ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Friday, February 25, 2011

sini tak de 5 star hotel ke?

sekarang dah pukul 3.21 pagi tapi mata still segar lagi. kenapa tak leh nak tidur plak malam ni. hrmm, bosannya! tadi dah abes paper tenaga mid-sem, tahniah lah pada sape2 yang dapat jawab dengan baik tadi. huhu. susah kot soalan dia, tambah2 part essay.

dah bosan sangat search la pasal lata jarum, esok aku nak pegi sana. jom survey. hehe. kalau tengok gambar, perghhhh..lawa kot tempat dia tapi tak tau la kot2 indah khabar dari rupa. tak pe, nati esok kita tengok sama tak dengan gambar yang ada. rasa tak sabar nak pegi sana, jom sumer kita pegi!


ni lah air terjun lata jarum. hah, teruja tak nak pegi?


lata jarum ni letaknya dekat area raub jer. dekat sangat kalau dari tempat aku ni maybe dalam 2 jam dah sampai la. nak tau tak nape nama dia lata jarum? sebab ada orang cakap, air kat sini sejuk sampai mencucuk tulang. that's why diberi nama lata jarum. tapi heran, aku cari tempat penginapan tak jumpa plak hotel 5 bintang kat sini. haishhh, mana nak tido malam esok? sob, sob. (ada hati nak pegi fieldwork tido tempat mewah, hehe) doakan kami selamat pegi dan kembali yer :) jangan jeles la pada sape yang tak dapat nak join :P


p/s : hujung minggu ni, jangan rindu aku plak bila aku tak on9. haha. tadi balik kolej nampak anjing, nasib baik tak kena kejar.


Wednesday, February 23, 2011

i need u

kalau nak hitung berapa banyak masalah memang tak kan habis tapi sebanyak mana pun masalah aku, aku tahu orang lain punya masalah lagi berat. lepas satu satu masalah datang, tapi insyaallah aku akan cuba hadapinya dengan tenang dan matang. hehe. bila dah tambah umur maknanya matang la sket kan, so pemikiran pun kena la matang. semoga dapat harungi hari-hari mendatang dengan senyuman :) walaupun kadang-kadang otak dah rasa penat sangat. yea la, banyak benda nak kena fikir. mana nak letak assingment, presentation lagi, mid-sem test lagi, fieldwork lagi. tambahan plak sem nie tetiba jer sumer lecturer nak suh buat assingmnet n presentation. boleh katakan tiap2 subjek ada jer nak buat otak aku serabut.

yang paling buat aku tension plak laptop aku, time tengah assingment melambak macam ni gatai la nak buat perangai. tetiba jer nak rosak, sajer jer suh aku bawak pegi jalan2 dkt abang repair laptop. haishh, geram betol. aku tau la dulu aku banyak abaikan kau. guna plak buat benda tak paedah, guna kau sebab nak hilangkan bosan. bila bosan, aku akan cari kau nak buat dengar lagu la. stalker sape2 dalam fb. hehe. aku dah insaf, lepas nie tak mau lagi guna kau buat benda2 tak faedah, aku janji! lepas ni cepat baik yer. :)


ini bukan aku punya, aku punya dah masuk wad. tak tau bila boleh balik.

sayangi laptop korang selagi dia masih elok. guna buat benda berfaedah jer, kalau tak nanti dia merajuk. tiba2 sakit time korang benar-benar perlukan dia baru la sakit kepala korang!

p/s : i miss you!

Tuesday, February 15, 2011

otak, mu dan gaduh

dah lama sngt tak update blog ni sjak kena penangan assngment law yang sangt berat hinggakan otak tak leh nak jana idea nk taip blog neh. hehe. sekarang da ok sket, lega sebab akhirnya dpt gak siapkn assngment tu. hari ni cuti sambutan maulidur rasul, ambil peluang rehat2 minda sblm kena struggle utk mid-sem lak. lumrah la kan, kata campus life~

pagi tadi tak de aktiviti istimewa pun nak buat, dah la tenet tak leh connect. mmg haru la kan dok bilik sorang2. bosan la jugak, last2 tgk gambar dak2 comel lam lappy buat hilangkn sket rindu dekat depa suma. tetiba teringat citer adik aku. bdak tu mmg mulut murai, bila balik ada jer citer dia. ada satu citer yg aku still ingat sampai skrang. tajuk dia 'otak, mu, gaduh'.


ni lah adik aku si mulut murai. hehe.

cite dia macam ni, ada 3 orang sahabat. OTAK, MU dan GADUH. nama ntah pape. satu hari diorang main sorok2, waktu tu MU yg kena cari kawan dia yg 2 org lagi. MU pegi la cari, mula2 jumpa si OTAK nie. lps tu cari punya cari kawan depa si GADUH tu tak dapat dikesan. bila dah lama sngt cari tak jumpa gak, mereka dua orang ni pegi la balai polis nak buat report. dekat balai polis, OTAK tunggu kat luar jer sbb takut dengan polis. MU pegi la masuk, polis pun tanya la nama.

polis : ermm, nama gapo?
mu : mu (polis ingt bdak ni tnya dia balik nama mu sape?)
polis : aku tnya mu la, nama gapo?
mu : mu lah (polis dah mlas nk tnya bnyk sbb geram pun ada dgn bdak ni)
polis : xpo la, nak cari gapo mai sini?
mu : nk cr GADUH. (terkejut polis, dia ingt bdak ni nk cari gaduh dgn dia)
polis : mu nak cari gaduh nga polis ko? ado otak dop nie? (polis dah bengang)
mu : yo la. GADUH hilang. OTAK ada dok luar.
polis : buat muka geram.

tiba-tiba, OTAK menjerit dari luar balai.

otak : MU, tak yah la buat laporan. ni GADUH ado doh.
mu : yo ko. (terus keluar tinggalkan polis tu terkulat2 tak paham. haha)

hah, kalo korang baca dlm loghat kelantan baru blh paham betol2 citer ni kalo tak mmg akan jd macam si polis lah. haha. (mesti tak paham kan? hehe). moral of the story, jgn main taruk jer nama. cuba kasi nama yg ada makna dkt anak2 bru la tak timbul salah faham. hehe.




ni otak. gambar pinjam dgn google.




yang ni pun dikenali sbg otak2 gak. kadang2 org pun blh jd otak



p/s : lama-lama (lama apa?). lama rindu (pada siapa?). pada teruna idaman. rasa resah, rasa pilu. ai dia buat tak tahu...lalalala (td dgr lagu ni, macam best jer plak. haha). wah, cepatnya masa berlalu. esok dah 16 FEBRUARI lah. tarikh penting dlm kalendar aku! hehe.

Tuesday, February 8, 2011

serabut ah, benci nya!

habis kelas tadi dlm pkul 6, lebih kurang 6 setengah baru sampai bilik. buat apa yang patot lepas tu mengadap laptop. sampai sekarang, tak mandi kononnya gigih nak cari akta dengan kes. hampeh! tak jumpa pun, try2 tak leh nak login CLJ plak. masalah la bila terlampau banyak esemen yang tak siap, memang tak senang duduk la. adehh, parah neh. isnin depan dah kena hantar. macam mana nie? tension seyh. hrmmmm.

abaikan dulu esemen lain sbb memang kena usaha keras sket bwt esemen en rizal neh. paling tak suka bila kita dah jumpa akta yang sesuai, beria2 nak buat. tup2 dapat tau dah ada group lain buat tajuk sama. rasa nak nangis pun ada, yea la ingat senang ke nak jumpa akta dan kes yang sesuai. kadang2 rasa macam putus asa dah dengan law neh tapi kelas dia mmg tak pernah ponteng la kan sbb cara dia mengajar best, cuma part esemen jer berat sikit.

sekarang neh mmg tak de benda lain dah, misi nak siapkan esemen law jer. huhu. sebab dok asyik pikir pasal law memanjang sampaikan lupa ada kelas lain tengah hari tadi. terponteng la plak. hihi, tak sengaja tak pe kan. law..law...law. memang sengsara la hidup selagi tak siap. harap2 dapat jumpa tajuk baru malam neh. serabut den pikir!



p/s : eh2, nape la asyik tak de mood jer skrang neh. :( nak senyum pun macam susah jek. haishhh