ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Friday, April 18, 2014

reminder untuk diri :)

dilema budak lepas grad. nak keje ke nak sambung belajar? huhu. yea, tak semua orang Allah berikan rezeki yang sama, ada yang dapat keje awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat anak awal, dan macam2 lagi. bukan semua orang dapat benda yang sama tapi kena ingat itu pun pinjaman dari Allah. kadang-kadang dah rasa tawar hati nak mintak keje sekarang, even keje kerani pun bukan main susah nak dapat. tapi, kita kena yakin Allah tu Maha Penyayang. mungkin Dia telah tetapkan perancangan yang lebih baik untuk kita. sekarang, belajar redha dengan ketentuan tapi jangan lupa usaha dan doa jugak dalam masa yang sama. :) insyaAllah, rezeki ada dimana-mana, nak hadapi cakap-cakap orang sekeliling yang susah sebenarnya. kena belajar jadi lagi kuat.

lagi satu, kena sentiasa muhasabah diri. mana tau kan, ada banyak buat silap, banyak sakitkan hati orang terutamanya parents kita. kekadang kita sendiri tak perasan dah terlepas cakap, terlayan kasar dengan mereka. nak dapat redha Allah kena dapatkan redha mak ayah dulu. kita, sebagai anak kena banyak sabar walaupun ada certain parents yang tak faham apa yang kita nak sebenarnya, ada yang tak reti nak layan anak yang dah besar panjang macam mana, ada yang still layan anak2 yang dewasa macam layan anak2 yang kecik-kecik lagi. memang ada beza sebenarnya, nabi sendiri ada bagi panduan bagaimana hendak melayan anak2 mengikut peringkat umur mereka masing-masing. sebab tu, kena belajar dari sekarang 'parenting education' supaya kita boleh apply bila dah ada anak sendiri nanti. :)

satu hal lagi yang aku perasan, *ini pun berdasarkan pengalaman aku sendiri* kita ni segan nak mintak maaf dengan parents kan? ke aku je macam tu. hehe. rasa bersalah tu ada bila kita buat smething yang mereka tak suka sebab memang tak semua orang perfect tapi nak minta maaf tu agak susah lagi2 bila face to face. huhu. macam mana nak handle benda ni. selalu yang orang buat time raya la minta maaf, huhu. itu pun macam tak ikhlas sangat kot, macam lebih kepada budaya gitu. apa yang aku nak katakan kat sini, aku tengah rasa bersalah dengan mak tapi tak tau nak minta maaf macam mana dengan dia, huhu. :(

ok, bai. sekadar nak luahkan apa yang terpendam dalam hati. sedihhhh *crying inside*


p/s : ayah cakap dia nak tengok aku boleh tahan berapa hari keje kat sana. huhu. kejamm *_*


Thursday, April 3, 2014

i'm back!

testing2x. wahhhhhhh, lama sangat dah tak post something dekat sini. last post tahun lepas kot! huhuhu. bukan nya tak de masa tapi kemalasan yang berganda nak menulis ni. banyak benda yang terjadi tapi malassss sangat nak cerita panjang2 kat sini. yang pastinya, sekarang ni aku still jadi penganggur yang berjaya, dah tengah tak de keje ni tolong mak jaga cucu dia dulu la. rumah ni pun dah jadi macam nursery, ada 3 anak buah + 2 lagi sepupu. memang pening kepala nak melayan, kadang2 stress gak sebab bila ramai-ramai ni mula la diorang sepahkan rumah sama-sama, main sama2 sampai tak ingat, buat bising sama2. yang tak tahannya suka sangatttt nak berebut mainan pastu gaduh sampai nangis. huhu. kanak2 memang la gitu, tapi bila tak tahan tu kena marah la diorng *aku kan garang sket, hahaha* nasib la sape suh mengada sangat kan.

minggu lepas dapat berita ayahanda kawan baik aku dah kembali ke rahmatullah. takziah dekat dia, semoga roh ayahandanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amiiinnn. alhamdulillah sempat gak pegi melawat arwah walaupun kejap. semoga family nya terus tabah.

minggu lepas gak, ada kawan yang dah selamat jadi isteri orang. tak sangka betol dia dah kawen, apa pun tahniah. hehe. semoga terus bahagia melayari bahtera rumah tangga. seronok pegi majlis macam tu dapat jumpa balik kawan2 yang lain gak. :) begitu la kehidupan, ada masa suka ada masa duka. lumrah.da

setakat ni dulu la buat masa sekarang. semoga segala yang berlaku ada hikmah di sebalik :)

p/s:  about 3 months to go! may Allah ease everything :)

Monday, October 7, 2013

terima kasih Ya Allah :)

alhamdulillah, ada gak kelapangan nak bukak lappy malam ni. hehe. aku bersyukur sangat walaupun belum dapat kerja tetap sekarang ni, alhamdulillah hati ni masih dijaga oleh sang Pencipta untuk terus merasa bersyukur dan redha dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. mungkin, Allah nak uji lagi sejauh mana aku boleh bersabar. kena lebihkan usaha dan banyakkan berdoa, insyaAllah suatu hari nanti rezeki tu akan tiba jugak.

mula-mula kerja dekat situ, aku rasa malas sangat. tak suka, rasa nak berhenti je, tak tahan dengan majikan yang banyak ragam, tapi tak nak la plak nati parent cakap hangat-hangat tahi ayam. sebelum tu, beria pegi mintak kerja last2 tak sampai sehari dah nak quit?. no..no..so, sampai hari ni masih bertahan juga disana. hehehe. dah lama-lama mula dapat sesuaikan diri dan rasa ok je daripada melepak di rumah tanpa hala tujuan ada baiknya pegi keje boleh gak jumpa ramai orang kan.

bila dekat tempat baru, for sure la akan dapat kawan baru. cabarannya dekat sini, aku kena berkawan dengan dua lagi pekerja. sorang OKU, dia tak leh bercakap dan mendengar so kalau nak bagitau apa2 dekat dia aku kena tulis atas kertas then baru dia boleh reply.sorang lagi, dia tak reti nak menulis dan membaca sebab tak dapat peluang belajar dari kecik lagi. kesian dekat dia, keluarga dia tak mampu nak sekolahkan dia sampai dah besar tak leh menulis lagi. huhu. dan disebabkan mereka juga aku rasa lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan peluang yang aku dapat. alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!

ramai juga orang yang pada pandangan kita, dia dah cukup segalanya kalau nak dibandingkan dengan kita tetapi still mengeluh, tidak puas hati, penat, macam-macam lagi hal negatif yang keluar dari mulut mereka. so, lepas ni sama-sama muhasabah diri. jangan pernah putus harapan dengan Allah. banyakkan bersyukur yea. :)


p/s: bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. doakan yang terbaik untuk aku.

Tuesday, July 2, 2013

mini kitchen ;)

ini cerita semalam punya tapi saja nak update gak. hahaha. eh, tak lama lagi kan nak puasa. dalam seminggu lagi ke? lupa plak nak kira betul2. huhu. sebabkan dah nak puasa dan aku akan dan terpaksa mengharungi puasa tahun ni diperantauan *perantauan la sangat kau! hahaha* seorang diri plak tu, so semalam telah keluar pegi beli beberapa makanan nak buat sahur dan berbuka nanti. sedih plak bila pikir kena makan sensorang, nasib ko la labu.

ada rice cooker je, pinggan sumer tak sempat beli lagi ingat nak pinjam umah mak cik je nati tapi tak tau bila nak pegi umah dia. maka, terciptalah ruang dapur dalam bilik yang cenonet tu. hehe. sebelum ni tak pernah2 kuar beli barang dapur, selalu nya pegi dengan mak sebab tak tau nak beli apa. pilih punya pilih, beli punya beli, time nak bayar tu amik ko! dekat rm100 gak la habis. entah apa yang dibeli pun tak tau, hahaha. nafsu betul la.



tadaaa..ini la ruang dapur yang dimaksudkan. siap beli beras lagi, puas hati betul! ;)

best plak rasa kalo betul2 ada rumah sendiri, dapur sendiri. wahhhh, tak sabar nya nak beli rumah! *macam la beli rumah tu macam beli choki-choki je :P* tengok la penuh dengan makanan tak sihat je, makanan tin, makanan segera, telur. huhuhu. harap je ajar student healthy diet, cikgu nya tak amalkan ponnnn. bukan apa, ni saja nak prepare nanti puasa kang tak de selera nak makan kt dewan makan boleh la masak sendiri. hikss.


p/s: lupa nak ucap tahniah dekat TRW. ambo bagi sokonge jauh-jauh jah. huhuhu.