ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Wednesday, January 26, 2011

cinta tiga suku

ingatkan cinta 3 segi jer wujud dlm dunia neh, rupanya cinta tiga suku pun ada. haisshhhh. pelik betul. kalau cinta tiga segi aku dpt bayangkanlah macam mana tapi kalau cinta tiga suku nih macam tak dapat gambaran langsung lah. aneh. kenapa wujud cinta tiga suku? sebab percintaan antara orang2 yang tidak berapa cukup suku ka? eh2, kalau orang dah gila (tak cukup suku la kan. hehe) mana boleh tangkap cintan2 neh. mereka kan tak betul macam mana nak bercintan cintun lak kan. dah tu kalau tak betul sape sanggup nak bercinta dengan mereka? tapi tak mustahil la kan. hrmmm.

nape tiba2 lak neh blh ckp psal cinta tiga suku plak. hehe. tak de sbb specific, sebenarnya saja nak kongsi novel best yg aku dok stdy waktu tengah demam hari tu (stdy novel tak da la plak rasa sakit kepala tapi kalau nak suh stdy law ke, ekologi ke, ekonomi ke. mesti sakit jer kepala neh. haha. utk hilangkan sakit kepala waktu tgh demam hari tu, belek2 la novel sat. hehe) nasib baik citer best kalau tidak makin parah la demam ni.

kadang2 ada jer point yg tak berapa releven tapi biasa la kan nama pun novel layan je. satu je yg best psal novel ni sbb tak bnyk watak jahat. sume watak dalam tu baik2 belaka. ada sorang dua je jahat tapi kejap sangat la muncul. tak de suspens nya.

pernah dgr tak ada orang tua2 cakap (betulkah org tua2 yg ckp ke org yg mengaku diri dia tua? aku pun tak pasti) 'kalau kita asyik dok gaduh2 dgn someone tuh, alih2 jd teman sehidup semati lak'. aku rasa ada betulnya jgak kalau baca dlm novel neh, lebih kurang la citer dia. so, kalau dah minat dekat someone tu jngan gatai2 nak berbaik dgn dia. lebih baik cari gaduh je, dah lama2 gaduh nanti ternikah la. haha. ok dah2, aku tulis entry ni pun saje nak promote suh baca novel kat bawah ni jer. ngeee. tak nyesal baca, citer dia best. paling best part dpt bby kembar! hehe.





nurul iman & azahari (arie)





p/s : aku bukan peminat novel. esok malam balik kampung, jom ikut!


Sunday, January 23, 2011

bila berjauhan

petang ni tetiba jer rasa panas badan lak. td tengah study tapi tak larat, telan ubat (takut makin parah plak nanya la exam law esok) then tido sampai pkul 5 baru blh bangon.huhu. aku tak pasti lah ni demam sbb exam atau sbb demam mau balik umah. arghhh, rindu plak dengan mereka2 di sana. rasa lambat sangat masa bergerak neh.

kalau nak ikutkan mau saja cepatkan masa bia sampai hari khamis boleh balik dah. tapi, fikirkan mid sem esok rasa malasnya nak habiskan hari ahad nie. biar je masa stop kat sini, sampai aku habis study baru boleh gerak (tapi tak tau la sampai bila sbb dari tadi study, tapi rasa mcm yg melekat dkt otak aku ni berapa peratus jer. 50 pun tak sampai. parah betul la kalo asyik mengelamun beginilah jadinya. hehe). kalaulah ada doremon blh gak dia tolong.

bila dah demam macam ni, mulalah teringat dekat mak kt umah. seronok kan kalau dok umah mak tolong picitkan kepala neh bila rasa denyut2 terus hilang. miss my mom! (ayah aku pun sama, kalau demam sikit jer mesti kalut ajak pegi hospital, paksa makan ubat. bila sakit kita blh tgk mcm mana mereka sygkan kita. suka tau) boleh makan bubur panas2, heaven giler la. tapi, bila dok jauh macam ni mana nak cari bubur. dekat kafe mana ada benda2 macam tu (nasi pun mcm tak de selera dah tgk, kdng2 keras, kdang2 lembik semacam jer. lauk tak yah citer la. asyik masak menda sama jer tiap2 hari. dah naik muak tgk. hrmmm)

sebenarnya tak de apa nak kongsi ptg neh. tetiba teringat dkt mak, rindu beliau sangat2. mmg kadang2 mak kita ni buat kita serabut bila balik umah sbb suka sangt membebel (terutama bg bdak2 pompuan neh sbb kalau dh balik umah mmg xleh dok diam la kan. msti mak suh tlg dia basuh bj, masak ke, lipat kain, jaga adik2. yg lelaki tak kan la dia nak suh plak kan. tapi, percaya lah sebenarnya mak kita tgh usaha nak ajar kita jd seorng ibu yg baik satu hari nanti. hehe. kalau mak tak suruh kita tlg masak smpai dah berlaki pun msti tak reti nak masak kan3). sayang dan hargai mereka selagi mampu.






p/s : moga2 dapat jawab dgn baik exam esok, utk kawan2 lain gak. lagi 4 hari blh balik!


Saturday, January 22, 2011

cuti datang lagi

sepatutnya kena gtau semalam lagi sbb ini cerita 2 hari yg lepas tapi disebabkan keletihan teramat dan kesibukan keamatan, maka tidak ada kesempatan untuk mengupdate disini. dah alang2 tertaip disini terpaksa habiskan jgak la. hehe. cuti thaipusam khamis lepas, aku cuti so telah terancang (sebenarnya tak rancang pun, dah mmber ajak ikut je lagipun sngt lama tidak bermandi-manda di tempat awam..haha) utk berkelah di ulu bendul.

tak pernah dtg pun kat sini entah cantik ke tidak. hrmmm..follow jer mmber sbb agak bosan la kan terperap di bilik jer cuti2 macam tu, so buat keputusan mau pegi berkelah. makanan dah ada org tlg sedia, confirm tak lapar dah. hehe. (thanks to maizura, fiz dgn iela. semangat betul diorang bngun awal2 pagi nak sediakn makanan. terima kasih sangat2, lain kali blh offerkan diri lagi hehe)




kami yang riang gembira! best sangat


nak sampai sana punyalah lama berjam2 jugak la kan kena naik ktm, lps tu naik bas mendaki bukit-bukau lagi. sampai tertido dlm bas sbb lambat sngt nk sampai. nasib baik perjalanan berjam2 kami tidak mengecewakan kerana ternyata hutan lipur ulu bendul sangat cantik! air sangat sejukkk, tapi tahan jer berendam lama2 sambil main bola lagi. seronokk sangat. (sampaikan lutut lebam sbb terhantuk dekat batu tp waktu main tu tak rasa sakit pun, bila dah sampai bilik baru rasa. sakit sangat huhu)



waktu ni dah siap2 nak balik umah mai


dah penat bermain dan bergambar singgah rumah cik maizura makan nasi, solat. hehe. sedap betul mak dia masak, terima kasih yer layan kami baik2. nanti ada masa kami pergi lagi. hihi. sangat enjoy hari tu. hepi giler. thanks kawan2.



p/s : gambar bermain air tidak dpt disiarkan kerana terdapat aksi2 yang berbahaya. hehe. lagi 6 hari mau balik kelantan! hoorey...sesapa yg nak kuar jln2 esok, jaga diri baik2 yer. enjoy urself kt sana. hehe~



Monday, January 17, 2011

perasaan : tak sangka

siapa sangka benda yang kita rasa susah jadi senang, benda yang dulu kita takut nak hadapi akhirnya dapat lalui juga, benda yang pahit pada mulanya jadi manis, persahabatan yang tak dirancang juga membuatkan kita rindu dan berbagai lagi perkara yang pada mulanya dilakukan secara terpaksa tapi last2 rasa enjoy plak dpt peluang tu. serious tak tipu.

mula2 sekali rasa sngt lega sbb akhirnya prgrm yg kami rancang dlm masa singkat dpt gak berjln dengn baik (walaupun masih byk kekurangan dlm prgrm tu, still berasa gembira sbb dpt jgak dijlnkan dgn baik. biasa la kalau ada kekurngan sbb kami semua mmg tak de pengalmn). alhamdulillah, hilang jugak beban sket. mmg pada awalnya, aku rasa terbeban sngt dgn prgram ni. nak kena cari sponsor, rancang sukan utk prgram, beri barang, sediakn permainan, mcm2 kena bwt smpaikan tak leh nak fokus stdy. waktu tu rasa tension sngt sbb nak handle sukan bkn senang (terutamanya bg aku yg mmg langsung tak de bkat dlm sukan. stkat nak main2 blh la) dah la nak tarik peserta join sukan kami ni agak ssh sbb prgram nie berlngsung hjung mnggu. faham2 je la bila weekend sumer mcm mlas nak kuar blik join prgram kolej mcm ni. tapi, nasib baik aktiviti sukan yg dirancang mendapat sambutan menggalakkan. gembira sangt tgk bdak2 ni main bersungguh2. hehe.

kalau fikir balik psal neh, rasa ada baiknya jgak bwt mcm ni sbb aku dpt bljar byk bnda baru. cara nak handle mesyurat, cam ne nak deal dgn org luar, tahu betapa ssh nak jayakn satu2 prgram tu. mmg perjlanan utk organise tu pahit tapi kalau kita buat betul2 dan tgk sndiri mcm mana prgram tu berlangsung kita akan rasa betapa manisnya pengorbanan kita sepanjang prgram tersebut. penat tak yah ckp la, tido pkul 3 pg. kadang2 smpai tak sempat nak mkn, jarang sngt dpt rehat ada jer keje kena buat tp bila dah settle sume mmg rasa puas sngt.

sepatutnya ckp mnda nie waktu postmoterm tp sbb sngt mengantuk waktu tu tak sempat lak nak buat ayat pnjang2. hehehe. sbb prgram ni jgak dpt kenal dgn rmai kawan. adik2 ajk first year pun byk gak bantu kami. kalau tak de diorang agak kelam kabut jadinya. terima kasih sangat2. :)



p/s : sedih plak bila dah abes prgram. huhu. gambar kenangan satu pun tak ambil sbb masing2 sibuk.