dekat sana banyak benda boleh belajar, banyak ragam manusia kita boleh jumpa. banyak benda baru kita boleh tahu. lepas tu boleh merasa serba sedikit macam mana alam pekerjaan sebenarnya, cam ne cara nak berkomunikasi dengan orang ramai, macam mana nak handle bila ada boss yang memeningkan kepala ke. sepanjang menjalani latihan industri kat sana, tak de plak timbul apa-apa masalah cuma kadang-kadang ada gak timbul rasa bosan bila tak de benda nak buat tapi yang best nya dapat kenal dengan ramai orang.
sejak masuk ofis lepas beraya sakan seminggu tu sampai hari ni tak putus-putus ada jamuan hari raya. rezeki kitaorang berLI dalam bulan syawal, pastu kebetulan setiap bahagian akan adakan jamuan. itu pun ada yang tak sempat nak pegi sebab dah tak larat nak makan. khamis nanti ada sambutan raya besar-besaran sebab tu melibatkan seluruh jabatan pertanian lundang tu, mungkin itu sambutan penutup bulan syawal. sekarang ni pun tak de nak tension sangat dah pasal pensyarah dah datang melawat hari tu, so boleh la nak enjoy. hihi.
mood sekarang tengah tunggu adik budak kat atas ni keluar jenguk dunia, hee. tak sabar nak menimang anak buah ^^-
p/s : petang tadi kitaorang kena marah sebab buat bising kat surau. buat malu jer dah besar tapi perangai macam budak-budak lagi. hehe. opsss, lupa plak nak citer pasal bos bujang kat sini. (>_^)