hadiah paling berharga. motif gambar?
sila letak gambar anda.
gambar tengah test drive kereta, kereta apa? tak pasti sebab main try jer. (sila percaya bulat-bulat). snap gambar ni dalam kuantan parade (betul kot nama mall tu, aku pun tak pasti sbb dah lama pegi. salah satu mall yg ada dekat bandar kuantan).
apakah status anda?
haishhh, dah tahu kan status aku bwt apa nak tanya lagi. penat ah jawab. hehe. yang pasti belum ada anak :P
ceritakan tentang diri anda.
nama nur a**a*. nama panggilannya banyak. tak de la berat sangat (beberapa kilo jer tapi lagi berat dari beras 10 kilo. haha) tak la tinggi sangat, bukan juga terlalu rendah okey, tapi adik aku yang no 5 lagi tinggi dari aku. masih 20-an, dah matang sebab layak mengundi tahun ni. lagi setahun setengah insyaAllah dapat ijazah sarjana muda. lepas tu kalau ada rezeki boleh kerja dah. kalau pergi kuliah tak suka pakai t-shirt dengan seluar. lagi satu tak suka cakap banyak tapi lebih suka mendengar.
ceritakan tentang blog anda.
ini blog aku. aku mula tulis blog disember tahun lepas. entri dalam neh banyak aku ceritakan perkara-perkara yang berlaku kepada aku, dia, mereka dan mereka. pokoknya benda-benda yang berkaitan dengan diri aku, family aku, member aku, juga perkara sekitar aku yang berlaku. bukanlah satu blog yang sarat dengan info cuma sekadar mahu berkongsi cerita jer di sini.
apa pendapat anda tentang blog?
aku suka baca blog. sebab kadang-kadang banyak perkara baru yang aku dapat melalui blog. kira macam memberi input la jugak kepada aku. nak kata aku baca semua blog tipu la kan, sebab memang tak terkira bilangan blog yang ada. tapi tak semua blog yang aku baca bagi info, kebanyakan blog yg aku suka banyak cerita pasal diri empunya blog jer. macam blog aku ni la. hehe. dulu aku tak tahu pun pasal benda ni sumer, akak aku mula2 ada blog suka sangat suh aku tengok blog dia. sebab dia aku mula baca blog. dulu tak obses sangat, lepas tu ada kawan aku ni suka usha blog, dia bagi aku link blog sorang mamat neh. lepas tu, minat aku pada blog bertambah2 la plak (tak tau kenapa tapi skrang dah kurang tengok blog mamat tu). ada blog yg islamik, aku suka gak jenguk2 tapi kalau bwt entri yang berjela2 mmg susah sket la nak baca sampai habis. sekerat jalan jer, tak pun baca pendahuluan dengan penutup. ada gak tuan blog yg suka masukkan gambar banyak2 so tak yah taip panjang2. aku suka gak, mostly blog utk photoshoot org kawen. (boleh la intai2 baju pengantin sekali, hihi) bagi aku, blog boleh gak dijadikan sbg medium utk kita cari maklumat, kawan, dan lepaskan tension (mostly blog yg ada unsur humor).
nasihat kepada mereka yang mahu buat blog.
nak bagi nasihat apa nya. aku pun masih baru dalam berblogging. sesapa yang ada blog lawa tu blh la bagitau aku mcm mana cara nak hias blog ni. hehe. satu jer aku nak gtau, kalau ada blog jangan copy paste entri blogger lain. tak baik lah.
nyatakan keunikan blog anda.
blog ini unik sebab ini idea aku. haha. boleh ke jwb macam ni? suka hati la. ini jawapan aku kan.
sampai bila nak tulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
aku akan tulis blog ni sampai aku betul2 tak de masa nak tulis blog dah. selagi ada masa terluang, aku rajinkan diri membuat coretan di sini kalau dah tak de masa nak buat macam mana. aku tak de impian pun dalam dunia blog ni. inikan alam maya bukannya realiti. haha.
tag 5 orang yang anda kenal.
nak tag sapa neh? adehh, inilah soalan pling susah nk dijawab. kalau tak tag sape2 boleh kan. hehe.
p/s : gambar atas sekali tuh ialah jam tangan aku. hadiah yang paling aku sayang. dah banyak kali hilang tapi selalu jer akan jumpa balik. (memang jodoh kau dengan aku la wahai encik jam, terima kasih dah 5 tahun setia berkhidmat kepadaku. itulah hadiah yang paling aku sayang). pagi tadi sbb nak cepat naik bas aku tertinggal dlm masjid lps solat subuh, rasa nak nangis jer. nasib baik ada kwn tlong ambilkan. sekarang dah ada dengan aku lagi. :)
line tak clear, asyik terputus jer. geram nya!