ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Saturday, December 17, 2011

'STRESSS' is normal

perkataan stress memang sinonim dengan hidup pelajar kan? stress sebab terlampau banyak esaimen, stress sebab lecturer terlampau garang sampai nak pegi kelas pun takot, stress sebab bila nak dekat exam baru nak study, pastu mula la cakap tak de masa padahal suka blajar last minute, stress sebab bekalan air tak de dekat kolej ditambah pulak line internet yang lembab mengalahkan siput babi, stress sebab kondisi bilik yang selalu buat pelajar mengantuk dan tidur sepanjang hari minggu sampai tak siap keje, stress sebab makanan dekat cafe tak sedap pastu mula rindu nak balik rumah makan masakan mak yang sedap giler tu, stress sebab cinta tak kesampaian, stress sebab baju banyak tak basuh dan macam-macam perkara lagi yang buat pelajar semakin stress bila dekat universiti.

dulu, memang aku cukup benci dengar perkataan stress ni sampaikan bila dengar je aku mesti jadi stress. tapi ada satu benda yang buat aku ketawa bila dengar perkataan stress ni, lepas tu sekarang memang jadi hobi pulak sebut perkataan stress tu. hehe. sejak aku tengok KANG GARY dalam running man aku asyik gelak je bila dengar 'STRESSSS!' hahaha. disebabkan muka dia yang suka senyum pastu cakap stress buat aku sedar stress ni bukan la teruk seperti yang disangka, sekarang makin gemar dengar perkataan stress sebab aku terbayang wajah lawak gary bila dengar stress tu. haha.



sape nak kenal kang gary cuba tengok 'running man'. best tengok sure boleh hilang stress..hee~aku pun dah teraddict dengan benda tu da sekarang. rupanya bukan aku je yang suka sebut stress. tadi aku ada pegi kursus, semua 4 orang penceramah tu suka beno sebut 'stress!' lawak je dengar aku asyik gelak jer padahal sejuk beku dah sebabnya lama sangat berkursus dari pagi sampai petang dalam bilik aircond. sambil dengar tu aku bayangkan gary jugak tu yang jadi makin lawak. hehe. ingatkan aku sorang je suka stressss ni.

ni lagi satu mamat yang boleh buat aku gelak sampai sakit perut, ini dalam versi melayu pulak. hahaha.



p/s : bak kata matlutfi curi gitar tu haram tapi curi hati tak pe *sambil buat muka comel dia* hehe. bila dah stress perlu cari perkara yang boleh buat kita ketawa dan lupa segala masalah dalam otak. biasa la minggu akhir kuliah banyak nak kena siapkan esaimen sebab kena hantar sebelum final. chaiyok!

9 comments:

Qudwah Nazifa said...

sonoknya che ma g kursus kawin..buleh kawin doh pahni....

Anonymous said...

chaiyok2 akmal...:)

Qudwah nazifa: betul tu x lamo doh tu cik ma kto,,,he3
kursus g doh, ape lagi y ditunggu........... tunggu hbs ngaji dlu la,,,:)

nzh

akmal said...

Qudwah nazifa:

sonok dengar tp campur dgn bdan dok sihat ni tak leh fokus...hehe.
insyaAllah, jupe jodoh blh kawin

akmal said...

nzh :

harap makin sihat esok. :)
amboii, sape ambik dulu la kena kawin dulu...hihi

Anonymous said...

insyaAllah...
amin2...
moga dimakbulkan doanya....:)

bab2 gnie, cepat laluh sayo gak,,he3

tu la, x segar plok dio...insyaAllah, moga cepat sembuh...
wink2**

nzh

akmal said...

NZH :

terima kasih atas doanya. :)

akmal said...

nieda :

susah la kalau semua nak mengaku gf dia..aku yg sah ni tersisih pulak, haha.

ptot la mai dok sbuk nak g PWTC, dia dtg rupanya.

afina rahmat said...

akmal eh..same nama ngn abg saya..

yelah, semalam tengok citer running man lagi..tergelak dengar dia ckp stress !! banyak kali plak tu.haha

akmal said...

afina rahmat :

a'ah, slalu jumpa laki je nama sama..hehehe~

tau tak pe, minat ar tngok gary..dah la suka buat muka kesian..hahaha