ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Thursday, December 29, 2011

HOMEsick


pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru kan? sekejap pulak rasanya masa tu berlalu. tahun 2011 bakal berakhir dan yang pastinya 2012 akan menyusul. saje nak wish new year awal-awal sebab macam tak de masa dah nak blogging tahun ni. kiranya ini entri terakhir 2011 *bajet macam lambat lagi nak masuk 2012, padahal lagi dua hari kot. hehe*

walaupun sekarang ini musim pulun belajar bagi pelajar universiti sebabnya beberapa hari lagi perlu menempuh final paper, aku tak terasa pun nak belajar. haishhh, pemalas betul. rasa rindu dekat family lagi kuat daripada keinginan nak belajar, kadang-kadang rasa menyesal belajar jauh dari rumah. nak balik! huhu. tiap kali baca nota mesti tak boleh nak fokus, fikiran tu suka sangat melayang-layang kekadang sampai kelantan dah. homesick sudah, padahal sebelum ni ok je. bukan tak pernah jauh dari family pun. jiwa rasa kosong je sampaikan nak study pun malas. yea la, aku tengok dan baca nota tapi sepatah haram tak masuk dalam otak.

tapi, apa boleh buat. nak tak nak kena tunggu sampai habis exam baru boleh balik, sekarang hati kena kuat. perlu lebih bersemangat untuk belajar kalau tak sia-sia je masuk exam kalau tak boleh nak skor. semoga doa dari mereka mengiringi setiap usaha aku. gud luck! *nak bagi semangat untuk diri sendiri* buat kawan-kawan seperjuangan, teruskan usaha, jangan cepat putus asa. mulakan perkara dengan 'bismillah' nescaya hati kita akan lebih tenang *thanks buat sahabat yg mengingatkan, :)*



p/s: HOME is where the heart is. sebab tu terasa nak kawin dengan anak jiran sebelah rumah je baru la boleh balik rumah selalu. hehe.

Saturday, December 17, 2011

'STRESSS' is normal

perkataan stress memang sinonim dengan hidup pelajar kan? stress sebab terlampau banyak esaimen, stress sebab lecturer terlampau garang sampai nak pegi kelas pun takot, stress sebab bila nak dekat exam baru nak study, pastu mula la cakap tak de masa padahal suka blajar last minute, stress sebab bekalan air tak de dekat kolej ditambah pulak line internet yang lembab mengalahkan siput babi, stress sebab kondisi bilik yang selalu buat pelajar mengantuk dan tidur sepanjang hari minggu sampai tak siap keje, stress sebab makanan dekat cafe tak sedap pastu mula rindu nak balik rumah makan masakan mak yang sedap giler tu, stress sebab cinta tak kesampaian, stress sebab baju banyak tak basuh dan macam-macam perkara lagi yang buat pelajar semakin stress bila dekat universiti.

dulu, memang aku cukup benci dengar perkataan stress ni sampaikan bila dengar je aku mesti jadi stress. tapi ada satu benda yang buat aku ketawa bila dengar perkataan stress ni, lepas tu sekarang memang jadi hobi pulak sebut perkataan stress tu. hehe. sejak aku tengok KANG GARY dalam running man aku asyik gelak je bila dengar 'STRESSSS!' hahaha. disebabkan muka dia yang suka senyum pastu cakap stress buat aku sedar stress ni bukan la teruk seperti yang disangka, sekarang makin gemar dengar perkataan stress sebab aku terbayang wajah lawak gary bila dengar stress tu. haha.



sape nak kenal kang gary cuba tengok 'running man'. best tengok sure boleh hilang stress..hee~aku pun dah teraddict dengan benda tu da sekarang. rupanya bukan aku je yang suka sebut stress. tadi aku ada pegi kursus, semua 4 orang penceramah tu suka beno sebut 'stress!' lawak je dengar aku asyik gelak jer padahal sejuk beku dah sebabnya lama sangat berkursus dari pagi sampai petang dalam bilik aircond. sambil dengar tu aku bayangkan gary jugak tu yang jadi makin lawak. hehe. ingatkan aku sorang je suka stressss ni.

ni lagi satu mamat yang boleh buat aku gelak sampai sakit perut, ini dalam versi melayu pulak. hahaha.



p/s : bak kata matlutfi curi gitar tu haram tapi curi hati tak pe *sambil buat muka comel dia* hehe. bila dah stress perlu cari perkara yang boleh buat kita ketawa dan lupa segala masalah dalam otak. biasa la minggu akhir kuliah banyak nak kena siapkan esaimen sebab kena hantar sebelum final. chaiyok!

Tuesday, December 13, 2011

jangan menilai jika masih tidak mengenali

dulu,
waktu tu belum kenal sangat perangai dia macam mana
tapi aku macam menyampah je nak tengok dia
sebab banyak dengar cerita-cerita buruk pasal dia
muka garang, susah nak senyum, kerek giler
suka usik perempuan padahal aku tak pernah pulak nampak dia usik sesape dalam kelas tu
tapi hakikat sebenar perangai dia aku tak tau
cuma dengar dari mulut orang je la
aku pun tak pernah rasa nak kenal dia.

satu hari,
ada satu kerja group
ahli group kitaorang tak leh pilih
sebab lec yang bagi
tengok2 nama aku satu group dengan budak tu
kawan aku cakap mesti susah nak buat kerja dengan dia
tapi dah dapat tu nak buat macam mana
nak tak nak kami memang dah satu group
nasib baik bukan berdua je
mula dari situ, dia mintak no phone
sebab dia cakap senang nak contact kalau nak buat discussion.

lepas dah hantar projek tu,
kitaorang still contact
tapi dalam kelas memang buat macam tak kenal
segan kot, yea la sebelum ni banyak dok kutuk dia
tapi lama2 dah kenal
rasa dia baik je
aku pun selesa dengan dia
aku dah anggap dia kawan baik sebab banyak gak cerita kami kongsi.

tapi,
dia keluar awal kolej
tukar belajar tempat lain
tak sempat habiskan sebab dia cakap dah tak boleh nak 'catch up' belajar dekat sini
jadi dia mula belajar balik
semoga dia terus success.

sekarang,
aku still contact dengan dia
tapi tak sekerap dulu
sebab masing2 sibuk kan
sedar tak sedar dah lebih 3 tahun kami still kawan lagi
harap persahabatan kami sentiasa segar
sejak akhir-akhir ni
aku pulak dok teringat dekat dia
mungkin sebab dah lama tak dengar khabar
apa2 pun semoga dia sentiasa sihat dan baik2 aje
hanya doa yang mampu dihadiahkan buat sahabat :)



p/s : dah lama tak mengarang cerita, rasa nak tulis cerpen balik tapi sekarang masa tu banyak dihabiskan dengan esaimen sampaikan nak menulis pun tak de idea.

Monday, December 12, 2011

bukan hati kental

aku tak faham kenapa kadang-kadang aku jadi penakut tapi kadang-kadang berani yang teramat. petang semalam tengok citer dengan kawan, bukan cerita hantu tapi macam seram jugak pasal ada bab bunuh-bunuh. eish, tak suka betul! walaupun aku tak tengok sangat cuma dengar suara je boleh gak bawak sampai ke malam. pastu mula la cari teman nak tidur. huhu, teruk nya rasa. padahal kita tak boleh takut benda lain selain Dia kan, tapi tak tahu kenapa kalau bab2 macam tu memang aku tak leh elak. :(

kalau tengok citer kejam ke citer hantu ke mula la sumer citer yang lama2 automatik akan ter'flash back' dalam otak aku ni. *adik aku yang bongsu lagi berani kot, segan dengan dia* macam mana la nak hilangkan rasa takut, kalau takut je mesti teringat nak balik rumah plak. tambah-tambah bila time malam manjadi-jadi plak, akhirnya semalam pegi tidur bilik member, nasib baik bilik dekat kalau jauh jawabnya tak tidur la sampai ke pagi.

teringat plak prof cakap nak pegi berkemah dalam hutan, seminggu jugak katanya. harap2 cancel tak mau la tidur dalam hutan, tempat cam tu lagi la seram.



p/s : tak elok kan takut pada benda-benda tahyul, tapi tengok la pemikiran orang melayu suka sangat percaya benda macam tu kalau tak masakan banyak cerita2 seram yang timbul. *kenapa aku nak jugak tengok walaupun takot*
psssstt, sebab tu aku lagi suka tengok citer KOREA! haha.

Friday, December 2, 2011

merapu lagi

permainan hati dan perasaan ni memang sakit. sakit sangat, kadang-kadang hati tu rasa macam kena tusuk. betullah orang cakap cinta tu macam sembilu kan, kalau nak tahu macam mana sakitnya cuba la rasa. aku dah serik, sekarang nak lari jauh-jauh dari mereka. tapi apa daya, sejauh mana pun aku lari mereka akan tetap ada. sabar je banyak2, huhu. kuatkan lah hati ini Ya ALLAH. amiin..

kadang-kadang, rasa nak hidup sorang2 je. tak yah campur hal orang lain. tapi, kita manusia mana mampu nak hidup sorang sebab memang manusia dilahirkan berbeza-beza untuk saling melengkapi dan bertaaruf antara satu sama lain. dah penat nak hadapi semua ni, nak je masa cepat berlalu biar aku boleh terbang jauh-jauh dari tempat di mana aku ada sekarang. dugaan itu berat tapi aku tahu aku mampu harunginya dengan tabah sebab tu Allah uji aku sampai macam ni. semoga terus tabah!

malas dah nak fikir benda simple macam tu, so sekarang aku harap perkara tu akan hilang dari hidup aku. aku tahu aku tak mampu nak halau korang, jadi biarkan aku pergi. :)



p/s : aku nak hidup aku ceria macam dulu. huhu.

Tuesday, November 29, 2011

gelagat student 3rd year

konon nya tengah study etno untuk mid-test hari khamis nanti tapi dari tadi baca still blank lagi. alang-alang dapat internet bukak blog update sikit. hehe. dah baca pun tak lekat dalam otak, ni rasa nak bazirkan masa buat benda2 tak faedah. maklum la first mid-test (untuk sem ni) rasa malas tu makin menjadi-jadi, itu lah kan sebelum ni asyik relaxs jer memanjang mana ada study (bila final baru kalut cari nota, haishhh entah bila nak berubah perangai tu)

nota pulak banyak giler nak kena hafal, tambah-tambah hafal pasal nama saintifik yang pelik-pelik tu. lagi la rasa macam tak confident je boleh jawab exam nanti, geram betul! kalau setakat lima pokok nak kena hafal o.k lagi kut, tapi ni nak kena hafal entah berapa banyak nama dengan kegunaan nya sekali. mau meletop otak kalau nak hafal semua! arghhhhh, tension memang tension la kalau macam ni. huhu.

final year ni memang mencabar la, even kelas tak banyak, subjek pun dalam 6 jer. tapi, mostly subjek rasanya killer semua neh. adehh, cam ne la rupe pointer nati. walaupun kelas tak banyak esaimen la pulak belambak. dengan nak kena pikir pasal proposal tesis lagi, beban tu terasa sesangat ler. penat jugak jadi student rupe nya, huhu. padahal, minggu lepas dah pegi terengganu. konon boleh hilangkan tension tapi rasa makin tension ada la. tiba-tiba rasa cuak pulak, kena sambung study balik ar tu. hehehehe.



p/s : harap nya dapat jawab soklan mid-test sebaik mungkin lusa walaupun keadaan diri makin tak stabil dengan kerja yang bertimbun nak kena siapkan, huhu. thnks kepada yang sudi singgah dan follow dekat sini, ada masa nanti i will catch u'ols back! nak blogwalking pun tak sempat dah sekarang. :(

Saturday, November 19, 2011

hati wanita


wanita dilahirkan dengan sifat lemah lembut dan sopan bukan bermakna mereka mudah dipermainkan. perempuan, hatinya mudah tersentuh walaupun disebabkan oleh perkara2 yang kecil je. contohnya, tengok filem hindustan tak pun citer2 sedih. laju je airmata nak mengalir time tu kan? itulah kelemahan mereka tapi kadang-kadang airmata boleh juga beri kelebihan sebab dengan airmata wanita tu boleh buat seseorang bersimpati dengan mereka. hah, macam tu la yang aku selalu dengar pasal wanita. itu kata orang, bagi aku pulak tak semua wanita(tukar guna perempuan la plak baru rasa lagi muda. hehe) punya hati lembut macam gula-gula kapas tu kan(org klantan panggil gula lirr). ada yang hati mereka lagi keras dari batu (erk! tak pernah la pulak pegang hati keras macam batu).

hati juga boleh berubah, kadang2 terlalu sensitif, kadang-kadang kental je. satu hal yang aku perasan pasal hati ni kan, makin kita meningkat dewasa makin sensitif pulak. senang cite macam ni la, bila kita dah makin besar(terutamanya perempuan la kot) mudah sangat hati ni nak tersentuh walaupun disebabkan perkara mudah. aku? kadang-kadang pun rasa macam tu jugak terutamanya dengan kawan laki ni.

maksud aku, perempuan perlu berhati2 bila berkawan dengan lelaki. jangan terlalu gembira apabila kita diberi sedikit perhatian oleh mereka takut nanti termakan diri pulak. jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki walaupun hati kita lembut. kalau dah suka pun, jangan terlalu berharap sangat selagi dia belum jadi seseorang yang 'halal' untuk kita. tepuk dada, tanya iman. :)

buat kamu, wahai sang jejaka. jangan mudah melafazkan cinta selagi kamu belum bersedia untuk memikul tanggungjawab. cinta itu suci, jangan dikotorkan dengan nafsu.


p/s : kalau belum bersedia, tolong jangan muncul dalam hidup saya.

Friday, November 4, 2011

mana birthday 'boy' nyer?


bukan main lama tadi dari pagi tunggu prof masok ofis, tengok2 da petang baru dia sampai. alahai prof, habis tunggang langgang plan kami. hancusss..anyway, hepi becoming birthday prof! plan konon-konon nak wt surprise party dekat prof tapi silap kami datang lewat sikittt jer. bila sampai dekat ofis tengok prof tak de frust giler. huhu.

tapi, still kuatkan diri nak tunggu gak prof datang kot2 dalam kul 3 sampai. sekali prof datang pukul 5 la plak! nasib baik kami tak cabut dulu. merasa jugak tengok prof pakai topi yang kiut2 tu. hehe. terharu pun ada sebab prof datang jugak walaupun da lewat. terima kasih :)



buat akak dan abang ofis, terima kasih yer bagi kami tumpang dalam bilik lama2. hehe. maaf ganggu kamu semua buat kerja. :) lain yang dirancang, lain plak yang jadinya. last2 kami sumer kena surprise dengan prof! haha, lawak betul.



p/s : malam ni dah boleh balik kelantan dengan tenang! selamat tinggal UKM, jumpa lagi lepas seminggu. selamat hari raya sumer. gambar2 sumber dari mira, thnks mira :)

Tuesday, November 1, 2011

all the best!

hari ni datang jua, perbentangan proposal bakal bermula. all the best kepada kawan2 semua! cuak walaupun turn aku hari khamis ni. harap tahap kesihatan diri tidak goyah, dah mula selsema, batuk sikit. takot nya kalo hilang sore tiba-tiba. huhu. malam tadi dah tido dekat 11 jam kot sebab badan rasa penat sangat2, pastu otak pun dah tak leh nak pikir banyak-banyak. bangun pagi tadi, still pening2 tapi okey da sket.

alhamdulillah, masih boleh bangun lagi pagi ni. sakit ni mesti sebab kena hujan dekat cameron hari tu. haishhh, cuaca tak menentu dekat sana buat badan jadi lemah, memang tak leh ar nak hidup ala-ala oversea cam ni. tak mampu kot tahan sejuk kat sana. bayangkan la, nak makan pun cramp sebab sejukkkkk sangat. kalau dok sana lama-lama mau jadi kurus sebab makan selalu jerk tak habis. huhu. cuaca kelantan jugak yang sesuai, hihi. rindu nak balik kelantan!

ayah pesan, kalau sakit jangan merungut sebab sakit tu tandanya Allah masih ingat dekat kita. Dia bagi sakit supaya kita boleh menghargai waktu kita sihat. jadi, walaupun sakit, penat, jangan cepat mengeluh sebaliknya kena senyum banyak2 :):):):)


p/s : pesanan khas buat sahabat yang ada test jpj hari ni, semoga lulus. :D
lagi 3 hari da boleh balik rumah. heee~

Thursday, October 27, 2011

tak malu ke mintak duit dengan pelajar?

kolej aku neh dah miskin sangat ke? sampai nak kena mintak duit dekat student?! aishhhh, geram betol. boleh plak hantar mesej dekat semua penghuni blok, nak denda 50 hinggit sorang kalau tak alihkan meja yang kitaorang guna untuk hadang peti. masalah kecik macam tu pun nak denda sampai 50 hinggit sorang, tak patot betul. memang dasar gila duit ke ape. huh!

common la, dah tau kan dekat sini masalah beruk yang suka selongkar peti ais sampai bersepah-sepah barang dalam tu. dah tak de benda lain yang leh guna nak hadang, guna je la meja uh. tu pun nak kecoh! bukannya boleh rosak meja kalo dok kat situ :P

asyik-asyik nak mintak duit denda kitaorang, dah la bukan main lagi nak 50 ringgit sorang. satu blok ada dalam 16 orang, darab dengan 50. tak ke banyak tu? bukannya meja harga beribu satu, agak-agak ar kalau gila duit pun jangan la dera student macam kitaorang. ingat senang ke nak dapat 50 tu??? tolong la consider sket. huhu.



p/s : agak-agak halal ke duit tu kalau korang guna untuk aktiviti kolej? aku rasa tak sebab tu kira penganiayaan kepada pelajar. banyak lagi benda penting nak buat pakai duit tu.

Sunday, October 23, 2011

mereka tak anggap aku kawan ker

maaf, entri kali ni nak luahkan rasa sket.

kenapa kadang2 aku rasa kawan2 aku macam tak anggap aku kawan mereka? kenapa aku rasa macam aku jer yang beria nak kawan dengan mereka? tapi, mereka selalu anggap aku macam tak penting jer dalam hidup mereka. bila susah cari kita, tapi bila senang lupa. kenapa aku tetiba rasa macam ni padahal dah lama kot berkawan. mayb sebelum ni aku malas nak pikir, tapi sejak akhir-akhir ni selalu terpikir pasal benda ni. benda ni buat aku rasa tertekan jugak. yea la, tambahan sekarang ni memang banyak benda yang nak kena fikir, dan buat. dengan proposal, dengan perbentangan dengan tesis lagi.

tolong la, kalau ada apa2 please inform me. selalunya aku yang jadi last person dapat khabar berita. seingat aku, aku memang tak suka berahsia dengan member. kalau benda tu ada kaitan dengan mereka, aku cepat2 gtau. tapi, mereka? bila aku tanya baru nak bagitau padahal masa tu dah lapuk kot isu tu. aku sedih sangat2, rasa down juga. ok fine, kalau korang tak nak kongsi dengan aku tak pe, bia aku bawa diri jauh-jauh. k bye!


p/s : aku pun tak tau bila nak habis belajar, rasa macam makin tertekan duk dekat ukm neh bila kawan tak anggap kita kawan. hrmmm, moga Allah tabahkan hati aku untuk mengharungi semua ni. kadang-kadang aku rasa senyum pun palsu!


Tuesday, October 11, 2011

rindu mereka

dah lebih sebulan rupanya aku dekat u ni. hrmmm, tiba-tiba teringat pulak kat adik2. rindu nya nak dengar suara, nak main bola, nak makan sama-sama dengan diorang. selalu kalau tefon rumah dengar citer pasal diorang melalui mak ayah je la. ntah kenapa kalau nak cakap tefon mesti tak de point nak gelak tapi kalau jumpa face to face banyak la plak citernya. hehe.

semalam tefon kak long, dia duk citer pasal adik aku 2 orang ni. sorang amik SPM, sorang lagi PMR. yang PMR tu adik pompuan tapi nakalnya melebihi adik aku yang laki-laki tu. ada ke patot pagi tu nak exam math baru gelabah cari kalkulator *nampak sangat tak stdy sebelum neh, huhu. tapi kalau dia dah stdy pun aku tak tau la*, bukan exam bulanan biasa exam PMR tu. pastu mula la dok merayu dekat abang dia nak pinjam kalkulator *pagi2 nak ke sekolah ada jer drama diorang buat, tu yang buat aku rindu dekat mereka*

merayu punya merayu akhirnya dapat la jugak. si abang ni cakap 'alang nak guna kalkulator gak sebenarnya tapi tak pe la, pakai dulu' *macho giler ah adik aku tu, hehe. sanggup korban demi adik dia nak PMR kan, haha* belum sempat nak cakap thanks, alang cepat2 pegi skolah tapi still menjerit "GUDLUCK!!" dekat adik dia tu. dia segan nak tunjuk care depan2. hihi. anyway, gudluck dekat mereka yang nak amik exam tahun ni. all the best!




ni lah alang, hero kami. hehe. dari kecik sampai la dah besar panjang memang pemalu!



p/s : tak sabar nya nak balik raya haji ni. rindu..rindu.. dekat family sangat-sangat.


Thursday, October 6, 2011

menyampah

ya Allah, menyampah nya tengok orang-orang hipokrit neh. kenapa manusia suka gunakan agama mereka? konon nak tunjuk baik la tu kan. sikit2 cakap hal agama, pastu siap bagi tazkirah la peringatan la macam2 lagi. tapi, yang pelik nya diorang macam tak praktik je ilmu yang diorang ada. kenapa sampai macam tu jadinya. apa motiff sebenar diorang? pelik memang pelik.

kenapa aku cakap benda ni? sebab dah banyak kali aku tengok terutama dalam fb. kita tengok, baca apa yang diorang share. semuanya pasal agama, kenapa tak leh kapel, nape tak leh pakai macam tu, nape tak leh pakai macam ni. memang semua tu baik, aku baca pun rasa lapang jer sebab masih ada orang yang nak bagi peringatan dekat kita kan. ok, fine yang tu aku boleh terima. tapi, yang tak tahan nya bila bkak profil. belambak gak dok tayang gambar gedik2 depa, pastu siap main komen manja2 dengan member laki diorang. huh! apa kes tu? agak2 la kan, kalau nak tunjuk baik pun tak perlu la nak bagi tazkirah apa semua kalau diri sendiri pun macam tu jugak! jangan jadi hipokrit boleh tak??

tak salah nak kongsi ilmu agama *dah jadi tugas kita, saling memperingati antara satu sama lain*, sebab sekarang ramai da aku tengok remaja yang terpesong. tapi, please la. cuba baiki diri kita dulu sebelum nak tegur orang lain. entri ni bukan ditujukan pada seseorang, aku gtau secara umum. maaflah andai teguran ni terlalu kasar buat kamu semua, ni pun teguran untuk diri sendiri juga. semoga kita saling perbaiki diri supaya jadi hamba Allah yang lebih baik. :)


p/s : jangan jadi hipokrit, tegur diri sendiri sebelum tegur kesalahan orang lain. hehe


Tuesday, October 4, 2011

never make women cry

petang-petang macam ni memang bosan la dok kat bilik. tak tau nak buat apa *padahal banyak jer esaimen nak kena siapkan tapi sebabkan mood malas melampau-lampau, keje berfacebooking jek memanjang. huhu (teruk nya rasa)* facebook pun makin lama makin membosankan gak, nak deactive tak leh sebab apa2 update pasal aktiviti kelas sumer melalui fb(alasan je sebenarnya, haha). tengah godek2 fb tu, jumpa sesuatu yang mampu membuatkan kaum hawa tersenyumm lebar-lebarrr :))))))


MENARIK UNTUK LELAKI TAHU...NEVER MAKE WOMEN CRY..:)

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya :
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa.
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa nyaman.
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah.
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita makhluk kuat.
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Wanita itu sangat istimewa.


sebagai seorang wanita, aku rasa sangat istimewa dan bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang beragama. tapi, sekarang aku tengok ramai jer manusia yang suka menjatuhkan martabat islam, menghina islam secara terbuka termasuklah dalam internet neh. tak tau la kenapa mereka tidak dapat melihat kebenaran dan kebaikan ajaran islam. semoga mereka diberikan hidayah untuk mengenali dan memahami ajaran islam yang sebenar.



p/s : dunia akhir zaman, ramai yang hendak menjatuhkan islam. semoga kita, sebagai umat islam tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.



Monday, October 3, 2011

ktm oh ktm

walau penat dan sakit kepala still nk update sket blog ni, tak mau bagi dia sunyi. hehe. hari ni *eh, dah lebih jam 12 neh kira semalam la kan (ahad), ni dah masok hari isnin* ialah hari outing paling penat sedunia. mana tak penat pagi tadi keluar, malam baru sampai bilik. tak pernah2 balik lewat macam ni tapi tadi terlewat balik bukan pasal aku kuat merayau. ni sumer salah ktm!

tak suka sangat, bayangkan sampai 3 kali cuba masok tak leh lepas. dah macam bola, nak masuk tapi melantun keluar balik. haha. kali ke 4 memang nekad nak masok akhirnya berjaya tembus tembok-tembok manusia yang menghalang. tadi pengalaman naik ktm paling terok sebabnya terpaksa berasak dengan lelaki2 *terpaksa naik koc sama dgn lelaki sbbnya koc wanita melampau2 penohnya, kalo nak tnggu smpai ke mlm la dok dkt stesen tu* rasa nak pengsan pun ada, yea la badan laki sah2 beso dan tinggi. aku yang rendang ni nak bernafas pun tak tau nak amik udara celah mana dah sumer udara tinggi kena rembat oleh depa sumer. nak hirup udara rendah, tak lalu la plak macam2 bau ada. ishhhh, lepas ni sumpah dah tak nak naik koc dengan depa lagi.

p/s : itu sebabnya kena tambahkn lagi koc untuk wanita sahaja. hehe.
kadang-kadang rasa nak bawak keta sendiri jek pegi outing. huhu.


Thursday, September 29, 2011

nafas baru :)

esok dah hari last bulan 9, cepat benar rasanya masa berlalu. mata rasa macam tak leh tahan dah tapi tak boleh tidur lagi sebab baru jer habis makan jamuan raya, dah la makan nasi banyak giler tadi tak pernah2 makan lewwat cam ni. hancur diet wooo. (eh2, syawal ada lagi ker? lantak la dah tak sempat nak buat time syawal, buat jugak la walaupun dah abes bulan syawal. huhu). esok pun ada jamuan lagik, haishhhh mana tak naik badan kalau macam ni tiap2 hari.

pastu yang tak tahan nya makanan punya lah sedapppp semua, satay ada, laksa ada, nasi tomato la, nasi beriyani, macam2 jenis nasi lagi la. tu pun nasib baik boleh kawal lagi nafsu makan neh, ambik yang mana rasa nak makan jer. kang ambik banyakkkk buat apa kalau membazir, nafsu je semua tu.

dah tak tau nak buat apa kan, tido tak leh lagi perut tengahhh penohhh sangat. haha. so, ambil peluang ni touch-up blog yang dah lama berhabuk sebab lamaaaaaa sangat kot tak taip2 kat sini, tak de semangat langsung. hopefully, lepas dah bagi nafas baru dekat blog kesayangan aku nih makin rajin la erk idea nak menaip tu datang. ok la, sambung edit gambar pun syok gak. hehe.


p/s : sekali tengok nampak matang sket blog ni dengan kalar kelabu neh. hihi.
(yea ker? perasan giler!)




Monday, September 12, 2011

hari pertama

"salam n slmat pg..diucapkan slmat berkuliah wat siswi yg tgh baca msj ni^^"-msj pertama pagi ni dari adik aku dekat pahang. trimas sis! luv u so much..hehe. buat anda2 yang baru nak mulakan sem baru hari ni, selamat study sumer..lama benar rasanya tak pegang buku dgn pen, maklumlah cuti 4 bulan kan. hopefully, sem ni semangat nak belajar makin tinggi. pejam celik pejam celik, dah masuk last year dah skrang (insyaAllah, dapat habiskan tahun akhir dengan sempurna, amiin)

semalam daftar masuk kolej, sukanya dapat bilik baru renovate! katil baru, meja baru, almari baru, pintu pun tukar yang baru jugak. terima kasih pihak kolej bagi kami keutamaan guna barang2 baru tu. hehe. tapi semalam penat giler nak kena kemas bilik baru tu. dah lenguh satu badan. suasana baru ni harap2 nya dapat la belajar dengan lebih baik ^^




ni loker baru aku, nampak lagi kemas. tak de la nak serabut sangat bilik aku nanti




ni plak katil baru, siap ada laci bawah tu boleh la letak barang2 kat situ (abaikan cadar hello kitty tu, aku dah matang lah)


p/s : tak sabar nak pegi kuliah pertama hari ni, nak jumpa mereka2 yang dirindui.


Sunday, August 7, 2011

rugi ke?

alhamdulillah, dah hampir seminggu umat Islam berpuasa (bagi sape yg puasa cukup setakat ni la) tapi aku pasti ada yang baru nak start puasa hari ni disebabkan kes2 spesial kan? (aku ler tu..hehe) adik aku ada cakap orang perempuan lagi rugi sebab tak boleh puasa penuh pastu tak dapat nak terawih tapi kami perempuan tak pernah rasa rugi. nak tau kenapa? sebab aku yakin Allah tu maha Adil.

ada kaum ibu tak sempat nak qiamulai sebab masa tu mereka sibuk nak siapkan juadah sahur tapi ayah aku cakap bila kaum ibu siapkan sahur untuk ahli keluarga mereka, mereka diberi ganjaran umpama melakukan solat tahajud sepanjang malam. hah, kan adil tu.

bagi wanita yang tidak boleh puasa pula, apabila mereka menyediakan makanan untuk orang berpuasa, wanita tersebut turut memperolehi ganjaran pahala mereka yang berpuasa. adil lah sebab jarang ada lelaki yang sediakn juadah berbuka. :)

kaum adam memang diberikan banyak masa untuk beribadah tapi bagi kaum hawa apabila sudah mendirikan rumah tangga, mereka lebih banyak menghabiskan masa menyediakan keperluan bagi suami dan anak2. namun, pahala menyiapkan keperluan suami dan anak2 lebih banyak. lelaki perlu menjadi ketua yang baik kerana di hari akhirat kelak mereka perlu menanggung dosa 4 orang wanita iaitu ibu, isteri, adik perempuan dan anak perempuan mereka. bagi kaum wanita pula, mereka akan ditolong oleh 4 orang lelaki iaitu ayah, suami, abang/adik lelaki serta anak lelaki mereka. renung-renungkan :)

p/s : hari ni kena saman dengan polis, dugaan hari pertama puasa. huhu.


Tuesday, July 12, 2011

teladan dari binatang

testing2.. lama giler tak bukak blog ni, dah berhabuk pon. alahai kesiannya dekat blog selalu terabai sejak aku dah ada anak baru dua ekor tu. dah hari2 dok sibuk bagi makan, pegi main-main dengan dua ekor arnab tu aku dah jadi makin malas nak meng'online'kan diri. entah mimpi apa hari ni boleh ter'online' plak. hehe.

sejak akhir-akhir ni aku dah makin sayang dekat binatang, hrmmm mungkin sebab tiap-tiap hari kena jaga arnab kot. kiranya tak sia-sia aku dok rumah jer sepanjang cuti ni, dapat la jugak suburkan sifat penyayang dalam diri ni *dulu2 je aku ni jenis baran sikit, sekarang dah ok kot. haha* maklumlah jiwa keibuan makin menyerlah :P

sebenarnya dah lama aku perhatikan sekor ibu kucing liar yang selalu lepak atas rabung *bumbung* rumah jiran aku. giler garang ar kucing tu mengalahkan aku, dah nama pun kucing liar. memang tak de sape la yang berani dekat. tapi ada satu sifat dia yang buat aku kagum sangat dengan kucing ni. ibu kucing liar ni ada 3 ekor anak, semua comel2 tapi sayang garang macam mak dia jugak la. disebabkan sayang sangat dekat anak2 dia tu, si ibu ni rela simpan anak dia atas atap rumah. tinggi tu kena panjat tapi dia usaha jugak angkat ketiga-tiga ekor anak tu. wah, hebatkan kasih-sayang binatang sampai tahap macam tu sekali. masyaAllah. bila time nak bagi makan, ibu kucing tu akan bawak makanan sampai atas tu. kadang2, kalau makanan tu sikit jer aku tengok ibu tak makan pun. dia bagi anak jer makan. tak pernah aku jumpa kucing yang jaga anak dia betul2 macam kucing liar tu.

tapi, pelik kenapa manusia yang ada akal tapi bertindak bodoh mengalahkan kucing yang memang tak dikurniakan akal fikiran yang waras. ada jer manusia yang buang anak, dera anak la. kenapa mereka tak boleh sayang anak mereka betul2?


p/s : kadang-kadang manusia perlu belajar daripada haiwan. sebab tu lah Allah ciptakan makhluk dekat dunia ni untuk saling memperingati. :)


Sunday, June 19, 2011

ngeri

ehem, selamat pagi dunia. hehe. kali ni nak kongsi citer pasal kaki aku yang tak sihat, sian ibu jari aku dah hilang kuku daa. huhu. nasib baik sebelah jer, kalau dua2 belah tak ke nanya aku. waktu mula-mula kena cabut dulu memang sakit la, jalan pun terhinjut-hinjut. dah la jalan lembab semacam je, seminggu tu memang aku tak banyak jalan la maksudnya terperuk dalam rumah jek.


geli geleman tengok kaki sendiri. cepat2 la tumbuh kuku baru tak sanggup da nak tengok. huhu


dah tak tau nak taip apa, otak pun dah malas nak pikir apa2. kalau korang nak rasa sakit ke tak cabut kuku, try la cabut sendiri. hehe.


p/s : entry terpendek pernah aku buat. bahaya la duduk rumah lama2, otak pun jadi makin lembab. arghhh, tolong2..



Sunday, June 12, 2011

kelinci la plak

ayah aku pernah cakap, aku ni harap jer belajar pasal binatang tapi bukannya sayang sangat kat haiwan2 ni. lagi-lagi kucing, dulu kiranya aku ni suka la buli kucing yang asyik duk lepak dekat rumah. padahal bukan buli sangat pun, ala kira nak main2 kasar jer. biasa la, kalau sayang tak leh tunjuk sangat rasa sayang tu. hehe. tapi, sejak lama menghabiskan masa di rumah, hilang dah rasa nak buli kucing tu. yea la, dah hari2 dok buli bosan gak la. nasib baik dah ada peneman baru dekat rumah. comel sangat, gebu plak tu. rasa nak gigit-gigit jer. nak tau apa benda yang gebu tu? meh usha gambar kat bawah ni.




nampak tak kelinci tu? comel kan? hehe


hah, comel kan? sebab kan mereka berdua tu comel sangat, tak sampai hati la plak nak buli diorang tu. tapi, yang tak tahan dengan si arnab ni bau dia la. hadoi, kalau kencing, berak ke memang busuk la. haishhh, dah la sekor tu tak senonoh, suka hati jer kencing atas lantai.

seronok jugak jaga arnab ni, aku suka sangat lepaskan diorang dari sangkar tu. bila kat luar sangkar bukan main la diorang ni lincah sangat, time nak tangkap balik masuk sangkar susah sbb diorang suka main lompat2. terkejar2 kami nak tangkap balik. hehe.

lama sangat tak mencoret dekat blog ni, kadang-kadang sampai hilang idea da. hrmmm, skill menulis dah makin menurun rasanya. kena banyak menaip baru la makin ok penulisan ni, tapi faham2 je la kalau kat rumah ada jer kerja nak buat.



p/s : frust giler tengok bola semalam. huhu


Sunday, May 29, 2011

jom cuba buat!

alamak, dah berhabuk blog aku ni. maklumlah bila time cuti memang ada jer benda nak buat sampai kan nak meng'on9'kan diri pun susah dicampur pula dengan perasaan malas yang membuak-buak. hari ni berjaya juga rajinkan diri sebab nak kongsi satu resipi dengan korang, hehe (tetiba rajin nak masuk dapur). tapi serius resipi ni paling simple dan hasilnya memang meletop ah (even orang yang tak reti masak macam aku ni pun boleh buat apatah lagi orang yang memang rajin masak2 mcm korang, tak rugi tau cuba buat) bahan2 pun senang jer nak dapat. sapa2 yang bosan dan tak tau nak buat apa boleh try la resipi neh. hehe :) asal nya resipi ni aku dapat dari akak aku, nama benda ni: triffle.


macam ni la rupa triffle. nampak sedap tak? hehe


triffle ada 3 lapisan, lapisan pertama kek. lapisan kedua plak kustard dan lapisan paling atas ialah jeli.

bahan-bahan :
1) kek gulung/kek chiffon
2) koktail (buah-buahan dalam tin, kalau nak guna nata de coco pun best gak)
3) 1 tin susu sejat
4) 1 sudu besar gula
5) 1 mangkuk air (kacau bersama 4 sudu besar tepung kustard)
6) 1 kotak jeli NONA (beli je dekat kedai)

macam mana nak buat? mula2 korang potong kek gulung/kek chiffon dan susun elok-elok dalam bekas (kalau nak nampak comel letak lam bekas kecik2). siram kek tadi dengan air koktail tu supaya kek tak la jadi terlalu kering.

untuk lapisan kustard, masukkan 1 tin susu sejat bersama 1 sudu besar gula kedalam periuk (guna api perlahan). apabila gula sudah larut, masukkan 1 mangkuk air yang telah dikacau sebati bersama 4 sudu besar kusturd. kacau bahan2 tadi sehingga pekat. bila adunan kusturd dah agak pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas yang disusun dengan kek tadi.

kemudian, didihkan dan larutkan jeli NONA sebelum diletak diatas lapisan kusturd. pada lapisan jeli boleh letak nata de coco atau koktail sebagai hiasan. sejukkan dalam peti sebelum makan. selamat mencuba!



adik-adik aku suka makan, diorang pun puji cakap sedappp :)


p/s : adik aku kena sunat cuti ni, kesian dia dah tak leh nak nakal macam selalu. hehe. satu lagi, nak ucap terima kasih kepada sape yang sudi singgah dan follow blog aku ni. insyaAllah aku cuba singgah balik dekat blog korang bila ada masa. harap sudi tinggalkan jejak supaya senang aku nak follow-up. :)



Wednesday, May 11, 2011

lepas hajat

rumah aku dah makin besar da skrang bila dah renovate dapur dgn tambah bilik lagi satu. maklum la kan, keluarga besar. bila anak2 dah dewasa kena la sediakan bilik banyak2. baru la ada privacy. hehe. nanti2 siap la tu, tengah buat wirering sket dengan nak cat je lagi. ada la jugak benda nak kena buat kat rumah time cuti lama2 cam ni, baru la tak terasa bosan jek kan. ok la, tutup citer pasal rumah sebab sebenarnya nak citer pasal makanan lak hari ni. hee, dok rumah biasa la kan kalau tak makan tido kalau tak tido makan. haha. tak tau la bila dah habis cuti ni cam ne, tak mo la jadi gemok! huhu

semalam, kami makan kerabu sarang. tau tak macam mana rupa kerabu tu?

ini rupa kerabu sarang sebelum digaul.
(gambar ihsan dari mr g)

sedappppp sangat tau, kalau sape2 tak pernah cuba memang rugi lah. sebenarnya kerabu tu dipanggil kerabu rumpai laut tapi kat klantan lebih dikenali dengan nama kerabu sarang. dah lama aku dok mengidam nak makan kerabu tu, semalam mak aku beli. suka nya bila mak kita ingat apa yang kita suka kan. hehe. sayangggg ummi sangat2. satu lagi aku suka sangat makan terung gulai, sedap juga. tapi kerabu ni tak leh makan banyak sangat nanti sakit perut lak. kerabu sarang bahan nak buat senang jer tapi kami selalu beli lagi mudah, harga pun tak de la mahal sangat dalam 2 ringgit jer sebungkus. kerabu ni dibuat dari rumpai laut yang digaul bersama tumis nasi kerabu dengan kelapa goreng, kan senang je bahan dia cuma nak cari rumpai laut leceh la. so, beli lagi senang. hee~



bila dah gaul sebati sumer, dah boleh makan dengan nasi putih. tak de lauk lain pun tak pe. rugi la sapa yg tak pernah kenal dgn kerabu ni.


p/s : semalam baru dapat tau kena pegi fieldwork dekat lojing time cuti sekolah nanti. hrmm, nasib baik dekat klantan jek. cuti pun kena g field gak haishhhh.

Tuesday, May 3, 2011

kami suka lepak. yeay!

alhamdulillah, selamat gak sampai rumah hari sabtu lepas. dah lama kot berfoya-foya kat rumah neh, tapi skarang baru ada masa nak update blog. rindu seyh, macam mana final exam korang? aku ok je kot nanti dapat result tau la cam ne. hehe. hopefully, penat lelah study selama ni berbaloi la kan. amiin. aku selamat sampai rumah hari tu time subuh, akak aku pegi amik naik keta baru dia sebab ayah n mak pegi honeymoon dekat brunei. sampai hati tak bawak aku sama. huhu. kami adik beradik pun apa lagi, nak balas dendam tak dapat ikut pegi brunei kami jalan2, main2 dan lepak2 la seharian. *jeles punya pasal, hehe* dalam pukul 11 pagi kami pegi kb mall main boling. saje nak lepaskan kempunan adek2 aku, diorang tak pernah main boling. sonok sangat tengok diorang main walaupun tak terer, hehe. adik aku yang bongsu tu pun nak main gak padahal bola boling sama saiz jer dengan dia, asal dapat pegang pun jadi lah.



semangat tengok point padahal hampeh jer. haha. tak leh tunjuk ar berapa skor dapat nanti kang buat malu jek. hihi.



lepas main boling, kami pegi lunch dekat medan usahawan. dah kenyang makan banyak2, time nak bayar tu akak aku check dompet dia ada 20 hinggit jer! mana cukup nak bayar untuk 8 orang makan. nak tambah dengan duit aku pun tak cukup kot sebab masa tu aku ada 20 gak, tak sempat kuarkan duit pun tadi, huhu. *cuak jap* fuhhhh, nasib baik adik aku ada 50 dalam dompet dia, jadinya dia la yang bayar lunch kami hari tu. hehe. (kalau tak mesti kami kena basuh pinggan mangkuk dekat situ sebab makan tak bayar. hihi) bila dah siap bayar sumer kami balik umah terus tido sebab penat sangat, dah la aku baru jer sampai rumah pagi tu. penat naik bas pun tak hilang lagi tapi tak pe bila dapat lepak ramai2 macam tu best gak, penat tu hilang macam tu jer. petang lepas asar tu akak aku ajak pegi pantai plak, apa lagi kami pun on jer la. haha. pantai pun tak de la jauh sangat, dalam sejam sampai la. so, petang tu kami gerak pegi pantai lak. hehe. kalau bab lepak memang tak kan habis. adik aku tak mandi pun sebab ombak besar kot diorang buat istana pasir jer tapi aku tengok tak de rupa istana pun. hihi. itu lah cerita aku bila duk rumah ni. banyak masa dengan family jer la. love them much.


cantik tak sand castle kami?



p/s : lama giler cuti sampai 4 bulan, haishhh nak buat apa la nanti. lama2 duk umah bosan gak kalau tak tau nak buat apa. hrmmm, belajar jadi suri rumah yang berjaya lah. ok gak tu, hehe.


Tuesday, April 5, 2011

kisah peti ais

petang2 macam neh teringat lak dekat tepon aku. sihat ke dia? harap baik2 jer di rumah mak sedara aku tuh. mujur ada dia, blh jgak jd penghubung antara aku dengan family. nasib baik ada lg satu phone, kalau tak mmg terputus hubungan la. penting gak rupanya telefon neh. walaupun rupanya tak sehebat dan secanggih mana, aku tetap sayang. hehe.

ini lah tepon aku, sekarang duk melepak dkt rumah mak cik aku di kajang. aku bukan orang kaya blh pakai hp yg mahal2, canggih-manggih segala. cukuplah hp biasa cam ni jer. huhu.


korang nak tau tak cam ne dia boleh tercampak jauh ke bukit mewah (rumah mak cik aku, hehe). tiga hari lepas, aku pegi pasar malam dengan mak su ngan pak su. aku bawak la hp ni sbb time tu tgh msj2 dgn akak aku. balik umah aku cari la dia, tak jumpa pun. penat dok selongkar, tgk dlm kocek seluar pun tak de gak. malam tu tido lambat sbb asyik dok pkir hp aku yg ilang tuh. tp, cool lg. hehe. pg esok ingt nk cari betul2 smpai jumpa kot2 ada terselit dlm keta tuh.

dipendekkan cerita, esoknya aku cari lagi tapi tak jumpa2 gak. kali ni dah redha jer, mungkin dah tak de rezeki kot. mmg aku yakin sangat mungkin dah tercicir time dekat pasar malam tu, yea la ramai sngt orang. malam tu balik ukm dengan hati yang pasrah. huhu.

tetiba,dalam pukul 10 lebih cam tu la mak su aku msj 'jupo doh tel achik, duk dale peti skali nga supit syur nih. huh dasyat lawok sngoti. nati la m.su wi, paka clcm jah la dulu deh' haha. tergelak aku baca sms tu. faham tak sms tu? sape tak faham, sila rujuk member yg tau loghat klate yer. lorh, tak hilang pun tepon tu. dia cuma nak tido dlm aircond jer malam tu nya. sajer nak duk lama2 rumah mak su yer, penat sedih2 ptg tu. hehe.


p/s : mungkin entri terakhir sehingga habis final exam, doakan aku dapat buat yang terbaik dalam final nanti. yeay, habis final blh balik kampung! ok la, selamat stdy kawan2. :)

Friday, April 1, 2011

ABC special

dari semalam sunyi sepi jer blok ni, ke mana pegi semua orang? dah balik rumah ke, yea la cuti stdy week dah sampai. aku jer still ada kelas lagi, malam ni ada kelas ganti la plak. hrmmm, malas nya nak pegi. huks. semalam bosan sangat sebab assingment sumer dah siap, tinggal nak kena antar jer.

ptg tu adik aku call, ckp sambil gelak2 tak brenti. dkt sejam gak la ckp dgn mak, ayah, akak, adik2 sumer. terubat rindu dgr suara mereka. adik aku ada sorang nk amik PMR thn ni, ayah aku ckp runsing benar la dengan dia tu. dah nak dekat exam still banyak bazirkan masa. dah penat nasihat tak mau gak nak berubah, hehe. biasa la tu kan, aku dulu2 pun cam tu gak. aku ada tanya cam ne result exam terbaru, dia asyik jawab 'Ais Batu Campur'. tak faham betul, ingat kempunan nak minum ABC ke apa. last2, dia ckp result dia Ais Batu Campur sbb dia dapat 3A, 3B, 3C..jadilah ABC. sumer gred ada dah macam Ais Batu Campur hahaha. hrmmm, bab cam tu kreatif la dia. haishhh.



sedap nya kalau dapat neh, hehe



p/s : dgr khabar aku bakal dapat abg ipar, hehe. akak aku ni sajer tak nak cerita, menyampah betul. kalau aku tak tanya mesti tak tau. harap sangat kali ni jodoh dia, tak sabar nak tengok akak aku hepi. ;)


Monday, March 28, 2011

merah + hitam

lama tak tulis blog rasa janggal la plak. hrmmm, bila dah akhir2 sem ni memang banyak la assingment, report nak kena siap dan hantar sebab tu tak de masa nak coret sumething kat sini. ini cerita beberapa hari lepas dah, pasal dinner kitaorang. tema : black n red (suka sangat warna merah sebab sweet. hehe). sebenarnya tak de apa yang special pun, saja nak bangga sebab kami sbgai 2nd year students yang arranged benda ni sumer. so, kena support la kan. hehe.

kepada mereka yang bertungkus-lumus menjayakan majilis ni, terima kasih sangat2. enjoy betul time ni. pada mereka yang dtg meramaikan majlis ni, terutamanya 1st year dan 3rd year serta para pensyarah. kamu semua memang sporting ah, terima kasih juga. :)




tgk la, simple pun tetap cantik kalau hati dah cantik. hehe. merah itu menawan!




bunga tu dari botol plastik jer sebenarnya, lawa kan. diorang memang kreatif!



p/s : rindu dengan mereka dekat rumah. lambatnya nak balik! :(


Monday, March 21, 2011

shahir, inteam, saujana :)

tak tau la nak cakap teruja ke tak. tapi wahhh, rasa teruja la sket sebab tadi boleh tengok kumpulan in-team dengan shahir live! fuhhh, tiba-tiba rasa berdebar plak tengok mereka secara live ni padahal bukan nya sapa2 pun. rupanya si shahir ni dulu team sarjana, patot la muka baik jer. hihi. tadi tak sempat nak bergambar sebab (malas) tak de kamera, lepas tu ramai la budak2 ni dok berebut nak amik gambar ngan shahir tuh. dapat tengok pun cukup la. huhu. tak puas hati sebab rasa kejap sangat dia buat persembahan tadi. tiba-tiba da habis.

shahir nyanyi lagu 'kebahagian dalam perpisahan' kot kalau tak silap aku, alaa lagu dia yang famous tu ah. rasa nak g duet jer tadi, haha. bia tak bape ingat pun lirik tu sebenarnya. tapi, memang best ar suara dia. kalau mengaji kan lagi sedap telinga ni dengar, dia pernah jadi juara tilawah al-quran waktu sekolah dulu kot. nape la tak terus mengaji, suara dah ada. tapi sayang, nak buat macam mana dah dia lagi selasa menyanyi. tak pe la.

in-team plak nyanyi lagu faveret aku kot, lagu nur kasih tu. damai hati mendengarnya. apa pun, terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke ukm ni. (bajet macam aku jer yg jemputnya, padahal g jd penonton jer, haha.)


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya




gambar shahir ketika masih dalam kumpulan saujana


p/s : suka sangat lagu nur kasih. lagu tu diadaptasi dari doa sebenarnya. siapa2 nak dapat jodoh yang baik2, amalkan la doa tu selalu. :)

Saturday, March 19, 2011

adakah ini cinta?






adakah ini cinta, sekiranya aku sentiasa merindui dirinya? inikah cinta seandainya aku tak rela kehilangannya? adakah ini cinta sekiranya hatiku dapat mengenali dengupannya? inikah cinta seandainya aku sanggup mati kerananya? adakah ini cinta sekiranya aku sanggup mengambil nyawanya seandainya dia dimiliki oleh insan lain?

lain orang, lain tafsiran mereka tentang CINTA ni. bagi aku, kita memang perlukan cinta sebab semua orang yang ada perasaan pasti ada kemahuan untuk disayangi dan menyayangi tapi pilihlah masa yang sesuai. jangan kerana cinta, kita hanyut dalam kehidupan dunia yang hanya sementara. 'kalau dah jodoh, tak kan ke mana'. apa makna cinta pada korang?

sedih, sekarang banyak berita remaja islam terlanjur sebab terlalu asyik melayan cinta yang belum tahu kesudahannya. :(


p/s : berpada-pada lah dalam memberi kasih-sayang kepada kekasih tak halal. (kata-kata seorang teman)

Tuesday, March 15, 2011

apa yang rahsia tu

dulu2 waktu lepas spm, sebelum kuar result mmg bosan la kan dok umah jer. satu hari tu borak2 dengan mak tanya dia betul ke orang dulu2 ada cakap kalau kita ada tahi lalat dekat tapak kaki, satu hari kita mungkin akan dapat pergi jauh. mungkin belajar jauh, mungkin kena ikut suami pergi dok tempat yang jauh dari rumah (kira dapat jodoh dengan orang jauh la ni, hihi) dan macam2 benda yang buatkan diri kita kena merantau jauh dari tempat asal. betul ke? still sekarang mak aku tak jawab lagi soalan aku tu, mungkin sebab dia malas nak layan atau pun sebab dia tak tau. hehe.

tak pe2, skrang kan dah canggih nak cari info taip jer dekat tenet tu nanti kuar la belambak2 kot. tapi tak sure la betul ke tak. haha. tadi dengan gigih la aku dok usha web rahsia2 tahi lalat, macam2 la rahsia yang kuar tapi yang pelik nya tak de la plak citer pasal tahi lalat dekat tapak kaki neh. ke aku sorang jer ada tahi lalat kat tapak kaki? huhu, jadinya sampai sekarng persoalan aku tak terjawab lagi. antara rahsia yang aku sempat copy :

bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar
rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur



korang percaya ke benda ni sumer? macam tak leh nak percaya je. hehe. lepas frust tak dapat jawapan yang aku cari, pegi la godek2 benda lain lak. aku jumpa lah benda alah ni, macam2 bentuk lah comel pun ada, hodoh pun ada. korang ada?



pendrive cam ni sesuai la bg sape2 yg agak pelupa sbb blh pkai jer mcm gelang. sure tak tinggal bila dah sangkut dekat tangan. hehe.



ni pun special gak. 2-in-1, blh simpan data pastu blh gak jadi pembuka botol.


p/s : follower aku dah sampai 3 angka, tak sangka betul. thnks ye korang sudi follow sini, maaf la sbb aku tak de award nak kasi. aku ni bab2 cam gini jakun sket, tak reti la nak buat cam ne. sape leh tlong? huhu. layout pun biasa2 je tak macam korang sumer. :(


Sunday, March 13, 2011

macho tak kalau lelaki nangis?

cuaca petang ni baik kan? tenang jer. hari ni 13 Mac, mak su aku kawin tapi sedih tak dapat pegi sebab nak balik jauh. huhu. nak tepon ayah konpem tak angkat sebab ayah aku suka membuzykan diri dalam majlis keluarga macam ni, maklum la ayah aku ni jenis yang mesra alam sket dia memang suka family gathering. wah, lama nya tak balik. rasa rindu plak dengan mereka2 dekat sana. harap majlis mak su berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran aku, haha.

tadi belek2 gambar dalam lappy jumpa gambar neh. serius sayu aku tengok, teringat balik waktu akak aku kawin setahun lepas. ayah aku nangis kot masa tu, bukan senang nak tengok dia nangis. sumer jadi sayu jer waktu ayah aku nangis uh, huhu. mak aku cool jer masa tu, kiranya mak aku lagi tabah ea? hehe.


agak2 nanti aku kawin, ayah aku akan nangis jugak ke? hihi. aku tau ayah aku nangis sebab rasa berat hati nak lepaskan anak dia pada orang lain. rasanya semua mak ayah rasa mcm tu kot. tu tandanya mereka kasih sangat2 pada anak mereka. tetiba nak nangis gak, huhu



rindunya nak balik rumah, nak cium pipi mereka. rindu nak pegi trip sama-sama lagi, dah lama kot tak pegi family trip sebab bila aku cuti, akak aku tak leh cuti. time adik aku cuti, aku plak tak cuti. biasa la kan, bila dah besar panjang sumer ada agenda sendiri. hrmmmm



time ni kitaorang on the way nak balik rumah lepas pegi jalan2 dekat perak. rindu adik2 aku! sonok gak layan bdak2. miss them so much.



p/s : bahagia itu indah


Saturday, March 12, 2011

touching la plak..sob3

hujung minggu ni rasa bosan dan malas jer, sebelum ni selalu sibuk dengan kerja lapangan bila time weekend. rasa penat, tapi bila dah tak de program bosan la plak. keje belambak, sebab duk layan sangat perasaan malas tu gini la jadi. dari semalam baru dapat siapkan sket homework. tak pe la, ada gak yang siap daripada tak siap langsung kan. hehe.

baru perasan aku ni sebenarnya jenis yang sensitif sket. kadang-kadang bukan tak nak tolong member tapi kalau diorang tak ikhlas nak mintak tolong buat apa aku nak sibuk2 pegi tolong kan. aku paling tak suka bila ada orang nak mintak kita tolong tapi tak gtau kita betul2. bukan nya susah kan gtau sendiri nape perlu orang lain yang sampaikan pada aku. kenapa aku tak suka? sebabnya kadang2 rasa aku ni tak de kepentingan pun, kalau aku tak tolong pun tak pe. maksudnya, aku ni tak membantu pun sebenarnya dengan kata lain aku tak diperlukan :(

tetiba nak touching petang2 neh. hehe. apa pun, aku tetap sayang korang! biasa la adat berkawan ada pasang surut kan tapi aku tak pernah nak terasa hati dengan member lelama sebab aku tau mesti aku pun pernah buat mereka kecik hati dengan aku. aku nak mintak maaf kalau aku ni bukan seorang sahabat yang baik tapi kamu semua memang sahabat terbaik pernah aku ada. terima kasih semua.


p/s : abaikan jer apa yang aku tulis kat atas neh sebab ini hanyalah satu entri untuk mengurangkan tahap kebosanan aku di kala weekend. hehe. tata

Friday, March 11, 2011

pakma dan prof j memang serasi

alhamdulillah, dah kuar pun keputusan sapa akan jd penyelia waktu tesis nanti. akhirnya, aku dapat pilihan pertama prof jumaat adam atau pun lebih mesra dengan panggilan prof j. nape kitaorang suka dengan prof j ni sebab dia sporting giler. harap2 tidak diabaikan bila dapat under dia, maklum la kan orang buat research. buzy jer memanjang, jangan sampai abaikan kami yang nak buat tesis dah la yer. hehe, apa pun hepi sangat bila yang kita rancang kita dapat kan. syukur alhamdulillah. jom kenal dengan prof j, orang nya kecik jer. cuba tengok gambar dia kat bawah nie. lawak benor la buat muka cam gitu, bajet comell la tu. haishhh, tapi anak murid dia lagi comel lah. haha.

gambar ni diambil waktu kami pegi hutan cari pakma. mak aiii, bergaya sungguh prof aku ni! hehe. yang best nya, prof j ni suka karok. syok gak la layan lagu dia nyanyi. ok la, haha.


tajuk tesis under prof j ialah kajian semakan spesies dan ekologi pakma. suka kan tajuk dia, bila lagi nak cari pakma. ingat senang ke nak tengok pakma ni. eh2, korang tau tak pakma tu apa? (bajet aku sorang jer tau pakma neh, padahal korang dah lama tau kan? hehe) aku dah pernah sentuh n tengok sendiri bunga ni. korang pernah? teruja weh dapat jumpa sebab dulu ingatkan dekat sabah jer dapat jumpa pakma rupanya semenanjung pun ada tapi dalam 3 spesies jer baru jumpa setakat ni. nanti nak buat tesis kena baik2 dengan pacat lagi lah nampaknya, kena masuk hutan nak cari si pakma ni. bunga pakma hidup dekat persekitaran yang lembap, sebab tu sebelum jumpa pakma, kena jumpa dengan pacat2 dulu. huhu.


nasib baik waktu kami pegi hutan hari tu ada yang kembang, kalau tak kempunan la nak tengok yang kembang. bunga pakma ni sebenarnya sejenis parasit, bau pun agak busuk la. uniknya pasal pakma ni sebab spesies dia payah kita nak jumpa, tu jer


setakat ni, 5 students under prof j (aku, ieyda, nas, mirah dgn nieda). sumer pompuan tapi tak pe sebab kami kan gadis hebat! setakat masuk hutan jumpa pacat ok lagi la. hehe. harap dapat bekerjasama dengan baik yer kawan2. :)


ni gambar kami bertiga jer, nieda dgn mira tak sempat nak snap sama. hehe. jom redah hutan sesama sem depan! yeahhhh


tak kisah la dapat tajuk tesis apa pun, harap sume kawan2 aku dapat buat yang terbaik. gambate untuk bdak2 envi sumer. hehe. yang penting, semua supervisor sains sekitaran the best, so tak yah risau yer. hoho.


p/s : minggu ni ada 2 paper mid-sem lagi. gud luck to me!


Monday, March 7, 2011

tiba-tiba terasa matang bila dengar TESIS

wah, tajuk tesis dah kuar la. pening nak pilih yang mana satu sebab banyak sangat tajuk nya, runsing pun ada takut2 tajuk yang kita pilih tak dapat. tak pasal2 kena buat kajian benda yang tak sesuai dengan jiwa plak, tak nak lah. bila dah makin lama makin banyak plak beban nak kena tanggung tapi yang best nya makin dekat dah nak grad!

hujung minggu bukan main lagi berfoya2 dekat perak, bila balik mula lah gelabah sebab banyak lagi assingment nak kena siapkan, presentation dengan report yang melambak2. lepas tu, tambah dengan pemilihan tajuk thesis. kena amik serius thesis ni, mentor pun kena pilih yang boleh go on dengan kita baru lancar jer bila nak siapkan thesis nanti.(kalo tak pilih betul2 naya la kan, harap aku dapat tajuk yang senang2 sket)

rasa sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik tahun depan aku dah jadi super senior! pelajar tahun akhir, tapi perangai still gila2 lagi. hehe. harap lepas ni boleh jadi student yang lebih serius :) tak nak cakap banyak, dah penat. nak kongsi gambar pegi fieldwork dekat perak hari tu. (maybe last fieldwork sem ni, last fieldwork ramai2 cam ni, last fieldwork yang banyak main sebab lepas nie pegi fieldwork utk thesis dah tak leh main2 lagi. kena serius!)




stesen janakuasa chenderoh, penat la jalan2 dalam damn tu. tangga dia tinggi, panas lak tu masuk dalam.





time ni syok la boleh ukir corak labu sayong kita sendiri, bia la tak cantik pun tapi pengalaman tu penting! dah la aku punya tak siap sebab cat da abes. huhu




masa dekat damn tu, tangkap gambar ramai2 sebelum balik. abg kontraktor (yg pegang topi putih) tu muda lagi kot! tak kesah la penat pun tetap senyum melebar sumer bila nampak kamera. haha




p/s : waktu fieldwork hari tu rasa macam duduk dalam kem plkn pun ada, jadual pack dengan aktiviti. dah la ada sorang tu garang giler, lambat sket bebel la dia :P