ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Tuesday, July 2, 2013

mini kitchen ;)

ini cerita semalam punya tapi saja nak update gak. hahaha. eh, tak lama lagi kan nak puasa. dalam seminggu lagi ke? lupa plak nak kira betul2. huhu. sebabkan dah nak puasa dan aku akan dan terpaksa mengharungi puasa tahun ni diperantauan *perantauan la sangat kau! hahaha* seorang diri plak tu, so semalam telah keluar pegi beli beberapa makanan nak buat sahur dan berbuka nanti. sedih plak bila pikir kena makan sensorang, nasib ko la labu.

ada rice cooker je, pinggan sumer tak sempat beli lagi ingat nak pinjam umah mak cik je nati tapi tak tau bila nak pegi umah dia. maka, terciptalah ruang dapur dalam bilik yang cenonet tu. hehe. sebelum ni tak pernah2 kuar beli barang dapur, selalu nya pegi dengan mak sebab tak tau nak beli apa. pilih punya pilih, beli punya beli, time nak bayar tu amik ko! dekat rm100 gak la habis. entah apa yang dibeli pun tak tau, hahaha. nafsu betul la.



tadaaa..ini la ruang dapur yang dimaksudkan. siap beli beras lagi, puas hati betul! ;)

best plak rasa kalo betul2 ada rumah sendiri, dapur sendiri. wahhhh, tak sabar nya nak beli rumah! *macam la beli rumah tu macam beli choki-choki je :P* tengok la penuh dengan makanan tak sihat je, makanan tin, makanan segera, telur. huhuhu. harap je ajar student healthy diet, cikgu nya tak amalkan ponnnn. bukan apa, ni saja nak prepare nanti puasa kang tak de selera nak makan kt dewan makan boleh la masak sendiri. hikss.


p/s: lupa nak ucap tahniah dekat TRW. ambo bagi sokonge jauh-jauh jah. huhuhu.

Saturday, June 29, 2013

kepenatan

Hari ni baru terasa penat pegi jalan-jalan dekat floria semalam. huhu. terbaik la time bergambar tu *entah berapa ratus keping gambar kitaorang snap semalam, kalah raja sehari tau! hahaha* tak ingat bila dah balik baru nak rasa penat, pastu pagi ni pun tak dapat nak rehat sebab ada bengkel jawab soalan untuk biologi. kali ni baru dapat tau best rupanya jadi pemerhati dekat belakang tapi agak mengantok gak r sebab penat yang semalam belum habis lagi. hehehe. yang tak tahan nya kena iring penceramah pegi makan tiap kali time break. waktu minum petang tu kena jalan berdua je dengan dia. berdebar gak la kan *maklum lah first time ni*, tak tau macam mana nak layan, apa nak cakap dengan dia, tak kan la nak membisu je sepanjang jalan sampai habis makan tak ke janggal buat macam tu. huhu. nasib baik dia pun yang jenis banyak cakap so layan je la soklan dia pastu buat la huraian sikit. hah! dah macam nak buat karangan la plak ada huraian bagai kan. hahahaha.

best gak la, tak bosan sebab cikgu yang datang tu kelakar.
 nape la time spm dulu sek aku xpanggil dia je datang! huhu.
 nampak simple dan mudah je dia ajar tu.
 budak2 pun suka sampaikan tak nak bagi dia balik. haha.


kesian cikgu tu tanya macam2 pasal sekolah ni tapi aku tak leh nak jawab sangat sebab aku pun baru 2 minggu kat sini. kuikuikui. apa-apa pun alhamdulillah berakhir jugak bengkel tu dengan baik hari ni. berbalik kepada kisah aku pegi floria (tak habis lagi), hahahha. memang lawa tapi banyak orkid je la dah tema pun bunga orkid nak buat cam ne. huhuhu. bunga-bunga tu pun dah layu yea la, tak kan nak tukar setiap hari jenuh la. itu pun kitaorng tak sempat nak round semua tempat besar sangat kot dah tak larat da pun semalam. jom layan gambar bunga la plak, hehehe. tapi kalo pegi time malam lagi best sebab ada kapal bunga berhias pastu nyala2 lagi dalam air tu, cantik sangat!


'floria 2013' 
semua takot nak dekat so amik gambar kerusi je la erk.




alololo comeiii je panda ni. kreatif kan,
 yang kaler putih tu bunga putih kecik2 diorng 
susun jadik macam beruang panda.



yang ni tema dia perhiasan dapur kot. 
bunga dalam kulit telur. hahaha!




yang ni antara bunga-bunga yang dijual kat sana. 




errr, yang ni konon nak bagi panda tu makan. -_-

puas hati keluar semalam, tapi tengah malam tu lapar sangat nasib baik ada meggi so kami melantak meggi dengan air milo je sebelum tido. huhu.


p/s: malas nya nak prepare untuk kelas minggu depan, huhu.

Tuesday, June 18, 2013

sensei

alhamdulillah, berjaya jugak aku sahut cabaran kali ni untuk jadi cikgu biologi. mak aihh, tak terlintas pulak difikiran nak mengajar biologi, yea la dekat sekolah dulu pun aku liat sikit nak hafal biologi ni. hahahaa..nasib la student aku silap hari bulan diorang yang kena ajar aku plak. minat tu memang la ada kalau nak dibandingkan dengan fizik atau kimia. yang subjek dua tu lagi la memang surrender awal2 lagi. huhu.

kalau cikgu bio aku tahu mesti dia tak habis fikir macam mana rupanya aku mengajar bio. hehee. setakat ni dah masuk tiga kelas, alhamdulillah syukur sangat dapat students yang memahami. mula-mula start kelas aku dah bagitau yang aku ni tak de la expert sangat mungkin diorng lagi tahu kot. aku pun baru je mula study balik, faham-faham je la bila dah lama sangat ni otak pun kureng sket nak tangkap apa yang dibaca. kadang-kadang sampai kena ulang baca 3 kali baru tergambar sket. diorang punya request tu yang melampau sampai nak kena ajar yang tahap stpm bagai. haishhh. dah berdouble plak keje nya nak kena study. maklum lah, student permatapintar kot. memang dahsyat arr diorng.

ada satu kelas tu memang suka sangat tanya soklan pelik-pelik, gabra jugak ar bila diorng tanya tu tapi muka still budget cool lagi. mana boleh tunjuk lemah kan depan students kan. hikss. yang tak tahan nya, ada je soklan mereka aku tibai je la jawab. lepas kelas cari jawapan yang betul then next class nanti aku betulkan balik la statement tu. hahaha. bior diorng pening sket dapat cikgu macam ni.

seronok tu memang seronok sebab 1.30 dah habis kelas. yeayyyyyy!!!! petang tu lepak je tak pun belek la buku prepare untuk kelas esok plak *rasanya time spm dulu tak gigih macam ni mengadap buku bio*. lepas ni nak kena buat soalan untuk diorng, ada yang mintak buat pre-test. mengada tau nak test plak, hahahaa.


p/s : yang best nya tak yah turun naik pegi kelas tunggu je diorng dekat lab. lab ni dah jadi macam milik persendirian je pun, tak de orang lain nak masuk. hehehee. adoiiii, petang ni ada meeting la plak, practice buat muka blurrr kejap. hahahaa. =_=

Thursday, May 30, 2013

kerja part time

Alhamdulillah, dalam masa tak dapat keje lagi ni aku berpeluang menyertai satu program untuk kanak-kanak sekolah. itu pun sebab pak cik aku yang beria suruh hantar resume mintak nak join program tu. agak kelam kabut jugak sebabnya lagi dua hari dari tarikh daftar baru aku dapat tau. memang petang tu terus pegi cari tiket bertolak ke kajang. disebabkan agak lama tak naik bas jalan jauh ni memang terasa penatnya bila sampai pagi tu dah la semalaman dalam bas tak lena tidur padahal sebelum ni ok je tido mana-mana pun. hehehe. nasib baik tak termuntah je maklum lah memang pening sangat masa dalam bas tu sampaikan orang dekat sebelah pun aku dah tak hirau. hahaaha.

mula-mula tu memang tak nak pegi la sebab macam malas je nak kena turun pegi selangor kan tapi dah alang2 dapat peluang terima jugak ler. kalo tak entah bila dapat merasa pengalaman join program macam ni lagi bila sibuk dengan kerja. punya la semangat hari daftar tu aku yang first sampai, time tu tak de orang lagi. dah la datang sorang, dengan teksi plak tu. huhuhuhu. sedih betul bila sampai je tak tau nak pegi mana, yea la dah la tempat baru tak kenal sapa2 plak kat sana. bosannn tu tak yah cakap la sampai nak tertido dah tunggu masa nak daftar dengan amik kunci bilik. nasib baik dapat roomate yang sekepala. kejap je kitaorang kenal tapi dah macam rapat sangat rasanya. ramai jugak dapat member2 baru mostly yang dah tua dari aku, taraf akak2 dan abang je la. tetiba rasa muda remaja je. hehehe. diorang sumer sporting tak yah nak berbahasa abg dengan akak sangat kitaorng panggil nama masing-masing je.


 
 
 yang best nya, students aku budak-budak yang sangat kecik dari umur 1 tahun hingga 5 tahun je. tak sabar nak jumpa dengan diorang yang kiuttt sangat tu. dengar kata anak sheikh muzaffar nak datang kita tengok la jadi ke tak nanti. agak susah sebenarnya nak ajar kanak-kanak yang kecik ni, macam mana entah diorang nak faham arahan cikgu diorang ni kan. entah-entah buat tak tau je bila kita dok cakap kat depan. dah syok sangat main kan. boleh tahan gak la harga mainan diorang, hari tu habis berpoloh-poloh ribu riban belikan kerusi, meja, learning kit untuk diorang. comel je kelas diorang dengan kerusi meja berwarna-warni, siap ada bantal dengan karpet lagi bagi diorang guling-guling bila dah penat main. hehe. 

we will see macam mana kecoh kelas kitaorng nanti dengan suara-suara budak2 kecik tu yer. tinggal sehari lagi nak buat preparation kelas dengan modul nak ajar kanak-kanak ni. bukan mudah tau nak ajar budak2 yang baru boleh cakap ni, pastu nak ajar diorang explore tentang sains lagi. advanced betul la budak-budak zaman sekarang ni kan.

p/s: asyik shopping barang diorang je dua tiga hari ni. lenguh dah kaki jalan-jalan cari barang sesuai untuk mereka, harapnya objektif program ni dapat tercapai. :)