ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Thursday, February 3, 2011

episod tawa dan duka

walaupun baru seminggu berada di rumah, terlalu banyak peristiwa2 baik dan buruk yang berlaku. disebabkan terlalu buzy dengan pelbagai agenda tak terancang di rumah maka terlalu sedikit masa utk berfoya2 dan lepak depan laptop. sekarang baru ada masa nak online. hrmmm. study? mmg buku sumer tolak tepi la kan sbb ada benda lagi penting nak kena buat. hehe (penting la sngt padahal bnyk main jer. biasala kan nama pun cuti so perlu la habiskan masa cuti seeloknya dgn family. haha)

kalau nak cerita perkara2 baik yang berlaku mmg tak terhitung banyaknya. macam hari nie, family aku ada buat majlis kesyukuran sikit. sembelih biri2, seronok sangt walaupun terpaksa memotong daging dia yang berbau tu. eeeiiiii, nasib baik daging kau sedap biri2 sampaikan licin dikerjakan org2 dekat sini. sangat seronok biarpun badan terasa letih giler2 sbb layan mereka2 yang datang dari pagi sampai tengah hari. yang bestnya dapat jumpa ramai sedara-mara dan org2 kampung. lagi benda yang seronok dekat rumah ni, aku dah dapat dua lagi anak baru (anak kucing jer la. huhu) sekor warna kelabu+putih sekor lagi warna oren+putih. yang tak tahan dgn diorang ni suka sangat naik rumah nak join kami makan2. haisshhh. gerammmm betol lah!

lagi satu, adik atiq dah masuk darjah satu. comel je tengok dia pkai uniform sekolah. waktu first day sekolah dah nangis, ishhhhh manja betul la si tam sorang tuh tapi kalau kat rumah mmg hero la dia. main basikal round2 kampung sampai tak ingat dunia.

tapi adat la kan, bila ada time suka mesti time sedih pun ada gak. berita paling sedih buat kami sekarang pasal akak aku yang duk belajar dekat mesir tu la. resah, gelisah bila fikir pasal akak, abg ipar dgn si tomei hani sebab mereka terperangkap dalam rusuhan yang berlaku dekat mesir sana. kesian si hani, kecik2 lagi dah terima dugaan berat macam tu. dgr bunyi tembak2 la, org baling bom la. sedih teringat nasib mereka bertiga. semoga mereka tabah dan sabar mengharunginya. kami disini hanya mampu berdoa agar mereka dapat segera pulang ke malaysia. dengar khabar esok akan naik kapal pegi jeddah. harap2 khabar itu benar. doakan mereka selamat :)



p/s : lusa dah habis cuti, sangat tidak seronok di situ. balik dari cuti nanti ada mid-sem test plak. haiyaa, belum start stdy pun lagi. hehe.

8 comments:

HIDAYAH MD SALLEH said...

insyaAllah, moga semua selamat,,,bnykn berdoa...
lagu mano keadaan diorg kat sano loni

akmal said...

alhamdulillah..slamat doh.
loni dok jeddah, nk tnggu turn kelik malaysia

HIDAYAH MD SALLEH said...

ooo...cuti ko loni? ko sebab hal nie, sumo keno kelik?

akmal said...

bena 2 mnggu jer cuti, tp sbb rshan dop tau abes bilo.
keno kelik malaysia jgok. dok sana bukan aman pun..huhu

HIDAYAH MD SALLEH said...

ooo,
yer la , baik balik m'sia.

akmal said...

dgr crita dah sampi kl ptg td. singgah muar dulu kot bru blik klate. hehe

HIDAYAH MD SALLEH said...

alhamdulillah...slmt dah smpai m'sia

akmal said...

:)