ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Tuesday, May 8, 2012

derita tesis!

akhir-akhir ni mudah sangat sakit kepala, pening2 kekadang tu sampai rasa nak pitam pun ada. mata berpinar-pinar pastu pandangan jadi gelap seketika, mungkin penangan tesis la neh. huhu. otak rasa berat sangat dok pikir nak siapkan tesis tu, pastu dalam kelas pulak lec suka beno tanya soklan. haishhhh, stress la cam ni. masa nak kena siapkan tesis tu singkat sangat, tambah pulak subjek sem ni agak membosankan lam kelas asyik rasa tertekan jek. mana tak naik pening kepala? tolong la faham wahai pensyarah2 sekalian, bukan tak nak study balik bila dah habis kelas tu tapi nak tak nak habis kelas kena fikir pasal tesis, mana nak sempat buat revision (alasan jerr sebenarnya tapi alasan boleh pakai kan, hehe).

minggu ni last kena hantar draf tesis. bunyi macam ringan je padahal draf tu sama jer cam satu buku tesis yang dah complete ok! cuma tak berjilid bagai je. huhu. sekarang baru tengah nak tulis bab 4 - 6, entah sempat ke tidak. hopefully, tarikh tu boleh extend sampai minggu depan tak de la rasa terbeban sangat kan. minggu lepas pegi field kumpul data lagi, dengar khabar nak kena pegi lagi sekali. uwargggghhh, tak sanggup da rasa. nape la  pensyarah ni suka ikut perasaan diorang je, tak fikir pun kita ni sempat ke lagi nak pegi field tu (tak faham apa yang mereka-mereka fikirkan).


ini gambar time fieldwrk hari tu, gembira la jugak jupe bunga  sangat besar!

memang la tak salahkan lec seratus percent, cuma tolong lah faham keadaan kami semua. boleh jadi gila kalau asyik dapat tekanan macam ni, huhu. "semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami dan lapangkan serta tenangkan lah hati kami untuk menghadapi keadaan ini".



p/s : tahniah buat alang , akhirnya tercapai jugak hasrat nak belajar medic. tahniah sayang! tumpang bangga untuk adik. stress pun hilang bila dapat tahu berita macam ni. alhamdulilllah, semoga berjaya.

Tuesday, May 1, 2012

seharian bersama mereka

walaupun tengah buzy nak siapkan tesis, weekend hari tu sempat jugak luangkan masa pegi majlis kawen en afiq. lama giler nak sampai sebab semua tak tau jalan, harapkan peta dalam kad je. nasib baik rumah dia tepi jalan so senang nak jumpa, cuma nak cari kuala pilah yang terbabas entah kemana. waktu sampai tu tengok prof dah nak balik da, sampai hati prof pura-pura tak kenai kitaorng. huhu. kitaorng hepi untuk en afiq dengan wife dia, akhirnya kawen juga walaupun banyak halangan sebelum ni. hrmmm, kalau dah jodoh memang tak kemana pun kan, hope diorng bahagia sampai bila-bila.

jatuh cinta dengan tema diorang, warna biru turquoise. memang lawa, lagi satu baju pengantin perempuan tu. wahhh, chantek sangat! tak nak tulis panjang2 da nak kena siapkan slide lagi neh. bai2. :)

ini kes bosan lama sangat dalam keta..huhu

en afiq nampak kecik sangat la plak lam pic ni, haha. time ni dah nak balik pun.

bergambar dengan kak zizie. :) baju dia lawa, tuan nya sweet. hee~ semoga berkekalan



p/s : u make me miss u! lama giler tak jumpa, agak-agak kalau jumpa kenai lagi tak?? 

Friday, April 27, 2012

macam mana neh?

alamak!! dah nak masuk bulan 5 lah, adoiii.. banyak lagi benda pasal tesis tak settle. dah la perbentangan 2 mei ni, cuak giler rasa. serius tiba-tiba rasa macam tak sempat plak nak siapkan tesis ni, huhu. takotttttnyaa! apa-apa hal pun aku still nak grad tahun ni jugak, malu lah kalau kena extend sebab tak siap tesis. warghhhhh, makin nak kena hantar makin stresss plak ni. haishhhh, dah la tetiba prof nak suh masukkan cluster plak dalam tesis tu..awal-awal dulu tak de plak sebut, ni lagi 2-3 hari nak present baru nak cakap, entah menatang apa lak cluster tuh. nak kena guna statistik la ni. macam mana neh??

 nak harapkan en afiq, dia pun busy hal lain. prof plak dok suh tanya dia. eishhhh, apa la prof neh. kami student prof bukan student en afiq! arghhhhhh, rasa nak makan kfc ar cam ni. huhu. kalau merungut pun tak siap kalau dah tak buat, masalahnya nak buat pun tak tau macam mana. ottokkkeei?? nak call en afiq tanya banyak2 kan tak sampai hati plak. maklumlah orang nak buat majlis esok mesti sibuk sesangat. tak mau nak peningkan kepala dia lagi. sebelum ni pun dia dah banyak tolong kitaorng. harap-harap isnin nati dia masuk ofis, time tu boleh la nak peningkan kepala dia balik. haha.

 tak cukup stress dengan tesis, fb plak buat hal. nak login tak boleh la plak. sajer je nak jadi gilak time ni. fb sekarang dah jadi penting sebab segala benda nak discuss kat situ senang, contact member pun cepat je bagi respon. entah apa kes la plak fb ni, gmail pun tak leh nak masuk. hrmmmm, teknologi kadang2 ni menyusahkan jugak yer. :( dugaan betul pagi-pagi neh, sabar je lah. hopefully, pas ni ok balik. dah semua benda buat aku stress ni, last-last habiskan masa dengan benda tak berfaedah jugak. huhu.

 p/s : bila stress macam ni rasa nak balik rumah sebab kat rumah je dapat hilangkan stress. tapi, nak balik pun dah tak sempat sekarang..

Monday, April 23, 2012

errrr, tetiba teringat dekat awak jer!

kenapa bila saat saya rasa nak lupakan awak, saat tu jugak awak akan tegur saya. tiap kali pun memang jadi macam tu. kenapa eh awak? saya heran betul. sejak dulu lagi kot, bila dah lama awak tak tegur saya rasa masa tu awak dah lupakan saya. lepas tu saya akan stalker awak sebab konon tu kali terakhir nak stalker awak. hehe. lepas tu memang awak akan tegur saya, dan masa tu saya rasa happy sangat bila tau awak masih ingat dekat saya. so, saya cancel niat saya nak lupakan awak. awak ni macam tau-tau je kan bila saya rasa nak lupakan awak, awak akan datang je. hope, kita terus jadi kawan lagi yer. saya rasa awak lah antara orang yang saya susah nak lupakan. arghhh, stresss!

 p/s : otak kurang stabil