ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Tuesday, October 23, 2012

officially graduated !

alhamdulillah, selesai sudah majlis graduasi ahad lepas. nebes bukan main lagi nak naik pentas tu. maklum la, first and the last time kot jejak kaki atas pentas. pastu sumer mata dalam dewan tertumpu kat kita. nasib baik tak terjatuh, tersepak apa2 kalo tak memang malu la kan. hehe. tahniah kepada member2 yang sama-sama bergraduan tahun ni, insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi. tak puas rasanya nak bergurau dengan semua, yea la lepas ni entah bila plak boleh jumpa lagi. sob sob. rindu nya ! jangan pernah lupakan aku sebab kalian sentiasa dalam ingatan. ^_<


ni je gmbr yang ada dalam simpanan aku, frust tak sempat nk bergambar ramai2. :(


 tak sempat nak snap gambar banyak2, yang ada pun tak berapa nak lawa. tak pe la, asalkan segar dalam ingatan. terima kasih bagi bear, cokelat, dengan bunga matahari lagi. sowie sangat2, tak sediakan apa-apa pun sebab datang pun dah lewat daa. memang tak sempat pikir apa-apa pun, huhu. terima kasih juga kepada ummi, abo, mak su, pok su sebab sampai jugak ukm walaupun kejap. love u all very much.


ummi pun dah penat, ambik sekeping dua je. nasib baik ada. 



terima kasih daun keladi. :D

bila dah selesai majlis, hujan turun. hajat nak bergambar tak tercapai. pastu kalut nak kemas barang sbab malam tu dah nak balik rumah. dekat airport tu baru terasa badan dah penat sangat, sampaikan nak senyum pun tak de daya dah. bye2 ukm!


p/s : nampak gaya kena sambung master la plak, tak puas hati naik pentas kejap sangat. hahaha. pening pikir nak keje la plak pasni.

Tuesday, September 11, 2012

syawal masih berbaki lagi

uhuk, uhuk..terbatuk tengok blog terbiar macam ni. dah bermacam-macam binatang bersarang kot, yea la lama sangat tak menjenguk. bukan tak de masa tapi malas nak update disebabkan masalah-masalah teknikal terlalu banyak sejak lappy diambil orang..huhu. sedih kan? baru tau dengan benda cam tu pun boleh rasa rindu ini kan pulak dengan manusia, hehe. sedar2 tinggal beberapa hari je lagi nak habiskan masa dengan pegawai-pegawai dekat tempat LI tu. memang bosan giler nak habiskan masa dekat pejabat tu tapi bila fikir-fikir balik telatah sesetengah mereka tu buat kita rasa rindu dekat diorang plak lepas ni.

dekat sana banyak benda boleh belajar, banyak ragam manusia kita boleh jumpa. banyak benda baru kita boleh tahu. lepas tu boleh merasa serba sedikit macam mana alam pekerjaan sebenarnya, cam ne cara nak berkomunikasi dengan orang ramai, macam mana nak handle bila ada boss yang memeningkan kepala ke. sepanjang menjalani latihan industri kat sana, tak de plak timbul apa-apa masalah cuma kadang-kadang ada gak timbul rasa bosan bila tak de benda nak buat tapi yang best nya dapat kenal dengan ramai orang.

sejak masuk ofis lepas beraya sakan seminggu tu sampai hari ni tak putus-putus ada jamuan hari raya. rezeki kitaorang berLI dalam bulan syawal, pastu kebetulan setiap bahagian akan adakan jamuan. itu pun ada yang tak sempat nak pegi sebab dah tak larat nak makan. khamis nanti ada sambutan raya besar-besaran sebab tu melibatkan seluruh jabatan pertanian lundang tu, mungkin itu sambutan penutup bulan syawal. sekarang ni pun tak de nak tension sangat dah pasal pensyarah dah datang melawat hari tu, so boleh la nak enjoy. hihi.


mood sekarang tengah tunggu adik budak kat atas ni keluar jenguk dunia, hee. tak sabar nak menimang anak buah ^^-



p/s : petang tadi kitaorang kena marah sebab buat bising kat surau. buat malu jer dah besar tapi perangai macam budak-budak lagi. hehe. opsss, lupa plak nak citer pasal bos bujang kat sini. (>_^)

Thursday, June 21, 2012

next step !

wahhh, lama benar rasanya tidak menconteng di sini. maklum lah tengah bizi dengan final, esaimen, tesis dengan macam-macam hal lagi. biasa la kan final year student, hahaha. alhamdulillah, sekarang stress sudah berkurangan sedikit gara-gara tesis sudah selamat dihantar walaupun dalam keadaan serba kekurangan. apa-apa hal pun, lega dah satu beban atas belakang ni. markah semua tu malas ambik tau dah. hehe. berserah kepada Allah, kena yakin sebab kita dah usaha sehabis mungkin untuk berikan yang terbaik. semoga penat lelah selama ini berbaloi. insyaAllah :)

lepas dah hantar tesis, nak kena tempuh final exam pulak. walaupun sem ni hanya 3 subjek je, mak aihh pening kepala boleh tahan gak ler. dah la semua subjek macam tak cukup nota je, dengan banyak benda nak kena hafal segala. huhu. seram juga nak masuk dewan peperiksaan esok. anyway, selamat berjaya kepada semua. lepas ni entah bila kita nak jumpa lagi, masing-masing bawa diri. heee~ gud luck, all the best!


alhamdulillah, bersyukur sempat siapkan tesis dalam tempoh masa yang diberikan. walaupun banyak berhabis duit, masa semua demi tesis tapi puas hati tengok hasil titik peluh kita dah selamat dibukukan. terima kasih buat semua yang membantu !


p/s : usaha tangga kejayaan. andai susah nak hafal pelajaran, selawat banyak2. insyaAllah dipermudahkan. :)


Monday, May 28, 2012

kenangan itu indah

kelas hari ini semua pensyarah bagi amanat terakhir, gud luck for the viva, gud luck for final exam. wahhh, tetiba rasa sedih nak tinggalkan kenangan jadi student (padahal kalau dalam kelas asyik tengok jam je bila nak habis kelas :p). maklumlah final year student kan, hehe. bila fikir balik rasa sekejap sangat tapi hakikatnya dah hampir tiga tahun menetap di ukm ni. sungguh aku pasti merindui suasana kelas yang bising giler dengan gosip-gosip, dengan gelak tawa, dengan senda gurau semua. tahun ni paling sedikit masa luangkan dengan rakan-rakan kos. kelas dua hari je seminggu pastu masing-masing sibuk nak siapkan tesis. sekarang fieldwork ramai-ramai pun kurang.

teringat waktu first fieldwork dulu, time tu tak kenal rapat macam sekarang. dulu, masing-masing ada geng sendiri, buat hal sendiri, nak bergaduh manja macam sekarang memang jauh la kan. yea la, dah masa tu semua macam innocent giler, kira budi bahasa tinggi lah kan (sekarang bukan tak berbudi bahasa cuma dah selesa dengan member, semua boleh go-on je sekarang). apa orang kata, dah macam family sendiri da. serius, susah kot nak jumpa kawan macam korang lepas ni. will miss all of u guys! sayang sesangat dengan family envi :) dah la semua lec sporting, layan kitaorang macam anak sendiri. mayb sbb lama luangkan masa sesama tambah2 bila lepas field, time tu tak de rasa gap sangat dengan lec. diorang jenis tak kisah sangat dengan pangkat tu, boleh je lepak makan sama-sama, bergosip pun ada. ahahhaha. pensyarah kami memang sempoi !

the last memory capture for last year waktu dinner hari tu la, lepas ni tak tau bila lagi boleh jumpa. yang kena praktikal sama-sama memang sempat lagi nak gaduh-gaduh sampai graduation nanti. memang tak sabar nak habiskan belajar, nak cuba tempoh alam kerja pulak, tapi sebak jugak bila teringat nak kena pisah dengan semua. masing-masing ada hala tuju berbeza lepas ni, semoga berjaya semua!

sebahagian student last year yang hadir, hehe. aku pun terjoin masa last minute.
terharu bila junior tayang balik gambar time kitaorng 1st year, memories that can't be erased from our  mind. :)


Bukankah hati kita telah lama menyatu, Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya, Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman, Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali, Kenang masa indah kita..
Sebiru hari ini


p/s : let us create as much as beautiful memories of our friendship :) love this friendship much! (^_^)