ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Friday, December 18, 2015

precious moment

dah lama nak tulis pengalman bersalin tapi xde mood je. hari ni mcm ada mood sket rasa nak kongsi pengalaman first deliver. huhu. bila teringat je mesti rasa seriau sangat. aku punya pengalaman memang tak lama tanggung sakit contraction even sampai skrng aku tak sure ada contraction ke tak. hehe. sebabkan my gegirl ni delayy lbh smnggu kot, kena la masukkan ubat atau dlm bahasa clinicalnya induce. semua dok ckp sakit la kena induce aku mcm tak de perasaan je, malas nak fikir. sblm induce tu kena la tahan dlm wad 3 hari sampai nak demam rasa dok dlm wad boring giler. memang rasa nak kuar cpt2 je time tu.

first, doc masukkan ubat biji nak suh rasa sakit n besarkan bukaan tapi dok tunggu dari pagi sampai ke ptg sampai la mlm aku rilexx je tak rasa pape. doc dtg check gtau bru bukak dlm 2 cm, mmg lambat lg la. aku pun dah mcm frust lama dok tunggu, risau pun ada takot jadi pape dkt bby. yea la dalam perut mana blh nampak dia ok ke tak. esok nya, doc check lg ckp bukaan baru 3 cm, stress jugak la tgk orang lain bru je masuk tiba-tiba rasa sakit nak beranak dah. aku plak dok sorang-sorang dlm wad sbb nya suami pun blh masuk time melawat je.

aku bersalin hari jumaat, hari ke4 dok dlm wad. pagi tu pun aku still tak rasa sakit langsung, rasa bby dok menendang, mengeras skali skala tapi mmg tak sakit. pukul 7 mcm tu doc check bukaan 4 cm, pastu dia ckp blh prepare masuk labour room. aku pun call la en suami ckp nak msuk labour room. dlm pukul 8 lbh, aku pun masuk labour room siap tlg tolakkan patient lain yg nak bersalin sbb aku tak nak naik wheelchair nak berjalan bia mudah sket terbuka jalan. hehe. sampai labour room nurse tnya awk nak bersalin gak ke? maybe dia tgk aku rilex je jalan kaki orang lain dok mengeran sakit.

dalam labour room tu sejuk sngat, nurse pun maskkan lagi ubat. yg ni diorng ckp cpt sket nak bg rasa sakit n terbuka jalan. time tu husband pun ada skali. lama gak la dia borak2 dgn aku pastu bacakan ayat quran dan selawat nak bagi aku rasa tenang sket. doc dtg ckp nak pecahkan air ketuban pastu dia masukkan alat panjang tapi time tu aku tak tau dia sempat pecahkan ke tak. redha je dlm tu dgn rasa sejuk yg amat. huhu. pukul 12 lbh cam tu baru aku rasa sakit dan tak selesa. mcm cacing kepanasan dah pusing kanan tak okey kiri pun tak okey, husband pun tak tau nak buat apa time tu muka dah cuak giler. pastu aku rasa nak kencing, nurse pun dtg bwk bekas suh kencing dlm tu sbb dia ckp tak leh turun katil dah takot terberanak dlm toilet. last-last tak jadi nak kencing.

time ni la bru rasa sakit sngat, labour room punya la sejuk aku blh berpeluh-peluh. lps rasa nak kencing, rasa nak buang air besar la plak. husband aku gtau nurse pastu diorng masuk 3 orng ckp bby nak kuar dah ni. aku pun mcm terkejut tak tau nak buat apa, nurse ckp kalo rasa nak berak teran la. lps 2-3 kali teran diaorang ckp dah nmpak rmbut tapi lpas tu aku rasa penat sangat maybe sbb tak de tenaga. aku dah start kuar air mata dah sbb rasa letih pastu nurse dok ckp cpt la teran nati lemas bby tu.

tiga orng nurse dok tekan perut time tu suh push tapi aku mmg habis tenaga dah, sedih sngt fikir kalau bby lemas. doc pun 2 orng masuk time tu nak tlg aku bersalin, pastu aku dgr dia ckp nak masukkan forcep. aduhh, benda apa la plak tu. belum sempat nak masukkan forcep dgn izin Allah aku teran pastu keluar la my gegirl tu. Alhamdulillah, lega sangat tuhan je tau perasaan tu tapi mmg tak dgr langsung anak aku nangis. muka dia pun aku tak sempat tgk nurse tu dah bwk pegi bilik lain nak stabilkan anak aku. diorang ckp anak aku lemas dia bukak mata kejap je time kuar tu pastu terus tutup mata, nangis pun tak. takot sangat-sangat, rasa bersalah giler sebab aku tak push betul-betul. tapi nak nangis pun aku dah tak de daya, lps dah siap jahitkan luka, diorng bagi aku rehat jap dlm tu.

malam dah, lps isyak kot baru la aku blh kuar dari labour room. orang pertama aku tgk bila kuar labour room suami aku, dia senyum ckp 'anak kita comel mcm syg' tapi aku tak rasa lega sngt sbb tak leh tgk lagi bby sbb dah masuk dlm wad icu. lps dah siap mandi, mkn sumer husband aku bwk g wad icu, aku masuk tgk Ya Allah byk nya wayar. anak aku kena bernafas guna tiub. sedih sngt tgk dan aku mmg rasa bersalah time tu. mcm-mcm dlm fikiran, bayangkan la lps deliver tu aku tak leh nak dukung anak aku pastu tgk dia dok pejam mata je sbb doc bagi ubat tido. rasa down sngat tapi Alhamdulillah husband aku byk bagi semngat pastu kata-kata positif. aku bersyukur anak aku boleh bernafas tanpa bantuan oksigen lps 3 hari. seminggu jugak dok ulang alik g hospital jenguk anak.

sekarang dah masuk 6 bulan dan anak aku membesar dgn sihat, terima kasih Allah. berkat doa dari family dan kawan-kawan. Alhamdulillah :) diberi peluang jadi seorang ibu.


p/s : buat mommy to-be, please belajar cara bernafas dan mcm mana nak push cara yang betul time pregnant ni. semoga semuanya dapat dimudahkan dan selamat utk deliver baby nanti. inshaAllah, bykkan berselawat.

No comments: