ASSALAMUALAIKUM
sini adalah hasil coretan aku, pengalaman dan macam2 perasaan
jom bercerita tentang kisah aku, dia, mereka dan mereka di sini...

Tuesday, February 7, 2012

misi siapkan thesis?

rupanya dah hampir seminggu lebih aku habiskan masa dekat rumah tapi rasa macam baru je sampai. kadang-kadang rasa bosan sangat sebab tak de apa nak buat *padahal thesis aku tak siap-siap pun lagi tapi kemalasan teramat la bila kat rumah ni* tapi betul apa orang kata rumah tempat paling menyeronokkan ditambah pulak dengan pelbagai keletah dan ragam seluruh isi rumah membuatkan aku tidak mahu berjauhan dengan mereka (ayat sastera sket, hehe).

waktu mula-mula sampai hari tu adik2 tegur muka aku teruk gila, diorang cakap dah rupa orang asli pun ada. nak buat macam mana lama sangat ulang-alik masuk kampung orang asli, turun naik bukit, panjat gunung, masuk keluar hutan. kalau sekali tengok mau tertukar dengan orang asli kot, huhu. *harap-harap thesis aku boleh siap cepat tak de la kena masuk hutan banyak kali*. nasib baik dalam seminggu ni muka aku dah ok balik, tak de la nampak burn teruk sangat. segan jugak nak keluar rumah dengan muka yang burn teruk tapi lepas ni kena masuk hutan balik, huhu. senang cakap selagi tak siap thesis ni memang kena sesuaikan diri dengan keadaan hutan la *jangan jadi orang hutan dah la, haha*

dah banyak hari jugak aku habiskan masa macam tu je kat rumah, pegi makan kenduri la, keluar lepak bandar la, tengok tv, main game, gaduh-gaduh dengan adik. hrmmm, sekarang nak bereskan misi thesis pulak. kena mula taip thesis dah sebab nanti naik sem ni nak kena hantar, mati la kalau tak siap nati nak grad macam mana. arap-arapnya dapat siapkan dalam masa terdekat ni.


p/s: entah kenapa mak ayah aku akhir-akhir ni suka beno tanya pasal kawen. haishhh, kempunan nak menantu la tu. hehe.

3 comments:

tAsHa said...

amboi...baru umur 22 kak oi~~haha

Unknown said...

nice blog..follow sini <3

akmal said...

tasha :

22 dah tua da..heee~