ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Sunday, February 10, 2013

this is my life

rindu nya dekat blog ni. sedih rasa tak sempat nak update. memang selalu je bukak tapi kejap2 tu yang tak menyempat nak coret apa-apa pun. just buka baca entry baru kengkawan. huhu. itu pun jarang2 tinggal jejak. seronok sangat tengok member2 dah dapat keje. walaupun gaji tak besar mana at least ada benda nak buat so masa tu tak de la terbuang macam tu aje kan. alhamdulillah, aku sekarang ni dah ada keje tapi keje kontrak je la, tak lama pun 3 bulan aje tapi banyak pengalaman yang aku dapat.

masa mula2 masuk keje tu rasa tak berapa seronok sebab sumer kawan2 sekerja dah berumur, baya-baya mak aku dah pun. segan sangat waktu first masuk, yea la tengok orang lain sibuk buat keje tapi aku tak tau nak buat apa. last2 berangan sensorang. hahaha. sekarang ni dah masuk 2 bulan aku keje rasa seronok plak,  sedih pun ada nati bulan 3 dah nak habis kontrak kat situ. huhu.


semalam dah mula cuti tahun baru cina, lama betul dapat cuti sampai seminggu. hehe. sebabkan cuti lama, hari-hari kena cari benda nak buat baru la tak bosan dok umah. semalam google macam2 resipi kek, tart, spageti. entah ada masa tak nak buat. hari tu rasa nak makan spageti carbonara yang kuah dia kaler putih tu then pegi la beli bahan2. rupa nya ada tapi rasa macam kurang sket, huhu biasa la first time buat. kehkehkeh. lepas ni kalau rasa nak makan kena pegi cari kt kedai je la. buat sendiri macam tak berbaloi aje. huhu. 


ini la rupa spageti carbonara aku. huhu. boleh je masuk mulut cuma tak puas hati tang rasa dia. kuikui



ini pulak kek coklat, buat untuk adik dia nak balik u malam tu. nasib baik ok je rasa tapi kena banyak belajar lagi ni, huhu.


saje nak masukkan gambar firdaus, hehe. suka tengok aksi dia maklum lah sekarang ni dah reti senyum :)

p/s : best la lagu hazama ^_^ dedikasi kepada awak!

katakanlah padaku kash
andainya kau punya
perasaan sepertiku
agar kita bisa bersama

tolong jawablah kasih
jawablah perasaan
hatiku yang menebal
ku selalu terbayang senyummu


Wednesday, January 2, 2013

buka lembaran baru

alhamdulillah dah masuk tahun baru. tak lama lagi makin bertambah la usia. huhu. syukur masih dikurniakan hayat dan hidup yang sihat lagi. lepas graduasi hari tu banyak benda yang terjadi sampai tak sempat nak update di blog maklumlah kesibukan hidup aku mengalahkan jadual perdana menteri..hehe. tahun 2012 banyak perkara yang baik berlaku. tahun dimana aku dengan rasminya telah berjaya mendapat ijazah, menerima kehadiran dua insan baru dalam keluarga besar kami..anak buah dan abang ipar. alhamdulillah, aku tumpang bahagia untuk akak-akak aku. sorang bertambah anak sorang lagi dapat teman hidup yang soleh. semoga mereka sentiasa bahagia :) habistu, bila masa plak turn aku??haha.

bila tiba tahun baru kebiasaannya orang sibuk membuat azam baru tapi azam lama dah tertunai ke? harapan aku agar tahun ni aku dapat kerja, dah penat dok goyang kaki kat rumah tu. hari ni aku datang ukm nak amik skrol ijazah hari tu, sempat jugak jumpa member-member kelas dulu yang kebetulan ada kat sana. macam rindu la plak suasana belajar dulu tapi nak sambung belajar malas! huhu. otak pun dah beku agaknya lama sangat tak tengok buku.

p/s : doakan yang terbaik untuk aku.

Tuesday, October 23, 2012

officially graduated !

alhamdulillah, selesai sudah majlis graduasi ahad lepas. nebes bukan main lagi nak naik pentas tu. maklum la, first and the last time kot jejak kaki atas pentas. pastu sumer mata dalam dewan tertumpu kat kita. nasib baik tak terjatuh, tersepak apa2 kalo tak memang malu la kan. hehe. tahniah kepada member2 yang sama-sama bergraduan tahun ni, insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi. tak puas rasanya nak bergurau dengan semua, yea la lepas ni entah bila plak boleh jumpa lagi. sob sob. rindu nya ! jangan pernah lupakan aku sebab kalian sentiasa dalam ingatan. ^_<


ni je gmbr yang ada dalam simpanan aku, frust tak sempat nk bergambar ramai2. :(


 tak sempat nak snap gambar banyak2, yang ada pun tak berapa nak lawa. tak pe la, asalkan segar dalam ingatan. terima kasih bagi bear, cokelat, dengan bunga matahari lagi. sowie sangat2, tak sediakan apa-apa pun sebab datang pun dah lewat daa. memang tak sempat pikir apa-apa pun, huhu. terima kasih juga kepada ummi, abo, mak su, pok su sebab sampai jugak ukm walaupun kejap. love u all very much.


ummi pun dah penat, ambik sekeping dua je. nasib baik ada. 



terima kasih daun keladi. :D

bila dah selesai majlis, hujan turun. hajat nak bergambar tak tercapai. pastu kalut nak kemas barang sbab malam tu dah nak balik rumah. dekat airport tu baru terasa badan dah penat sangat, sampaikan nak senyum pun tak de daya dah. bye2 ukm!


p/s : nampak gaya kena sambung master la plak, tak puas hati naik pentas kejap sangat. hahaha. pening pikir nak keje la plak pasni.

Tuesday, September 11, 2012

syawal masih berbaki lagi

uhuk, uhuk..terbatuk tengok blog terbiar macam ni. dah bermacam-macam binatang bersarang kot, yea la lama sangat tak menjenguk. bukan tak de masa tapi malas nak update disebabkan masalah-masalah teknikal terlalu banyak sejak lappy diambil orang..huhu. sedih kan? baru tau dengan benda cam tu pun boleh rasa rindu ini kan pulak dengan manusia, hehe. sedar2 tinggal beberapa hari je lagi nak habiskan masa dengan pegawai-pegawai dekat tempat LI tu. memang bosan giler nak habiskan masa dekat pejabat tu tapi bila fikir-fikir balik telatah sesetengah mereka tu buat kita rasa rindu dekat diorang plak lepas ni.

dekat sana banyak benda boleh belajar, banyak ragam manusia kita boleh jumpa. banyak benda baru kita boleh tahu. lepas tu boleh merasa serba sedikit macam mana alam pekerjaan sebenarnya, cam ne cara nak berkomunikasi dengan orang ramai, macam mana nak handle bila ada boss yang memeningkan kepala ke. sepanjang menjalani latihan industri kat sana, tak de plak timbul apa-apa masalah cuma kadang-kadang ada gak timbul rasa bosan bila tak de benda nak buat tapi yang best nya dapat kenal dengan ramai orang.

sejak masuk ofis lepas beraya sakan seminggu tu sampai hari ni tak putus-putus ada jamuan hari raya. rezeki kitaorang berLI dalam bulan syawal, pastu kebetulan setiap bahagian akan adakan jamuan. itu pun ada yang tak sempat nak pegi sebab dah tak larat nak makan. khamis nanti ada sambutan raya besar-besaran sebab tu melibatkan seluruh jabatan pertanian lundang tu, mungkin itu sambutan penutup bulan syawal. sekarang ni pun tak de nak tension sangat dah pasal pensyarah dah datang melawat hari tu, so boleh la nak enjoy. hihi.


mood sekarang tengah tunggu adik budak kat atas ni keluar jenguk dunia, hee. tak sabar nak menimang anak buah ^^-



p/s : petang tadi kitaorang kena marah sebab buat bising kat surau. buat malu jer dah besar tapi perangai macam budak-budak lagi. hehe. opsss, lupa plak nak citer pasal bos bujang kat sini. (>_^)