ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Thursday, November 5, 2015

WTF (wei tak faham!)

ermm, sekarang kan tgh viral dekat fb pasal ibu-ibu berkerjaya vs ibu-ibu yang jadi suri rumah sepenuh masa. masing-masing macam bajett bagus la kot nak bandingkan diri masing-masing, yang ni cakap diorng lg penat, power, hebat la yang lagi satu pun sama gak cakap diorng ni selalu dengan anak-anak, tak sempat nak melawa la apa la. sakit hati pulak aku baca, hrmmmm. entah la, macam masing-masing nak cakap aku la paling bagus kot.

bagi aku la, tak perlu nak mengata orang nak judge orang nak bagitau orang apa yang kita korbankan untuk hidup. penat?? semua orang penat kott tak kisah la kau ni kerja makan gaji ke, kerja dengan orang ke, kerja denggan diri sendiri ke, jaga anak sepenuh masa ke tak payah nak bgtau apa yang kau buat tu paling mulia. bila baca memang ada betul nya tapi itu kan pilihan masing-masing, dah macam merungut pulak nak suh orang tau apa yang kau buat hari-hari. entah la, rasa menyampah pun ada macam diorang nak cakap anak-anak ni beban pulak pdhal anak-anak ni anugerah, amanah yang Allah bagi dekat kita suh jaga bukan suruh jaja cerita kena buat itu buat ii untuk anak sampaikan tak de masa untuk diri sendiri. nampak macam tak redha pulak kat situ kan, huhu. sudah-sudah la nak bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, tak dapat apa pun kan. pelik, aku memang tak faham la nape or apa motiff nak bandingkan macam tu.

isteri tu kalo rasa penat cuba la ngadu dengan suami, biar diorang tahu awak tu penat boleh la diaorng tlg, kalo susah sngat suami nak faham, mintak tolog direct la jangan dok nyindir-nyindir pulak nati gaduh lagi serabut nak fikir, huhu.


p/s : jangan kuat sangat nak mengeluh dan asyik nak fikir negatif je cuba positifkan diri baru hidup sentiasa hepi, :)


Saturday, May 9, 2015

life update :)

dah hampir setahun tak menaip dekat blog ni, nasib baik ingat lagi password. hehe. kali ni nak update pasal diri aku je la. Alhamdulillah, sekarang sudah bergelar seorng isteri kepada en suami. walaupun perkenalan antara kami terlalu singkat sebelum mendirikan rumah tangga, aku bersyukur sebab ditemukan dengan seorng suami yang baik dan penyayang. semoga Allah sentiasa kurniakan rahmat dan kasih sayang dalam rumah tangga kami dan memberkati setiap apa yang kami lakukan. amiinn.

dengan dia, aku dapat merasa indahnya percintaan selepas nikah. terima kasih abang :) saya sayangg suami saya, mr perfect 10 (^_<). tak perlu aaron aziz nak dapat mr perfect 10, you are my everything mohd shahir.

p/s: jujur dan saling percaya kepada pasangan itu penting bila berjauhan.

Friday, June 27, 2014

sampaikan kami kepada ramadan

ehemm, hari ni kena tinggal sensorang dekat rumah lagi! huhu. sedih nya sejak keje ni dah lama sangat tak dapat ikut balik kampung, rindu nak jenguk atok dengan nenek. sambil-sambil tunggu masa nak g keje update sket blog yang dah lama terbiar neh, huhu. sedar tak tak sedar lagi 2 hari nak puasa, kejap betul masa berlalu.

macam mana persediaan nak puasa semua? prepare untuk raya ke puasa yang lebih eksited ni. hehe. mall pun sekarang ramai dah dok sibuk cari baju raya, kasut raya, beg raya, sume nak baru maklum lah nak raya sakan kan. bagus jugak buat preparation awal macam tu nati dah mula puasa boleh fokus untuk buat amal ibadah la plak yer, jangan dok sibuk fikir menu bukak puasa je. ramadhan ni datang setahun sekali aje, time ni la nak pulun buat benda baik *bukannya lepas ni boleh buat jahat yer cuma bila masuk bulan puasa ni moga-moga iman kita makin bertambah* Allah dah janjikan ganjaran yang banyak untuk kita, jadi sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala ni.

ok lah, sampai sini dulu coretan kali ni. nak mandi, siap2 g keje plak. tata. salam ramadan karem semua. :)


p/s : start counting days. *-* DUP DAP DUP DAP

Saturday, May 24, 2014

asam garam kehidupan

tajuk macam nak buat drama bersiri la plak. hehehe. hari ni pagi2 lagi dah bukak laptop, selalunya membuta dulu kejap. buruk beno perangai tapi nak buat macam mana sejak keje ni cepat sangat badan rasa penat, pantang ada masa free nak tido aje kejenya. huhu. so, nak hilangkan mengantok ni kita update blog ler. :) 

seronok pegi keje sebab dapat member2 baru yang sangat besttt. rasa sayang plak nak tinggal mereka tapi hujung bulan ni kena brenti gak, huhu. tambahan aku keje pun part time aje. yang tak best nya ada budak2 dekat depan kedai kitaorng tu, suka sangat cari pasal. huhu. malas nak layan budak2 tak matured macam tu. dekat mall ni setiap hari boleh tengok gelagat manusia yang pelik-pelik, so tak de la bosan sangat. kadang-kadang ada customer ni macam berlagak la, suka pandang rendah dekat kita mentang-mentang la keje jadi salesgirl je. apa ingat dia tu bagus sangat ke. menyampah! masuk kedai dah la tak nak senyum pastu sepah-sepahkan kedai. last2 keluar macam tu je tak de beli pun. ada yang lagi teruk, complain macam-macam. design buruk la, kaler tak lawa la. habis tu yang masuk tgk lama2 apa hal? tak reti nak keluar ke kalo tak nak beli. tak de pun org paksa dia masuk kedai. huhu. sadis betul perangai. 

minggu lepas pegi kedai emas, saje cuci mata. maklum la bila dah dewasa ni rasa nak buat pelaburan emas plak. nanti dapat gaji boleh la beli yang kecik2 je. hehehe. tak rugi beli emas ni, sebab nilai dia tak susut. tapi, tak leh la beli banyak2 sangat nati kang tak tau nak pakai kat mana plak. :P

p/s : semua kecoh pasal panda sekarang, huhu. panda tu tak salah, orang yang salah.