muncul, kalau tak memang tak tau macam mana nak hadapi nanti. huhu. pengalaman tu memang menakutkan bagi aku.
p/s : harap-harap itu kali terakhir kena masuk hutan, macam dah tak sanggup da. huhu.
3 comments:
sy mmg comel sebab tu sy komen kat sini,,he3 **saje je nie, sebba ternmpk y dio tulis atah tu,,,,
erm, hutan nie, mmg tmpt@habitat binatang2 mcm pak belang , kijang,,hu3
kena slalu hati2 la,,, mohon doa slalu , supaya ALLAH selamatkan kita drp perkara2 y membinasakan dan memudaratkan kita,,, insyaAllah.. :)
wah2, nok balik doh, x lamo ag tuh,,, :)
bestnyer dapat balik,,, nampaknya x lama ag, boleh makan nasi minyak la kan,, **kompang dipalu,,,he3
eh2, baru perasan ke ore tulis tu..hehe
insyaAllah :)
x de la , lamo doh jgok perasae, sajo je nok bg komen kat sini ,,he3
:)
Post a Comment