minggu pertama sem terakhir dah mula isnin lepas. macam tak percaya dah hampir 3 tahun menapak di ukm ni. hrmmm, tak sabar rasanya nak habiskan belajar ni tapi bila dah habis belajar nak kena fikir pasal kerja plak. harap-harap bila habis belajar tak kena tanam anggur je kat rumah tu, maklumlah sekarang ni memang susah sikit nak dapat kerja nak2 kalau result exam pun cukup-cukup makan macam aku ni. entah mana rezeki lepas ni, runsing jugak fikir. tapi rezeki kita tak tau macam mana, yang penting usaha sehabis baik. :)
bila dah masuk sem last ni kena siapkan tesis pastu hantar kalau tak memang tak merasa la nak pakai jubah graduasi hujung tahun nanti. sebut tesis mesti masing-masing ada masalah sendiri dengan tesis ni, ada yang risau sebab tak de rujukan lah, ada yang supervisor buat tak tau, ada jugak jenis supervisor yang pandai cakap tapi bila minta tolong haram, ada yang belum dapat result lagi. macam-macam hal la kalau tanya kosmate memang berbagai rungutan kita akan dengar. tapi nak buat macam mana, suka ke tak suka yang penting kena hantar tesis bila dah habis sem (aku harap sangat semua cosmate dapat grad sama-sama tahun ni)
alhamdulillah, setakat ni tesis aku berjalan dengan baik. nak kena buat bacaan sikit-sikit pastu tambah dalam tesis tu. data pun dah ambil separuh, tinggal dua kali lagi nak kena masuk hutan ambil data. lepas tu, insyaAllah kalau tak de aral melintang boleh siapkan tesis sebelum tarikh hantar.
kelas sem ni pun tak banyak sangat, dua hari seminggu sebab amik 3 subjek je. ada banyak jugak masa free, time tu boleh guna buat tesis (tak de la nak bazir sangat masa tu, hehe) harapnya, tahap kemalasan berkurangan kalau tak bila tak ada kelas membuta je la kejenya. moga-moga semangat tu terus ada baru la tak menyesal sebab tak siap assingment da lepas ni, huhu.
p/s : nak khatam secret garden dulu, hihi.
6 comments:
sy la tu, x dpt result ag,,,he3
harap2 semua ok,,,:)
best la, 2 hri seminggu kelas, sy nie, tiap2 hri,,,he3, tp x pe la, nak buat mcm mana,,,subjek2 sem nie, semua tough2 jgak nie, ade paper y lecturer oyak, pelajar dpt rendah sokmo ,,,hu3,,,bimbanh3, kena buang virus M, virus T
**lupo nok tny, x dop y chatbox doh deh loni blog???hu3
skalo boleh nulis kat luar tu...:)
hehe..kelas sket sangat bosan jugok. tak tau nak buat gapo pdhal tesis tak siap lagi.
samo-samo la kito pakat buang virus hok tok molek tu.
chatbox tu xleh guno broni, dop tau masalh gapo..huhu.
erm, tp aritu kelas isnin jumaat, gap tengoh2...loni kelas hri isnin selaso, lau nak balik umah pon best dri selasa malam smpai sabtu mlm boleh ag,,,ahad tu patut dah ade cnie la, nanti ade kelas plak isnin,,,wah2
lau ade bnyk pitis mas, boleh balik tiap2 minggu...he3
tp mcm penat jgak la nak balik slalu, dah la perjalann berejam2,,,he3
kalau ado pitih mas gak nak kelik sokmo2 blh..hehe. tapi gakk pitih tak dop bnyk keno kelik time penting je la..hihi.
he3...tu la, kalau ado pitih mas,,bestnyo,,,he3
Post a Comment