ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Friday, December 31, 2010

saya mahu wang

agenda mencari wang pagi tadi bertukar menjadi agenda menghabiskan wang plak. punyalah semangat 1 malaysia nak pegi cari sponsor dekat bandar kajang td, tapi respon dari manusia2 di sana sangatlah mengecewakan. memang kedekot punya olang maa, dah la terpaksa menebalkan muka nak mintak dengan diorang last2 satu sen pun tak dapat. dapat penat ada lah, keliling bandar kajang sampai ke pasar, jalan2 sampai nak tercabut sendi sume. aku mintak seringgit jer pun tak nak kasi gak belum lagi mintak rm10.

paling lawak jumpa dengan amoi ni, dia jaga kedai telefon. aku cakap kat dia 'kami datang mau mintak sumbangan kalo seringgit pun tak pe'. si amoi nie jawab 'sori maa, saya tak bawak duit hari nie'. boleh caye ke tak bawak duit, musykil2. agak-agak r kalo nak tipu pun, tapi nak buat macam mana dah orang tak sudi. tak kuasa aii!

duit ni memang bagi masalah la. dah mintak2 tak dapat last2 aku n nas give up, so ape lagi masok metro kitorang pegi habiskan masa dan duit dari satu kedai ke satu kedai. beli punya beli, belek punya belek sampai lupa nak lunch. paling lama kami dok kedai baju , seronok tengok baju dah la lawa2 sume tapi kami tak beli pun sebab duit tak de lorh. jamu mata jer, sempat rembat t-shirt jek. ok la, puas hati. nasib baik ada t-shirt lawa. hehe.

betul la ayah aku cakap, even duit kita yang ada dgn orang lain (maksudnya hutang la) kalo diorang tak nak bayar pun nak buat macam mana, inikan pula nak mintak duit dari orang lain, memang susah la nak dapat. hrmmm, terpaksa la fikir cara lain nak dapatkan sponsor. hukhuk~

p/s : jom siap2 p sambut new year malam nie, choww. nak ikut tak? tension2 cari sponsor, pkir psal assngmnt yang blm siap still ada masa nak enjoy! haha.



Wednesday, December 29, 2010

go SEPET go!

pertama sekali nak tanya, sape tak kenal sepet?. cepat mengaku meh nak tembak trettttt.....trettt hehe. sape tak kenal memang katak bawah tempurung la sebab kalo nak tahu nama sepet a.k.a khairul fahmi che mat memang sering menjadi sebutan dan igauan ramai (termasuk gua sama adik2 kakak2 gua semua , wa cakap sama lu dia memang terbaik lah. kalo tak caya kena percaya gak) selepas berjaya menarik perhatian penduduk malaysia kerana telah menjadi goal keeper yang powerrr beb, dah macam shaolin soccer tengok hehe.

aikk, tak kenal gak eh. tak pe2 meh nak kasi tengok muka dia yang ala-ala chinese look tu. nah2 tengok yer kalo tak kenal gak tak tau la nak cakap apa, ntah2 korang yang tak kenal dia nih asal planet pluto kot sebab tu tak pernah nampak muka dia. yea tak? hihi



hai, sayalah sepet


hah, mesti kenal kan. kalo nak tau nape sekarang aku jadi semangat nak tengok bola sebab mamat ni la, seronok tengok dia jaga gol. tangan dia macam ada magnet boleh tarik bola supaya tak mas0k dalam gol tuh. maybe team bola sepak malaysia dah jumpa orang yang dicari selama ni. cayalah encik khairul fahmi!



yeah, dapat pun. hihi


yang paling best si sepet ni orang kelantan, first time tengok dia kt tv masa dia jd keeper untuk red warrior. sekarang bukan setakat orang kelantan bangga dengan dia satu malaysia pun turut bangga ada pemain macam sepet ni. murah rezeki hang sepet, dah la makin famous plak. (jeles aii tau tak).


ambo anok che mat la. demo gak wt xkena plok!





khairul fahmi che mat



p/s : sangat kecewa sebab tak dapat tengok pun harimau nak mam garuda malam nie. dah la hari lawan kt bukit jalil pun tak tengok gak. aishh, tak lena la nak tido malam ni. hihi~doakan yang terbaik bwt team malaysia. hoho


Tuesday, December 28, 2010

selamat terbang

pejam celik pejam celik rupanya dah 12 hari ayah aku bertapa dekat nilai. ntah dalam hutan mana dia menginap, akhirnya sudah sampai masa dia pulang ke rumah. kesian gak dia duduk sorang-sorang dekat sini, nak buat cam ne dah kerja kan tak kan nak lepas tangan jer.dah la sakit gigi terpaksa plak tanggung sorang-sorang. (dah tu nak suh sape tanggung, gigi sndiri kan..hehe)

waktu kat sini, aku sempat la jgak jumpa dengan dia. aku tau ayah aku bosan terperuk dalam bilik jer, sebab tu aku ajak dia kuar. kami kuar makan-makan, round mall tu jek sebab nak ajak main bowling pun malas. (yea2 jer malas, sebenornya tak reti nak main 2 yang tak nak main. dah tue bola nyer bukan main lg berat woo). nanti ada masa kita p tengok orang main bowling lak. tengok jer okey, bukan main pun haha.

semalam tepon umah cakap dengan ummi, kak long, sempat gak chat dengan adik aku. diorang gtau ayah aku dah nak balik umah hari ni. sukanya dapat balik, tiba-tiba rasa rindu la nak kumpul ramai-ramai tapi aku lambat lagi baru boleh cuti. hurmmmm, apa pun aku doakan ayah aku selamat sampai umah nati. selamat jalan!, opssss silap2 selamat terbang! kalo jalan kaki tak tau la bila sampai hehe.


p/s : cepat sangat nak balik, tak sempat jumpe menantu la..kehkehkeh

Monday, December 27, 2010

akmal itu sempurna =)

hidup tak sempurna tanpa ada keluarga bahagia.....
hidup aku sempurna dengan mereka....

hidup tak sempurna tanpa kawan-kawan yang sentiasa ceria gembira.....
hidup aku sempurna kerana mereka.....

hidup tak sempurna tanpa ada tubuh badan yang sihat dan sempurna...
hidupku sentiasa sihat dengan mereka......

hidup juga jadi tak sempurna jika kita tidak mahu menjadi hamba yang sempurna dengan melakukan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya......
semoga aku sentiasa menyempurnakan ibadah kepada-Nya tanpa lalai.....
insyaAllah.....

tiada seorang pun yang sempurna kerana setiap dari manusia mempunyai kelemahan masing-masing, namun mereka perlu berusaha menjadi seorang yang sempurna....

tapi, aku sempurna kerana itulah makna nama akmal~ walaupun pada hakikatnya masih terlalu banyak kekurangan.


p/s : kerana diriku tidak sempurna, aku mahu kamu sempurnakanku...salam perkenalan