ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Sunday, February 26, 2012

apa kata mereka?

haishhh, makin lama tak menulis makin susah pulak nak dapat idea neh. kesian tengok blog tak de post baru, huhu (walaupun tak ada sapa nak baca tapi still nak tulis banyak-banyak :P). hujung minggu ni pun habiskan masa macam tu je, rasa membazir pulak sebab tak sentuh langsung tesis. ishh, cam ni la manusia kan? bila benda dah lepas baru nak menyesal lepas tu buat lagi benda sama, tak reti-reti nak insaf! bila dah sampai due date baru mula gelabah, time tu memang automatik jadi rajin giler lah sampaikan nak tido pun rasa rugi. hee~

dalam waktu tengah sengkek pun aku sempat lagi keluar habiskan duit konon-konon bosan dok bilik je. haishhh, nasib baik tak banyak pun habis time outing hari tu. bila nak balik tu punya la lama nak kena tunggu bas, lenguh-lenguh dah kaki dok berdiri lama sangat. bas lambat sebab sekarang bas rapid nak pegi kajang sikit sangat kata pak cik botak tu (driver bas rapid, hehe. time pegi dgn balik orang sama je bawak). rapid pun dah tak de pekerja sngt kot.

waktu dalam bas tu, ada la sorang mamat ni(muda lagi, baya-baya adik aku je) mulut manis giler ah, bila cakap tu asyik senyum je. dah la banyak cakap, padahal jumpa dalam bas je. dia ada cakap lelaki ni tak suka dengan perempuan yang asyik online memanjang, nanti dok asyik layan jantan lain plak (jelous dia kata). macam-macam la ko dik oi, entah-entah jantan macam dia yang suka mengayat pompuan kot. haha. bila fikir balik, betul ke lelaki ni macam tu? habis diorang fikir diorang je boleh jelous? (korang faham ke apa aku dok mengarut ni? aku sendiri pun tak faham sangat, haha.)




tadi makan burger daging special, sedap sangat. daging dia salut dengan sos black pepper dengan telur. yummmmmy! tapi tak leh makan tiap-tiap hari nanti gemuk pulak, huhu.


p/s : orang cakap kalau cemburu tu tandanya sayang. eh?

Tuesday, February 21, 2012

minggu kuliah bermula

minggu pertama sem terakhir dah mula isnin lepas. macam tak percaya dah hampir 3 tahun menapak di ukm ni. hrmmm, tak sabar rasanya nak habiskan belajar ni tapi bila dah habis belajar nak kena fikir pasal kerja plak. harap-harap bila habis belajar tak kena tanam anggur je kat rumah tu, maklumlah sekarang ni memang susah sikit nak dapat kerja nak2 kalau result exam pun cukup-cukup makan macam aku ni. entah mana rezeki lepas ni, runsing jugak fikir. tapi rezeki kita tak tau macam mana, yang penting usaha sehabis baik. :)

bila dah masuk sem last ni kena siapkan tesis pastu hantar kalau tak memang tak merasa la nak pakai jubah graduasi hujung tahun nanti. sebut tesis mesti masing-masing ada masalah sendiri dengan tesis ni, ada yang risau sebab tak de rujukan lah, ada yang supervisor buat tak tau, ada jugak jenis supervisor yang pandai cakap tapi bila minta tolong haram, ada yang belum dapat result lagi. macam-macam hal la kalau tanya kosmate memang berbagai rungutan kita akan dengar. tapi nak buat macam mana, suka ke tak suka yang penting kena hantar tesis bila dah habis sem (aku harap sangat semua cosmate dapat grad sama-sama tahun ni)

alhamdulillah, setakat ni tesis aku berjalan dengan baik. nak kena buat bacaan sikit-sikit pastu tambah dalam tesis tu. data pun dah ambil separuh, tinggal dua kali lagi nak kena masuk hutan ambil data. lepas tu, insyaAllah kalau tak de aral melintang boleh siapkan tesis sebelum tarikh hantar.

kelas sem ni pun tak banyak sangat, dua hari seminggu sebab amik 3 subjek je. ada banyak jugak masa free, time tu boleh guna buat tesis (tak de la nak bazir sangat masa tu, hehe) harapnya, tahap kemalasan berkurangan kalau tak bila tak ada kelas membuta je la kejenya. moga-moga semangat tu terus ada baru la tak menyesal sebab tak siap assingment da lepas ni, huhu.


p/s : nak khatam secret garden dulu, hihi.

Tuesday, February 7, 2012

misi siapkan thesis?

rupanya dah hampir seminggu lebih aku habiskan masa dekat rumah tapi rasa macam baru je sampai. kadang-kadang rasa bosan sangat sebab tak de apa nak buat *padahal thesis aku tak siap-siap pun lagi tapi kemalasan teramat la bila kat rumah ni* tapi betul apa orang kata rumah tempat paling menyeronokkan ditambah pulak dengan pelbagai keletah dan ragam seluruh isi rumah membuatkan aku tidak mahu berjauhan dengan mereka (ayat sastera sket, hehe).

waktu mula-mula sampai hari tu adik2 tegur muka aku teruk gila, diorang cakap dah rupa orang asli pun ada. nak buat macam mana lama sangat ulang-alik masuk kampung orang asli, turun naik bukit, panjat gunung, masuk keluar hutan. kalau sekali tengok mau tertukar dengan orang asli kot, huhu. *harap-harap thesis aku boleh siap cepat tak de la kena masuk hutan banyak kali*. nasib baik dalam seminggu ni muka aku dah ok balik, tak de la nampak burn teruk sangat. segan jugak nak keluar rumah dengan muka yang burn teruk tapi lepas ni kena masuk hutan balik, huhu. senang cakap selagi tak siap thesis ni memang kena sesuaikan diri dengan keadaan hutan la *jangan jadi orang hutan dah la, haha*

dah banyak hari jugak aku habiskan masa macam tu je kat rumah, pegi makan kenduri la, keluar lepak bandar la, tengok tv, main game, gaduh-gaduh dengan adik. hrmmm, sekarang nak bereskan misi thesis pulak. kena mula taip thesis dah sebab nanti naik sem ni nak kena hantar, mati la kalau tak siap nati nak grad macam mana. arap-arapnya dapat siapkan dalam masa terdekat ni.


p/s: entah kenapa mak ayah aku akhir-akhir ni suka beno tanya pasal kawen. haishhh, kempunan nak menantu la tu. hehe.

Saturday, January 14, 2012

indahnya persahabatan

walaupun hari isnin nanti ada last paper untuk final aku sempat lagi keluar jenjalan dengan member hari ni, konon nak hilangkan stress gara-gara kertas terakhir ini amat mencabar minda dan emosi. tengokkan soklan past year dah buat jantung berdebar, entah macam mana nak jawab nati. hrmmm, kena usaha lebih lagi tapi takot tak sempat jer, huhu.

kami jalan-jalan sampai lenguh kaki sebab memang asyik berjalan je memanjang, tak menyempat nak duduk. dah la sale banyak kot dekat mall pasal chinese new year, tapi macam ramai orang melayu la plak dok membeli dan membelah disana. tengok handbag, kasut, baju sumer lawa-lawa harga pun okey la sebab less sampai 70 peratus. kalau datang dengan ayah memang pokai la dia, haha.

penat tak yah cerita la, berhimpit dalam ktm. rasa macam nak bernafas pun tak ada ruang dah. tapi seronok keluar. lagi seronok sebab dapat coklat, comel je coklat tu sayang plak nak makan. hehe. terima kasih kepada si pemberi, tak sangka dapat jugak :)



bila balik tadi kawan bagitau pendrive aku hilang, dia tak tau tercicir kat mana. tipula kalau aku cakap aku tak rasa pape time tu, terkilan jugak campur pulak badan tengah penat. huhu, tapi dah lama-lama ok je. dah benda tu nak hilang sape nak tau, tapi aku still harap dia dapat jumpa balik pndrive tu. kesian pulak dia asyik pikir nak cari benda tu padahal exam ada lagi, aku ok je setakat pendrive tu tak pe lagi kot. tak yah nak susah hati pasal benda tu lagi, senyum je macam gula-gula kat bawah ni. hee~




hilang barang boleh ganti, hilang kawan mana nak cari? hehe. kalau tak jumpa jugak nak suh belanja kfc boleh? haha.


p/s : buat NZH, walaupun penat kita happy kan?