ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Saturday, March 12, 2011

touching la plak..sob3

hujung minggu ni rasa bosan dan malas jer, sebelum ni selalu sibuk dengan kerja lapangan bila time weekend. rasa penat, tapi bila dah tak de program bosan la plak. keje belambak, sebab duk layan sangat perasaan malas tu gini la jadi. dari semalam baru dapat siapkan sket homework. tak pe la, ada gak yang siap daripada tak siap langsung kan. hehe.

baru perasan aku ni sebenarnya jenis yang sensitif sket. kadang-kadang bukan tak nak tolong member tapi kalau diorang tak ikhlas nak mintak tolong buat apa aku nak sibuk2 pegi tolong kan. aku paling tak suka bila ada orang nak mintak kita tolong tapi tak gtau kita betul2. bukan nya susah kan gtau sendiri nape perlu orang lain yang sampaikan pada aku. kenapa aku tak suka? sebabnya kadang2 rasa aku ni tak de kepentingan pun, kalau aku tak tolong pun tak pe. maksudnya, aku ni tak membantu pun sebenarnya dengan kata lain aku tak diperlukan :(

tetiba nak touching petang2 neh. hehe. apa pun, aku tetap sayang korang! biasa la adat berkawan ada pasang surut kan tapi aku tak pernah nak terasa hati dengan member lelama sebab aku tau mesti aku pun pernah buat mereka kecik hati dengan aku. aku nak mintak maaf kalau aku ni bukan seorang sahabat yang baik tapi kamu semua memang sahabat terbaik pernah aku ada. terima kasih semua.


p/s : abaikan jer apa yang aku tulis kat atas neh sebab ini hanyalah satu entri untuk mengurangkan tahap kebosanan aku di kala weekend. hehe. tata

Friday, March 11, 2011

pakma dan prof j memang serasi

alhamdulillah, dah kuar pun keputusan sapa akan jd penyelia waktu tesis nanti. akhirnya, aku dapat pilihan pertama prof jumaat adam atau pun lebih mesra dengan panggilan prof j. nape kitaorang suka dengan prof j ni sebab dia sporting giler. harap2 tidak diabaikan bila dapat under dia, maklum la kan orang buat research. buzy jer memanjang, jangan sampai abaikan kami yang nak buat tesis dah la yer. hehe, apa pun hepi sangat bila yang kita rancang kita dapat kan. syukur alhamdulillah. jom kenal dengan prof j, orang nya kecik jer. cuba tengok gambar dia kat bawah nie. lawak benor la buat muka cam gitu, bajet comell la tu. haishhh, tapi anak murid dia lagi comel lah. haha.

gambar ni diambil waktu kami pegi hutan cari pakma. mak aiii, bergaya sungguh prof aku ni! hehe. yang best nya, prof j ni suka karok. syok gak la layan lagu dia nyanyi. ok la, haha.


tajuk tesis under prof j ialah kajian semakan spesies dan ekologi pakma. suka kan tajuk dia, bila lagi nak cari pakma. ingat senang ke nak tengok pakma ni. eh2, korang tau tak pakma tu apa? (bajet aku sorang jer tau pakma neh, padahal korang dah lama tau kan? hehe) aku dah pernah sentuh n tengok sendiri bunga ni. korang pernah? teruja weh dapat jumpa sebab dulu ingatkan dekat sabah jer dapat jumpa pakma rupanya semenanjung pun ada tapi dalam 3 spesies jer baru jumpa setakat ni. nanti nak buat tesis kena baik2 dengan pacat lagi lah nampaknya, kena masuk hutan nak cari si pakma ni. bunga pakma hidup dekat persekitaran yang lembap, sebab tu sebelum jumpa pakma, kena jumpa dengan pacat2 dulu. huhu.


nasib baik waktu kami pegi hutan hari tu ada yang kembang, kalau tak kempunan la nak tengok yang kembang. bunga pakma ni sebenarnya sejenis parasit, bau pun agak busuk la. uniknya pasal pakma ni sebab spesies dia payah kita nak jumpa, tu jer


setakat ni, 5 students under prof j (aku, ieyda, nas, mirah dgn nieda). sumer pompuan tapi tak pe sebab kami kan gadis hebat! setakat masuk hutan jumpa pacat ok lagi la. hehe. harap dapat bekerjasama dengan baik yer kawan2. :)


ni gambar kami bertiga jer, nieda dgn mira tak sempat nak snap sama. hehe. jom redah hutan sesama sem depan! yeahhhh


tak kisah la dapat tajuk tesis apa pun, harap sume kawan2 aku dapat buat yang terbaik. gambate untuk bdak2 envi sumer. hehe. yang penting, semua supervisor sains sekitaran the best, so tak yah risau yer. hoho.


p/s : minggu ni ada 2 paper mid-sem lagi. gud luck to me!


Monday, March 7, 2011

tiba-tiba terasa matang bila dengar TESIS

wah, tajuk tesis dah kuar la. pening nak pilih yang mana satu sebab banyak sangat tajuk nya, runsing pun ada takut2 tajuk yang kita pilih tak dapat. tak pasal2 kena buat kajian benda yang tak sesuai dengan jiwa plak, tak nak lah. bila dah makin lama makin banyak plak beban nak kena tanggung tapi yang best nya makin dekat dah nak grad!

hujung minggu bukan main lagi berfoya2 dekat perak, bila balik mula lah gelabah sebab banyak lagi assingment nak kena siapkan, presentation dengan report yang melambak2. lepas tu, tambah dengan pemilihan tajuk thesis. kena amik serius thesis ni, mentor pun kena pilih yang boleh go on dengan kita baru lancar jer bila nak siapkan thesis nanti.(kalo tak pilih betul2 naya la kan, harap aku dapat tajuk yang senang2 sket)

rasa sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik tahun depan aku dah jadi super senior! pelajar tahun akhir, tapi perangai still gila2 lagi. hehe. harap lepas ni boleh jadi student yang lebih serius :) tak nak cakap banyak, dah penat. nak kongsi gambar pegi fieldwork dekat perak hari tu. (maybe last fieldwork sem ni, last fieldwork ramai2 cam ni, last fieldwork yang banyak main sebab lepas nie pegi fieldwork utk thesis dah tak leh main2 lagi. kena serius!)




stesen janakuasa chenderoh, penat la jalan2 dalam damn tu. tangga dia tinggi, panas lak tu masuk dalam.





time ni syok la boleh ukir corak labu sayong kita sendiri, bia la tak cantik pun tapi pengalaman tu penting! dah la aku punya tak siap sebab cat da abes. huhu




masa dekat damn tu, tangkap gambar ramai2 sebelum balik. abg kontraktor (yg pegang topi putih) tu muda lagi kot! tak kesah la penat pun tetap senyum melebar sumer bila nampak kamera. haha




p/s : waktu fieldwork hari tu rasa macam duduk dalam kem plkn pun ada, jadual pack dengan aktiviti. dah la ada sorang tu garang giler, lambat sket bebel la dia :P


Thursday, March 3, 2011

akhirnya dapat cium, peluk dia :)

rasa happy sangat sebab akhirnya dapat gak jumpa dengan akak, abang ipar dengan si comel tu sebelum mereka berangkat pulang ke mesir. sebenarnya dah lama diorang sampai malaysia tapi aku jer asyik tak de masa nak balik rumah, sibuk sangat rasanya sem ni. terharu pun ada sebab mereka datang jumpa aku. hehe. terima kasih :)

tapi tadi pun sempat jumpa 2 jam jer sebab diorang nak balik muar plak petang nanti. tak leh la dok lama-lama, aku pun ada kelas nak kena pegi. nasib baik hari ni kelas tak banyak. hehe. kitaorang sempat cakap2 sikit jer. dok layan si hani, comel sangat!



gambar raya tahun lepas. hope mereka hepi selalu


terkejut jugak tengok akak aku tadi. makin tembam, ingat pregnant lagi tapi tak pun. hehe. bahagia la tu, badan pun makin berisi. maybe bulan 7 nanti plak la dapat jumpa diorang. lambat lagi, nasib baik mereka datang kalau tak mesti rasa sedih sebab tak dapat jumpa. sambil2 tu boleh kenal ukm, bukan senang nak datang sini lagi.



aisyul hani, nampak jer kecik tapi berat. haha


aku suka hani ni sebab dia tak banyak ragam macam budak2 lain. dia okay jer kalau sape-sape nak pegang, peluk ke, cium ke. hehe. tak puas rasa main dengan dia tadi. nanti balik cuti panjang jumpa lagi yer hani :) yang best dia dah pandai senyum, kalau tegur sikit dah melebar senyumnya. haishhh, sape tak geram kan?



p/s : malam ni nak tolak ke perak, beg pun tak kemas lagi sebab tak de mood nak pegi fieldwrk. penat naik bukit dekat raub tak habis lagi nak sambung jalan2 kat chenderoh plak. hrmmmmm.