ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Tuesday, February 7, 2012

misi siapkan thesis?

rupanya dah hampir seminggu lebih aku habiskan masa dekat rumah tapi rasa macam baru je sampai. kadang-kadang rasa bosan sangat sebab tak de apa nak buat *padahal thesis aku tak siap-siap pun lagi tapi kemalasan teramat la bila kat rumah ni* tapi betul apa orang kata rumah tempat paling menyeronokkan ditambah pulak dengan pelbagai keletah dan ragam seluruh isi rumah membuatkan aku tidak mahu berjauhan dengan mereka (ayat sastera sket, hehe).

waktu mula-mula sampai hari tu adik2 tegur muka aku teruk gila, diorang cakap dah rupa orang asli pun ada. nak buat macam mana lama sangat ulang-alik masuk kampung orang asli, turun naik bukit, panjat gunung, masuk keluar hutan. kalau sekali tengok mau tertukar dengan orang asli kot, huhu. *harap-harap thesis aku boleh siap cepat tak de la kena masuk hutan banyak kali*. nasib baik dalam seminggu ni muka aku dah ok balik, tak de la nampak burn teruk sangat. segan jugak nak keluar rumah dengan muka yang burn teruk tapi lepas ni kena masuk hutan balik, huhu. senang cakap selagi tak siap thesis ni memang kena sesuaikan diri dengan keadaan hutan la *jangan jadi orang hutan dah la, haha*

dah banyak hari jugak aku habiskan masa macam tu je kat rumah, pegi makan kenduri la, keluar lepak bandar la, tengok tv, main game, gaduh-gaduh dengan adik. hrmmm, sekarang nak bereskan misi thesis pulak. kena mula taip thesis dah sebab nanti naik sem ni nak kena hantar, mati la kalau tak siap nati nak grad macam mana. arap-arapnya dapat siapkan dalam masa terdekat ni.


p/s: entah kenapa mak ayah aku akhir-akhir ni suka beno tanya pasal kawen. haishhh, kempunan nak menantu la tu. hehe.

Saturday, January 14, 2012

indahnya persahabatan

walaupun hari isnin nanti ada last paper untuk final aku sempat lagi keluar jenjalan dengan member hari ni, konon nak hilangkan stress gara-gara kertas terakhir ini amat mencabar minda dan emosi. tengokkan soklan past year dah buat jantung berdebar, entah macam mana nak jawab nati. hrmmm, kena usaha lebih lagi tapi takot tak sempat jer, huhu.

kami jalan-jalan sampai lenguh kaki sebab memang asyik berjalan je memanjang, tak menyempat nak duduk. dah la sale banyak kot dekat mall pasal chinese new year, tapi macam ramai orang melayu la plak dok membeli dan membelah disana. tengok handbag, kasut, baju sumer lawa-lawa harga pun okey la sebab less sampai 70 peratus. kalau datang dengan ayah memang pokai la dia, haha.

penat tak yah cerita la, berhimpit dalam ktm. rasa macam nak bernafas pun tak ada ruang dah. tapi seronok keluar. lagi seronok sebab dapat coklat, comel je coklat tu sayang plak nak makan. hehe. terima kasih kepada si pemberi, tak sangka dapat jugak :)



bila balik tadi kawan bagitau pendrive aku hilang, dia tak tau tercicir kat mana. tipula kalau aku cakap aku tak rasa pape time tu, terkilan jugak campur pulak badan tengah penat. huhu, tapi dah lama-lama ok je. dah benda tu nak hilang sape nak tau, tapi aku still harap dia dapat jumpa balik pndrive tu. kesian pulak dia asyik pikir nak cari benda tu padahal exam ada lagi, aku ok je setakat pendrive tu tak pe lagi kot. tak yah nak susah hati pasal benda tu lagi, senyum je macam gula-gula kat bawah ni. hee~




hilang barang boleh ganti, hilang kawan mana nak cari? hehe. kalau tak jumpa jugak nak suh belanja kfc boleh? haha.


p/s : buat NZH, walaupun penat kita happy kan?

Tuesday, January 3, 2012

apabila diri ditipu

alhamdulillah, hari ni dah habis satu paper walaupun perasaan masih bercampur baur disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang dihadapi. huhu. sedih dan suka sama banyak sekarang ni. rasa suka sebab dapat lepas satu beban tapi yang sedihnya kena tipu dengan penggubal soalan. haha. apapun, hanya mampu berserah dan bersyukur masih berpeluang menjawab exam *ayat skema*

pernah tak korang prepare dan hafal benda lain, tup2 time exam tengok soalan. mak aihhh, terkejut sebab benda lain yang dihafal benda lain pulak yang keluar. tambahan pulak soklan yang ditanya memang tidak terlintas untuk ditanya lalu tidak dibaca kerana bahagian tersebut telah disoal dalam exam sebelumnya. dan paling menyakitkan apabila sudah terang lagi bersuluh bahagian tersebut tidak akan disoal lagi kenapa perlu dibawa ke dalam final. huhu. apa perasaan?

walau bagaimanapun, nasi telah menjadi bubur dan perkara tersebut tidak dapat tidak perlu dijawab kerana telah berada di dalam dewan peperiksaan. sedih sangat sebab bagi jawapan yang paling tidak menyakinkan. semoga jawapan yang diberikan masih berupaya menyumbang kepada markah. huhu.

disebabkan kekecewaan dan kekejutan melampau, malam ni diri tidak mampu lagi untuk menghadap apa2 nota. semoga esok mendapat kekuatan untuk terus berusaha bagi paper yang lain pula. :) all the best korang!


p/s: sabo je la

Thursday, December 29, 2011

HOMEsick


pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru kan? sekejap pulak rasanya masa tu berlalu. tahun 2011 bakal berakhir dan yang pastinya 2012 akan menyusul. saje nak wish new year awal-awal sebab macam tak de masa dah nak blogging tahun ni. kiranya ini entri terakhir 2011 *bajet macam lambat lagi nak masuk 2012, padahal lagi dua hari kot. hehe*

walaupun sekarang ini musim pulun belajar bagi pelajar universiti sebabnya beberapa hari lagi perlu menempuh final paper, aku tak terasa pun nak belajar. haishhh, pemalas betul. rasa rindu dekat family lagi kuat daripada keinginan nak belajar, kadang-kadang rasa menyesal belajar jauh dari rumah. nak balik! huhu. tiap kali baca nota mesti tak boleh nak fokus, fikiran tu suka sangat melayang-layang kekadang sampai kelantan dah. homesick sudah, padahal sebelum ni ok je. bukan tak pernah jauh dari family pun. jiwa rasa kosong je sampaikan nak study pun malas. yea la, aku tengok dan baca nota tapi sepatah haram tak masuk dalam otak.

tapi, apa boleh buat. nak tak nak kena tunggu sampai habis exam baru boleh balik, sekarang hati kena kuat. perlu lebih bersemangat untuk belajar kalau tak sia-sia je masuk exam kalau tak boleh nak skor. semoga doa dari mereka mengiringi setiap usaha aku. gud luck! *nak bagi semangat untuk diri sendiri* buat kawan-kawan seperjuangan, teruskan usaha, jangan cepat putus asa. mulakan perkara dengan 'bismillah' nescaya hati kita akan lebih tenang *thanks buat sahabat yg mengingatkan, :)*



p/s: HOME is where the heart is. sebab tu terasa nak kawin dengan anak jiran sebelah rumah je baru la boleh balik rumah selalu. hehe.